UiTO Channel: Tazkirah Harian
~Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1437H~
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka)”
[Surah al-Ankabut 14]
#Nabi Nuh Alaihissalam dilahirkan 10 kurun (1 kurun bersamaan 100 tahun. Maka 10 kurun bersamaan dengan 1000 tahun) selepas kewafatan Nabi Adam.
#Daripada Abu Umamah r.a berkata, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah nabi selepas Nabi Adam”?. Baginda menjawab: “Ya”. Lelaki itu bertanya lagi: “Berapakah jarak antara mereka?”. Nabi saw menjawab: “10 kurun” (HR Ibnu Hibban. Sahih)
#Nabi Nuh telah berdakwah kepada kaumnya serta isteri dan anak-anaknya selama 950 tahun sebagimana yang disebutlah dalam ayat di atas.
#Namun, selama tempoh itu hanya sedikit sahaja di kalangan kaumnya yang beriman kepada Allah. Yang akhirnya semua mereka yang tidak beriman serta degil ini dibinasakan dengan didatangkan taufan dan tenggelam dalam banjir besar.
#Ini bukanlah petanda bahawa Nabi Nuh gagal di dalam dakwahnya. Namun ini menunjukkan satu bukti bahawa tidak ada yang dapat memberikan hidayah kecuali dengan izin Allah swt walaupun dia berketurunan nabi dan hidup sebumbung dengan nabi sekalipun. [Rujuk Surah at-Tahrim ayat 10 dan Surah Hud ayat 45-46]
♡Tugas kita hanya mengajak kepada kebaikan, selebihnya soal perubahan/hidayah serahlah kepada Yang Maha Memberi Hidayah♡
🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)