Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Rahiqum Makhtum – Khulasah dan Misteri Khaibar

Rahiqum Makhtum – Khulasah dan Misteri Khaibar

192
0
Iklan

Khulasah dan Misteri Khaibar (Muharram Tahun Ke-7 H)

Khaibar adalah kota besar yang memiliki banyak benteng dan kebun. Terletak sekitar 60 atau 80 batu di utara kota Madinah. Sekarang ia berubah menjadi desa yang di beberapa wilayahnya terdapat wilayah yang gersang dan tidak banyak dihuni.

Khaibar merupakan pusat propaganda dan perancangan Yahudi di Madinah. Seperti yang kita tahu, risikan telah memberikan maklumat terdapat perancangan dan persiapan yang dibuat oleh Yahudi untuk menyerang Madinah.

Selepas sahaja Perjanjian Hudaibiyyah pada Zulhijjah 6H, sebaik pulang iaitu pada permulaan Muharram 7H, orang Islam telah mendapat berita bahawa Yahudi dan Bani Ghatafan telah mengadakan pakatan untuk menyerang Madinah. Maka Rasulallah SAW telah menyediakan jemaah Islam untuk menyerang Khaibar.

Khulasah dari Khaibar

Untuk menghadapi peperangan dengan Yahudi yang banyak strategi dan taktik, pasukan yang benar-benar setia dan mahu berjihad telah dipilih yakni 1,400 orang dari kalangan yang berbai’at di peristiwa Hudaibiyah. Di dalam peristiwa Khaibar, Rasulallah SAW pada asalnya bertujuan untuk mengadakan pengusiran Yahudi dari Madinah maka, pendekatan yang diambil adalah rampas dan usir. Kubu-kubu Khaibar sebelum di serang, penghuninya di dakwah kepada Islam.

Saidina Ali r.a telah di pilih menjadi ketua untuk menyerang kubu Khaibar. Setelah semua kubu di tawan, Yahudi masih mengikat janji, dalam hal tanah dan hasil kurma.

1. Selepas Khaibar, Rasulallah SAW boleh terima jemputan makan wanita Yahudi.

Rasulallah SAW menerima jemputan wanita Yahudi kerana, baginda SAW menunaikan hak-hak rakyat Madinah seperti termaktub dalam Piagam Madinah, yakni mereka saling menjalinkan hubungan yang baik.

2. Perjanjian penggunaan tanah Khaibar atas tujuan perladangan kurma.

Isu perjanjian penggunaan Tanah, kenapakah ianya lebih dipentingkan daripada pengusiran Yahudi, kerana bekalan kurma di pasar-pasar Madinah adalah dari ladang Khaibar yakni sumber makanan utama penduduk Madinah.

3. Pernikahan Rasulallah SAW dengan seorang janda Yahudi.

Apakah hikmah dan azimah pernikahan Rasulallah SAW dengan Shafiiyah (sha = ص) binti Huyayy, seorang janda ketua Yahudi. Dalam kitab Sifatu Sofwah Ibn Al-Jauzi menyebut bahawa beliau adalah dari keturunan Nabi Harun a.s. Ia satu petunjuk bahawa tidak menjadi hina Yahudi yang memeluk Islam, bahkan Rasulallah SAW menikahinya atas dasar Islam. Islam memuliakan dan Nabi SAW mengajar umat antara bentuk memuliakan seorang Islam, menjadikan orang Islam itu serapat-rapat hubungan, hingga menjadi teman seketiduran.

Islam memuliakan manusia. Ini menjadikan Yahudi-Yahudi yang memeluk Islam di Madinah seperti Abdullah bin Salam, dan ramai lagi anak-anak Bani Quraizah yang di tawan menjadi rapat dan mesra dengan Rasulallah SAW kerana ahli keluarga baginda SAW juga ada di kalangan yang berbangsa Yahudi.

4. Ghanimah yang banyak di Khaibar, tetapi Aisyah r.a hanya makan dua benda hitam sehingga kewafatan Rasulallah SAW.

Ghanimah Khaibar – Khumus yang diterima oleh Rasulallah SAW

Suatu jumlah yang besar di terima iaitu sebanyak 1/5 bahagian, kerana ghanimah di Khaibar banyak tanah kebun kurma sahaja di bahagikan kepada 4000 lebih bahagian yakni 1/5 adalah lebih 800 bahagian.

Hakikatnya jika kita baca hadis Al-Bukhari dan Muslim. Saidatina Aisyah r.a menyebut yang terjemahannya: Tidak pernah kenyang keluarga Muhammad SAW dari roti gandum selama dua hari berturut-turut, keadaan sedemikian ini sampai beliau SAW wafat.

Ke mana perginya harta Khaibar?

Seperti yang di sebut oleh penulis buku Rahiqul Makhtum – Syaikh Safiyurrahman, setelah Khaibar ramai Muhajir dari Habsyah, Yaman dan bahagian-bahagian lain di tanah Arab telah datang berhijrah ke Madinah.

Antara yang disebut telah datang ke Madinah pada waktu itu adalah ahli Al Asy’ari dari Yaman, Ahli Ad Dausi yang termasuk di dalamnya Abu Hurairah r.a, dan beberapa lagi orang Muhajir dari Habsyah seperti Ja’afar bin Abi Talib dan beberapa ramai lagi. Sudah pasti keperluan-keperluan mereka ini akan dipenuhi oleh Rasulallah SAW.

Disebut juga Ahlu Suffah di masjid Nabawi bilangannya adakalanya mencecah ribuan orang. Maka siapakah yang paling dahulu membantu dan menyediakan keperluan mereka. Sudah pastilah Rasulallah SAW.

Hadis Al-Bukhari tentang keadaan Ashabu Suffah ketika itu:

“Telah bercerita kepada kami Musa bin Isma’il, telah bercerita kepada kami Mu’tamir, dari bapaknya, telah bercerita kepada kami Abu ‘Utsman, bahawa Abdurrahman bin Abu Bakr radliallahu ‘anhu, bercerita kepadanya bahawa Ashhabus Suffah adalah orang-orang faqir dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam suatu kali pernah bersabda: “”Siapa yang memiliki makanan untuk dua orang hendaklah dia mengajak orang yang ketiga, dan siapa yang memiliki makanan untuk empat orang hendaklah dia mengajak orang yang kelima, atau keenam””, atau sebagaimana beliau sabdakan. Abu Bakr pun datang dengan mengajak orang ketiga. Sementara itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengajak sepuluh orang dan Abu Bakr hanya dengan orang yang ketiga. Dia (‘Abdur Rahman) berkata; “”Ketiga orang itu adalah aku, bapakku dan ibuku””. –Perawi (Abu ‘Utsman) berkata; “”Aku tidak tahu apakah dia (‘Abdur Rahman) menyebutkan; “”Isteriku, dan pembantuku yang bekerja di rumahku dan rumah Abu Bakr.””– Lalu Abu Bakr menikmati makan malamnya di rumah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan tinggal di sana beberapa saat hingga mendirikan shalat ‘Isya’. Lantas ia kembali sampai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menuntaskan makan malamnya. Kemudian Abu Bakr pulang ke rumah setelah agak larut malam sebagaimana yang Allah SWT kehendaki. Isterinya berkata; “”Apa yang menghalangimu dari tamu-tamumu? atau tamumu? (dengan lafadz tunggal) “” (perawi ragu). Abu Bakr menjawab; “”Apakah kamu telah menjamu mereka untuk makan malam?””. Isterinya menjawab; “”Mereka menolaknya sampai kamu datang””. Keluarga Abu Bakr sudah berusaha menjamu mereka namun mereka tetap menolak, hingga mereka sendiri kewalahan untuk mempersilahkan. Lalu aku pergi dan bersembunyi. Maka Abu Bakr berkata; “”Wahai Ghuntsar!””. Abu Bakr mencaci dan mencelanya (‘Abdur Rahman) lalu berkata; “”Makanlah””. Lalu Abu Bakar berkata lagi; “”Aku tidak akan memberinya (Abdurrahman) makan selamanya””. Dia berkata; “”Demi Allah, tidaklah kami mengambil satu suap makanan kecuali makanan itu bertambah dari bawah dengan yang lebih banyak dari suapan tersebut hingga mereka kenyang dan makanan itu menjadi lebih banyak dari sebelumnya. Abu Bakr memperhatikannya dan ternyata makanan itu memang bertambah banyak, lalu dia berkata kepada isterinya; “”Wahai saudara Bani Firas (ada apa gerangan)?””. Isterinya menjawab; “”Tidak tahu. Sungguh kesejukan hatiku sekarang adalah bahawa makanan itu bertambah banyak tiga kali ganda dari sebelumnya. Maka Abu Bakr memakannya lalu berkata; “”Sesungguhnya dari syaitan””, (maksudnya sumpahnya untuk tidak memberi makan kepada Abdurrahman). Lalu dia kembali memakannya satu suap kemudian membawa mangkuk besar berisi makanan itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sehingga makanan itu ada di hadapan beliau. Di antara kami dan kaum itu (ashhabus suffah) ketika itu ada perjanjian (masalah kepulangannya) sehingga ketika waktu perjanjian telah berakhir, kami berprncar dengan diketuai dua belas orang laki-laki (kelompok), setiap satu orang dari mereka (membawa) sekian banyak anggota yang hanya Allah saja yang tahu jumlah orang yang menyertai pada setiap satu orangnya, selain sang ketua diutus bersama mereka. Dia berkata; “”Mereka makan dari makanan (mangkuk yang dibawa Abu Bakr) itu semuanya”” atau sebagaimana dia katakan. Dan orang lain berkata; “”Lalu kami mengetahui bahawa Abu Bakar adalah orang yang bijak'”.

Allahu a’lam.

 

Komen dan Soalan