Utama Tazkirah Admin Pencarian Yang Halal Satu Kewajipan

Pencarian Yang Halal Satu Kewajipan

215
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 30 Muharram 1437H~

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”
[Surat Al-Baqarah 168]

#Peringatan Allah ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman agar memilih yang halal dalam kehidupan mereka. Hal ini kerana kebanyakan manusia pada hari ini tidak mempedulikan halal haram, baik buruk, dosa dan pahala dalam memperolehi rezeki dalam muamalah seharian. Bak kata orang utara: “Membujur lalu, melintang patah. Yang halal sapu, yang haram pun pediah”

#Sama-sama kita hayati kisah di bawah ini, moga menjadi teladan kepada kita:

Diriwayatkan daripada Khalifah Ali bahawa beliau memasuki masjid Kufah. Beliau memberikan tunggangannya kepada seorang budak untuk dijaga sehingga beliau selesai solat.

Setelah selesai solat, beliau mengeluarkan satu dinar untuk diberikan kepada budak itu sebagai upah. Namun beliau mendapati budak itu telah mengambil tali tambatan tunggangannya dan membawanya pergi.

Kemudian Sayidina Ali menghantar seorang lelaki untuk membeli tali tambatan yang baru dengan harga satu dinar. Setelah membeli tali tambatan baru, lelaki itu memberikan kepada Ali r.a.

Apabila melihat tali itu, Khalifah Ali berkata: “Subhanallah, Ini adalah tali tambatan tungganganku!.

Lelaki itu berkata: “Aku membelinya daripada seorang budak dengan harga satu dinar”

Berkata Ali r.a : “Subhanallah!! Aku ingin memberi satu dinar (upah) secara halal, tetapi dia yang ingin mengambilnya secara haram”

#Kita boleh memilih untuk mendapatkan rezeki atau pendapatan daripada sumber yang halal atau haram. Betapa ruginya jika rezeki itu boleh diperolehi secara halal tetapi kita memilih untuk memilikinya dgn cara yang haram.

♡Mencari yang halal itu adalah kewajipan bagi setiap orang yang beriman♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan