Utama UiTO Bicara THTL Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 9 dan...

Usul Fiqh: Kaedah hendak memahami perbuatan Rasulullah saw (Kaedah 9 dan 10)

829
0
Iklan

Kaedah untuk memahami

perbuatan Rasulullah saw

(أفعال الرسول صلى الله عليه وسلم)

dari kitab Usul fiqh ahli Hadith

oleh Zakariya al-Bakistani,

Dar Ibn Jauzi, KSA

 

 

Kaedah kesembilan:

 

Amalan yang disukai Nabi dalam perkara-perkara Adat (jibliah) maka disukai juga kita melakukannya atas dasar kecintaan kepada baginda.

(ما استحب النبي صلى الله عليه وسلم فعله من الأمور العادية فيستحب فعله لمحبة النبي صلى الله عليه وسلم له)

 

Teks: يستحب للإنسان أن يستحب ما استحبه النبي صلى الله عليه وسلم من الأمور العادية الجبلية كاستحبابه الدباء واستحبابه الشراب الحلو البارد لما في ذلك من كمال الاتباع

Terjemahan:

Adalah disukai ke atas umat melakukan apa yang disukai oleh Nabi saw dalam perkara-perkara adat jibliyah seperti memakan sayuran dan minuman kesukaan Nabi sebagai kesempurnaan ittiba’ atau ikutan kepada baginda.

Syarah:

Memakai pakaian Nabi, warna kesukaan Nabi, memakan lauk-pauk Nabi, sayuran, minuman kegemaran beliau dan daging kesukaan Nabi adalah adat jibliyah. Maka jika seseorang ingin melakukannya, termasuk dalam galakan “kamaal al-ittiba'” atau kesempurnaan ittiba’ atau kesempurnaan ikutan. Sebagaimana manusia hari ini meniru idola mereka dalam berpakaian dan gaya.

Adat jibliyah Nabi saw ada dalam kitab seperti Syamail Muhammadiyah, Zaad al-Ma’ad, dan kitab-kitab sunan.

 

Contoh hadith Labu, Nabi sukakan sayur labu.

، قال : فرأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتتبع الدباء من حوالي القصعة ويعجبه ، قال : فلم أزل أحب الدباء من يومئذ 

أخرجه البخاري (2092) ومسلم (2041)

Dari Anas yang mengiringi Nabi saw ketika dijemput makan di sebuah rumah: Aku (Anas) melihat Nabi memandang kepada sayur labu yang dekat dengan beliau dan beliau nampak tertarik dengan sayur tersebut. Sejak itu aku mula menyukai sayur labu.” 

(HR Bukhari-Muslim) 

Fiqh hadith:

Bukan maksud makan labu itu mendapat pahala sunnah, cuma jika seseorang meminati makan labu kerana sukakan apa yang Nabi suka, maka itu tanda kesempurnaan ittiba’ dan dia mendapat pahala kerana kesempurnaan ikutannya kepada Nabi dalam semua perkara. Begitu juga memakai serban dan jubah, bukanlah ia suatu anjuran dalam agama, cuma siapa yang pakai jubah, serban petanda dia melakukan ittiba’ yang sempurna.

 

 

 

Kaedah kesepuluh: 

 

Mana-mana perbuatan Nabi yang terkeluar dari jibliyah kepada tasyri’ (menjadi sunnah syariat) kerana sering dilakukannya, maka ia digalakkan melakukannya (ما يحتمل من الأفعال خروجه من الجبليِّة إلى التشريع بمواظبته على وجه مخصوص فيستحب التأسي به فيه)

 

Text: هناك بعض الأفعال النبوية هي في الأصل أفعال جبليِّة لكن يحتمل أنها للتشريع وهي الأشياء التي واظب عليها النبي صلى الله عليه وسلم على وجه مخصوص دون أن يرغب فيهما كالاضطجاع بعد ركعتي الفجر

Terjemahan:

Di sana terdapat sebahagian perbuatan baginda [ada asalnya adalah perbuatan Jibliyah* (*amalan kerana baginda seorang manusia, berbangsa Arab. Iklim Arab Hijaz dan hidup di suatu zaman yang tertentu), namun ada kemungkinan berubah menjadi tasyri’ atau sunnah kerana sering dilakukan beliau. Antara contohnya ialah Nabi saw berbaring sekejap selepas melakukan dua rakaat sunat fajar. Amalan ini dilakukan secara konsisten.

 

Komen dan Soalan