Utama Tazkirah Admin Hubungan Intim: Dosa Dan Ganjaran

Hubungan Intim: Dosa Dan Ganjaran

171
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 29 Muharram 1437H~

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa”
[Surah al-Baqarah 187]

#Allah telah membataskan hari dan masa tertentu yang tidak boleh seorang lelaki dan isterinya mengadakan hubungan jenis pada waktu tertentu.

#Antara waktu-waktu yang ditegah:

1. Ketika ihram/ melakukan ibadah haji dan umrah

2. Pada siang hari di bulan Ramadhan/ ketika sedang berpuasa.

3. Ketika isteri di datangi haid

4. Ketika isteri sedang nifas

5. Ketika beriktikaf di masjid

#Adapun waktu-waktu yang digalakkan melakukan hubungan suami isteri tidaklah ditentukan masa dan waktu. Ini kerana hubungan suami isteri hanya akan sempurna apabila ada kehendak daripada salah seorang pasangan dan pasangannya yang seorang lagi menerima. Kehendak dan penerimaan hubungan seksual ini boleh berlaku pada mana-mana waktu dan pada semua hari melainkan pada hari-hari yang ditegah syarak.

#Dari Abu Zar r.a, Nabi saw bersabda:

وَفِى بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأْتِى أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ أَجْرٌ

“Dan hubungan intim di antara kamu adalah sedekah.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana boleh mendatangi isteri dengan syahwat (disetubuhi) boleh mendapat pahala?” Baginda bersabda: “Bagaimana pendapatmu jika ada yang meletakkan syahwat tersebut pada yang haram (berzina) bukankah mendapat dosa? Maka sudah semestinya meletakkan syahwat tersebut pada yang halal mendatangkan pahala”
(HR Muslim)

♡Setiap kebaikan dan ketaatan itu berpahala, setiap kejahatan dan pelanggaran batas itu adalah dosa♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan