Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Ciri-ciri jamaah terbaik yang ditekankan di dalam al-Quran?

Ciri-ciri jamaah terbaik yang ditekankan di dalam al-Quran?

350
0
Iklan

 

Soal Jawab bersama panelis,

Tuan Hasan Tuan Lah

 

Soalan

Ustaz, di Malaysia ini ada banyak jamaah, boleh saya dapatkan pencerahan ciri-ciri jamaah terbaik yang ditekankan di dalam al-Quran?

Jawapan

  • Ciri utama:
  • Golongan yang sedikit dan asing di akhir zaman.

Dalil:

بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء

“Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing”

(Muslim no: 208)

 

  • Ciri kedua:
  • Melakukan islah atau perbaikan.

Dalil:

قيل يا رسول الله ومن الغرباء؟ فقال: الذين يصلحون إذا فسد الناس

Rasulullah saw ditanya “Wahai Rasulullah siapa yang asing itu (al-Ghuraba)?” Rasulullah bersabda: ”Iaitu orang-orang yang mengadakan perbaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”.

(Ahmad, Sahih al-Jaami’ no: 7368)

 

  • Ciri ketiga:
  • Membaiki sunnah dari ahli bid’ah.

Dalil:

هم الذين يصلحون ما أفسد الناس من سنتي

“Mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosakkan manusia”.

(Tarmizi no:2630, hasan sahih)

Komen dan Soalan