Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 122/131: Militan yang menyerang Ka’bah

TKK 122/131: Militan yang menyerang Ka’bah

313
0
Iklan

TKK 122 Militan  yang menyerang

Ka’bah ditenggelamkan mulai yang

awal dan akhirnya

(جيش يغزو البيت يخسف بأوله وآخره)

 

Mengikut sejarah, Kaabah diancam dua kali, semasa Tahun Gajah, di mana Abrahah datang dari Yemen untuk meranapkan Kaabah, dan tentera Hajjaj bin Yusof al-Tsaqafi bertujuan menangkap khalifah Abdullah Ibn Zubair. Namun di akhir zaman ada lagi yang cuba meranapkan Kaabah, tapi mereka dimusnahkan oleh Allah swt.

Bahagian 2:

Dalil-dalil hadith

Hadith Ubaidillah bin al-Qibtiyah:

فعن عبيد الله ابن القبطية قال :”دخل الحارث بن أبي ربيعة  وعبد الله بن صفوان وأنا معهما على أم سلمة فسألاها عن الجيش الذي يخسف به؟-وذلك في أيام عبد الله بن الزبير لما كان حربه مع الحجاج بن يوسف  وكان الزبير متحصنا بالبيت الحرام بمكة فقالت :(قال رسول اله صلى الله عليه وسلم :«يعوذ عائذ بالبيت فيبعث إليه بعث فإذا كانوا ببيداء من الأرض خسف بهم»فقلت :يا رسول الله فكيف بمن كان كارها؟قال:«يخسف به معهم ولكنه يبعث يوم القيامة على نيته > رواه مسلم

Saya, al-Harith bin Abi Rabi’ah dan Abdullah bin Shafwan masuk menemui Ummu Salamah (Ummul Mukminin), lalu bertanya isu pasukan yang ditenggelamkan (kerana kebetulan pada masa itu isu besar kedatangan al-Hajjaj bin Yusof untuk memerangi Ibn Zubair yang berkubu di Kaabah. Ummu Salamah menjawab,” Ada seseorang yang berlindung di Kaabah kemudian ada tentera yang ingin menangkapnya, ketika tentera datang hendak menangkapnya itu sampai di Baidha’ (padang pasir sebelum Mekah), maka Allah benamkan mereka.” Ummu Salamah bertanya Nabi saw, bagaimana ada di antara tentera tersebut yang dipaksa. Jawab Nabi saw, mereka juga akan ditenggelamkan, di hari kiamat, Allah akan membangkitkan berasaskan niat masing-masing.”

HR Muslim

Bahagian 3:

Hadith Aisyah Ummul Mukminin ra

عن عائشة- رضي الله عنها – قالت :”عبث رسول الله صلى الله عليه وسلم في منامه فقلنا: ياروسل الله صنعت شيئا في منامك لم تكن تفعله؟ فقال « العجب ان ناسا من امتي يؤمون هذا البيت لرجل من قريش، قد لجأ بالبيت حتى اذا كانوا بالبيداء خسف بهم » فقلنا: يا رسول الله ان الطريق قد تجمع الناس .فقال « نعم فيهم المستبصر و المجبور و ابن السبيل، يهلكون مهلكا واحدا و يصدرون مصادر شتى يبعثهم الله عز وجل على نياتهم >  رواه مسلم

Aishah ra nampak Nabi saw banyak bergerak dalam tidurnya, lalu bertanya kenapa, Nabi saw menjawab, ada satu pasukan yang datang ke Kaabah kerana ingin menangkap lelaki dari suku Quraish yang berlindung di dalamnya, ketika pasukan itu sampai di Baidha’. Maka Allah tenggelamkan mereka.” Mengenai mereka yang menyertai pasukan itu secara dipaksa, Nabi saw berkata, mereka akan dibenamkan juga, tapi Allah akan bangkitkan berdasarkan niat niat mereka.”

HR Muslim

Kata Dr al-Areefi, al-Nihayah, ia tanda yang belum terjadi. Kemungkinan kuat di zaman al-Mahdi atau Mahdi itu sendiri yang berlindung di Kaabah. Ketika tentera datang menangkapnya, Allah membantu dengan membinasakan tentera yang datang menangkapnya. Mengenai nasib tentera yang dikerah untuk menyerang Kaabah, mereka turut akan binasa dan nasib mereka bergantung kepada niat mereka. Tamat

Komen dan Soalan