Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Bantu Golongan Lemah Adalah Sunnah

Bantu Golongan Lemah Adalah Sunnah

136
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1437H~

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”
[Surah an-Nisa’ 75]

#Diantara tanggungjawab seluruh umat Islam ialah membantu dan menolong orang-orang yang tertindas dan teraniaya di muka bumi. Juga wajib berjuang bersama-sama golongan yang lemah untuk membebaskan mereka daripada dipijak oleh kaki para penguasa dan dicengkam kuku para penindas yang telah buta mata hatinya akibat tamakkan harta, kekuasaan dan keduniaan.

#Islam memerintahkan kita agar memberi perlindungan kepada golongan lemah yang tidak memiliki harta benda seperti kaum fakir miskin, orang-orang yang tidak memiliki kebebasan seperti para hamba sahaya, orang-orang yang tidak memiliki negeri seperti para musafir dan pelarian, orang-orang yang tidak memiliki orang tua seperti anak yatim, orang-orang yang tidak memiliki suami seperti para janda/ibu tunggal dan orang-orang yang tidak ada upaya seperti kanak-kanak dan warga emas.

#Sabda Nabi saw:

“Tidakkah kamu mengetahui bahawa kamu semua memperolehi rezeki dan kemenangan disebabkan kerana wujudnya kaum yang lemah diantara kamu?”
(HR al-Bukhari)

#Ibnu Mas’ud meriwayatkan semasa Rasulullah sampai di Madinah, Baginda memberikan sebahagian harta kepada Ibn Mas’ud dan kepada para sahabat yang lain. Sebahagian sahabat berkata:”Ya Rasulullah, jauhkan ia daripada kami”. Maka Rasulullah pun menjawab: “Jadi untuk apa Allah telah mengutus saya? Sesungguhnya Allah tidak mensucikan satu umat selagi mereka tidak memberikan hak orang-orang yang lemah diantara mereka”
(HR at-Thabrani)

♡Umat Islam berkewajipan melakukan jihad membantu perjuangan rakyat Palestin, Syria, Rohingya, Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Tunisia, Yaman, Patani, Indonesia, Malaysia dan seluruh umat Islam yang ditindas agar dibebaskan daripada sebarang kezaliman kerana persoalan umat Islam adalah tanggungjawab bersama dan utama♡

🐊Ust naim
Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan