Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 98/131: Bumi Arab Kembali Menghijau dan Mengalirnya Sungai

TKK 98/131: Bumi Arab Kembali Menghijau dan Mengalirnya Sungai

715
0
Iklan

TKK 98: Bumi Arab Kembali

Menghijau dan Mengalirnya Sungai

(عودة جزيرة العرب مروجا وأنهارا )

 

Dalil hadits: Dari Abu Hurayrah ra,

فعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى اله عليه وسلم قال لا تقوم الساعة حتى يكثر المال ويفيض  حتى يخرج الرجل بزكاة ماله فلا يجد أحدا يقبلها منه وحتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا ; رواه مسلم

“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta berlimpah, sehingga seseorang hendak mengeluarkan zakat hartanya tetapi ia tidak menemukan seorang pun yang menerimanya dan sehingga tanah arab kembali menjadi padang rumput dan sungai”

HR. Muslim no 157

 

Juga dari Abu Hurayrah ra,

لا تقوم الساعة حتى تعود أرض العرب مروجا وأنهارا وحتى يسير الراكب بين العراق ومكة لا يخاف إلا ضلال الطريق -أي يخاف أن يضيع الطريق- وحتى يكثر الهرج»قالوا:وما الهرج يا رسول الله ؟قال:«القتل»رواه أحمد : الراوي: أبو هريرة – خلاصة الدرجة: رجاله رجال الصحيح – المحدث: الهيثمي – المصدر: مجمع الزوائد – الصفحة أو الرقم: 7/334

“Tidak akan terjadi Kiamat sehingga bumi arab kembali hijau dan sungainya mengalir dan sehingga seorang naik kenderaan dari Iraq ke Makkah tidak takut kepada sesiapa pun kecuali sesat jalan dan banyak terjadi Haraj. Diajukan soalan apa itu al-Haraj, baginda menjawab,” ianya adalah pembunuhan besar-besaran.”

HR Ahmad, dinilai sahih oleh  al-Haithami dalam Majma’.

 

Hadith Mu’adz bin Jabal ra

قال :«يوشك يا معاذ إن طالت بك الحياة أن ترى ما ههنا قد ملى جنانا>  رواه مسلم

Ia berlaku ketika eksperisi Tabuk dan mereka mengalami masalah kekurangan bekalan air di Tabuk, lalu baginda berkata kepada Muadz, ” Ya Mu’adz, jika usiamu panjang, pasti engkau akan menyaksikan kawasan ini (Bandar Tabuk) akan berubah kepada kesuburan dan ladang-ladang pertanian yang hebat.”

HR Muslim

 

 

Syarah:

  • Kata Dr. Abdul Majid al-Zindani, asalnya tanah arab adalah kawasan paling awal dihuni, dan ketika itu ia adalah kawasan hijau dan subur. Tapi selepas ice age yang pertama, maka berlaku perubahan cuaca dan tanah arab menjadi padang pasir. Namun dengan hadith ini, jika berlaku ice age kedua, di mana kutub akan cair, tanah arab akan kembali menghijau dan sungai-sungai akan mengalir semula.

 

  • Kata Dr al-Arifi, KSA, semua maklum, 80% tanah arab adalah padang pasir yang tandus dan gersang. Maka bila Nabi mengkhabarkan ia akan kembali hijau, ia suatu yang aneh dan menakjubkan. Mengenai hadith Muaz bin Jabal di Tabuk, memang sahih Tabuk sekarang di Saudi adalah hijau dan antara kawasan pertanian utama di Saudi.

 

  • Syarah Thtl, selepas saya sendiri bekerja di Saudi beberapa tahun di bandaraya Jizan, Jizan sendiri adalah kawasan pengeluaran pertanian yang utama di Arab Saudi, antaranya pengeluar mangga dan pisang yang utama di Saudi.  Saya pernah ke ibu kota Riyadh, di mana Riyadh itu sendiri bermaksud Garden City atau Bandaraya Taman, maka wujud di sekitar Riyadh kawasan hijau yang besar dan ajaib sekali kerana ia berada di padang pasir. Jika anda ke Arafah, tempat wukuf, kawasan tersebut  juga sudah hijau. Dan dengan teknologi penyulingan air laut, Saudi ke arah mencukupi dalam pengeluaran sayur dan buahan. Manakala di Dubai dan negara teluk, teknologi hijau amat mengkagumkan, di mana terdapat pusat permainan salji terbesar di dunia di Dubai. Bayangkan, boleh main ski dan salji di padang pasir!!

Komen dan Soalan