Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 126/131: Kaabah di hancurkan oleh orang Ethiopia

TKK 126/131: Kaabah di hancurkan oleh orang Ethiopia

1482
0
Iklan

TKK 126: Kaabah di hancurkan oleh orang Ethiopia

(هدم الكعبة على يدي رجل من الحبشة)

 

Dalil-dalil hadith:

يخرب الكعبة ذو السويقتين من الحبشة .
الراوي: أبو هريرة المحدث: البخاري – المصدر: الجامع الصحيح – الصفحة أو الرقم: 1591

Terj: dari Abu Hurayrah, bahawa Nabi saw bersabda:
“Dzussuuwaiqatain (si lelaki berbetis pendek) dari Ethiopia akan meranapkan Ka’abah.”

Sahih al-Bukhori, 1591, dorar code.

Kosa kata:
Dzussuuwaiqatain = adalah lelaki dari Negara Habshah dan sekitarnya (Tanduk Afrika seperti Habshah, Eritrea, Somalia) di mana ciri mereka ialah betisnya pendek.

Dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda:

«كَأَنِّي بِهِ أَسْوَدَ أَفْحَجَ، يَقْلَعُهَا حَجَرًا حَجَرًا»

Maksudnya: Seolah-olah aku melihatnya (berkulit) hitam dan renggang dua betisnya ketika merobohkannya (Kaabah) satu batu demi satu batu. (no. hadis: 1595)

Hadith Abdullah bin Amru

” يُخَرِّبُ الْكَعْبَةَ ذُو السُّوَيْقَتَيْنِ مِنَ الْحَبَشَةِ، فَيَسْلُبُهَا حُلِيَّهَا وَيُجَرِّدُهَا مِنْ كِسْوَتِهَا، كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ أُصَيْلِعَ أُفَيْدِعَ، يَضْرِبُ عَلَيْهَا بِمِسْحَاتِهِ وَمِعْوَلِهِ ” ( رواه أحمد وقال ابن كثير وهذا إسناده جيد قوي)

Maksudnya: Kaabah akan diruntuhkan oleh seorang yang berbetis kecil dari bangsa Habsyah. Dia akan merampas perhiasan Kaabah dan menanggalkan kelambunya. Seolah-olah aku melihatnya (hari ini) botak hadapan dan berjari bengkok memukulnya dengan penyodok dan tukul besi.”

HR Ahmad, sanadnya kuat menurut Ibn Katsir. Sahih menurut al-Albani, Ahmad Syakir dan dhaif menurut al-Arnaout.

Penjelasan Dr al-Areefi KSA:

Isu mana mungkin, Kaabah yang dilindungi Allah akan musnah? Ia adalah kiblat umat Islam, mana mungkin umat Islam akan membiarkan hal ini terjadi; apakah Arab Saudi yang memiliki Khadem Haramain tidak lagi mampu mempertahankan Kaabah?

1.  Jaminan keselamatan Kaabah itu bukanlah sampai Kiamat. Di penghujung usia bumi, tiada lagi jaminan apa-apa termasuklah Makkah.

2. Yang menyebabkan hancurnya Kaabah kerana orang Arab sendiri yang tidak kisah ianya hancur; Dalilnya:

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :«يبايع لرجل ما بين الركن والمقام (5) ولن يستحل البيت إلا أهله فإذا استحلوه فلا يسأل عن هلكة العرب ثم تأتي الحبشة فيخربونة خرابا لا يعمر بعده أبدا وهم الذين يستخرجون كنزه (رواه أحمد بسند صحيح)

Terj: Akan dibai’ah seorang lelaki (Imam Mahdi) di antara al-Rukun dan Maqam Ibrahim. Kaabah tidak akan (mula) dicemari melainkan dari ahlinya (orang-orang Islam). Apabila ia dicemari jangan kamu tanya lagi tentang kehancuran bangsa Arab. Kemudian datangnya Habsyah dan mereka akan merobohkan Kaabah sehinggakan ia tidak boleh dibina semula lagi selama-lamanya. Merekalah yang mengeluarkan harta yang terdapat di dalamnya.

((HR Ahmad, Ibn Hibban dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Hakim, disepakati az-Zahabi, Syuaib al-Arnaut dan al-Albani. (Lihat: Sahih Ibn Hibban, jld, 15, hlm. 239, al-Silsilah al-Sahihah, jld. 2, hlm. 78))

 

Ketika tahun Gajah, zaman Abrahah, orang Arab Hijaz amat menyanjungi Kaabah walaupun mereka penyembah berhala, hingga Allah menjaga Kaabah dan menghancurkan Abrahah dan gajahnya. Adapun di akhir dunia, bila tentera dari tanduk Afrika datang, orang Hijaz tidak lagi hormat kepada Kaabah sebagaimana kaum Quraish dulu, maka Allah tidak lagi menjaganya.

 

Isu kedua: Bila akan berlaku?

Al-Hafidz Ibn Hajar rh menyatakan bahawa peristiwa ini berlaku apabila tidak ada lagi dalam dunia mereka yang menyebut Allah. Bahkan Imam al-Qurtubi menyatakan peristiwa ini berlaku selepas diangkatnya al-Quran iaitu selepas kematian Nabi Isa alaih al-Salam.

(Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jld. 3, hlm. 461, al-Tibrizi, Misykat al-Masabih, jld. 9, hlm. 1006)

  • Rumusan: Selepas kemunculan al-Mahdi

 

Ada beberapa penulis ramalan yang menyatakan orang Etiopia yang dimaksudkan itu adalah Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan:
Mustahil, kerana al-Mahdi belum ada tanda akan muncul, Presiden Obama pulak akan tamat tempoh dua penggalnya sebagai Presiden Amerika Syarikat tidak lama lagi  dan dia tidak menunjukkan sifat keganasan sampai sanggup meruntuhkan Kaabah.

Komen dan Soalan