Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 110-111/131: Kota al-Quds Makmur, Kota Madinah Musnah dan ditinggalkan

TKK 110-111/131: Kota al-Quds Makmur, Kota Madinah Musnah dan ditinggalkan

531
0
Iklan

TKK 110-111: Kota al-Quds

Makmur, Kota Madinah Musnah

dan ditinggalkan 

(عمران بيت المقدس – وخراب المدينة وخلوها من السكان والزائرين)

 

Bahagian 1

Dalil Hadith:
 عن معاذ بن جبل قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : عمران بيت المقدس خراب يثرب وخراب يثرب خروج الملحمة وخروج الملحمة فتح القسطنطينية وفتح القسطينطينية خروج الدجال ثم ضرب على فخذه أو على منكبة ثم قال : إن هذا لحق كما أنك قاعد وكان مكحول يحدث به عن جبير بن نفيرعن مالك بن يخامر عن معاذ بن جبل عن النبي صلى عليه وسلم مثله . رواه ابن أبي شيبة ( 7 / 491 ) وأحمد ( 5 / 245 ) وأبو داود ( 4294 )  حسنه الشيخُ الألباني رحمه الله في صحيح سنن أبي داود .

Dari Muadz Ibn Jabal ra, Nabi saw bersabda,” (bahawa di antara tanda-tanda akhir zaman adalah ), pembangunan kembali Bayt al-Maqdis, penghancuran Yatsrib, munculnya perang mega demi perang yang dahsyat atau pertikaian berdarah) dan penaklukan Konstantinople petanda kemunculan Dajal.” Lalu Nabi saw menepuk Muadz sambil berkata ,”sungguh, itu merupakan kebenaran, seperti bahaya kenyataan bahawa kamu sedang duduk saat ini”

HR Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Abu Daud, dihasankan oleh al-Albani, didha’ifkan oleh mutaqddimin, antaranya Daraqutni dalam Ilal.

 

 

Bahagian 2

لَتُترَكَنَّ المدينةُ على أحسَنِ ما كانت حتَّى يدخُلَ الكلبُ فيُغذِّيَ على بعضِ سواري المسجِدِ أو على المِنبَرِ ) قالوا : يا رسولَ اللهِ فلِمَنْ تكونُ الثِّمارُ ذلك الزَّمانَ ؟ قال : ( لِلعَوَافي : الطَّيرِ والسِّباعِ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : ابن حبان | المصدر : صحيح ابن حبان
الصفحة أو الرقم: 6773 | خلاصة حكم المحدث : أخرجه في صحيحه

Dari Abu Hurayrah “Sungguh kamu akan meninggalkan Madinah padahal ia lebih maju dari sebelumnya. Sehingga anjing dan serigala bebas masuk dan kencing dalam masjid bahkan mimbarnya. Lantas sahabat bertanya,  Jika demikian, siapakah yang akan memungut hasil kebun? Jawab Nabi,” pemangsa yakni  burung dan binatang.

HR Ibn Hibban, dia mensahihkan, didhaifkan oleh Albani.

 

Syarah:

Kota Madinah adalah sebuah kota yang amat besar hari ini dengan Masjid Nabawi tersergam indah, lapangan terbang, hotel-hotel mewah yang mengelilingi Masjid Nabawi. Tidak terbayang ia akan ditinggalkan manusia di akhir zaman. Namun Nabi menjelaskan di akhir zaman, Madinah akan malap dan Baitul Maqdis akan maju dan tumpuan manusia menetap. Tanda awal sudah nyata bahawa Israel sudah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai Ibu negara Israel yang baru, bukan lagi Tel Aviv. Semakin ramai orang Yahudi yang berpindah ke Israel/Baitul Maqdis dari US dan EC serta semakin banyak penempatan Palestine diambil alih di Baitul Maqdis.

 

Bahagian  3

Hadith Ibn Hawalah al-Azdi,

يا ابن حوالة إذا  رأيت الخلافة  قد نزلت الأرض المقدسة فقد دنت الزلازل والبلابل والأمور العظام والساعة يومئذ أقرب من يدي هذه من رأسك  >  رواه أحمد وأبو داود وصححه الألباني في صحيح أبو داود

“Wahai Ibn Hawalah, jika engkau sempat menyaksikan khalifah muncul di bumi al-Quds,  bererti kegoncangan, kepanikan dan kedahsyatan akan berlaku. Pada saat itu Kiamat amat dekat dengan manusia melebihi dekatnya tanganku dengan kepalamu.”

HR Ahmad dan Abu Daud, Albani kata sahih.

 

Kata Syaikh al-Areefi, Baitul Maqdis menjadi gah dan makmur dan kota idaman kerana khalifah akhir zaman berlaku di sana dan juga tempat menetapnya Nabi Isa as. Musnahnya Madinah kerana kegoncangan akhir zaman dan meletusnya Malhamah al-Kubra atau perang yang amat besar. Wallahu’alam.

 

Komen dan Soalan