Utama Tazkirah Admin Jangan Sia-siakan Bulan Ramadan Al-Mubarak

Jangan Sia-siakan Bulan Ramadan Al-Mubarak

341
0
Iklan

🍃 UiTO Channel: Tazkirah Harian

📖 ☆Tadabbur Kalamullah 1 Ramadhan 1437H☆

إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Sesungguhnya ada sepuak dari hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”[Surah al-Mukminun 109]

#Setiap manusia pasti pernah melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu hendaklah kita semua sentiasa memohon keampunan kepada Allah swt. Jangan malu dan malas untuk meminta ampun kepada Allah walau sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan, selama masih bernafas, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka untuk orang-orang yang bertaubat. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

#Sabda Nabi saw:

من صام رمضان إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من  ذنبه، ومن قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً، غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan iman dan ihtisaban (mengharap balasan dari Allah) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa yang solat pada malam lailatul qadr dengan iman dan mengharap balasan dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Muttafaqun Alaih)

#Sama-sama kita hadam peringatan ini, agar kita sentiasa pastikan bahawa taubat antara agenda utama kita di bulan Ramadhan ini beserta puasa, qiyam, membaca al-Quran dan lain-lain.

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: “Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu Baginda menaiki anak tangga mimbar, Baginda berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Baginda berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, Baginda berkata lagi: Amin.

Dan ketika Baginda turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu Baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan selawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibu bapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya” (Hadis Riwayat Bazzar, al-Hakim katanya hadis sahih dan disetujui oleh Imam Az-Zahabi, jg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dlm Adabul Mufrad)

♡Sekali lagi Allah swt memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadhan maka pastikan kita sentiasa beramal soleh beristighfar, bertaubat dan menyucikan diri dan hati agar sentiasa sejahtera dan sihat. Moga rahmat Allah bersama kita..Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

✒️ Ikhlas dari UiTO
〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰〰
👥 Ramadhan Kareem
📣 SELAMAT BERSIAP SEDIA SEMUA

Komen dan Soalan