UiTO Channel: Tazkirah Harian
~Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1437H~
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ
“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” [Surah al-Baqarah 109]
#Inilah antara kerja orang Yahudi dan Nasrani iaitu berusaha untuk menjadi orang-orang Islam mengikuti cara hidup mereka.
#Cuba kita lihat bermula dari model rambut, cara berpakaian, penampilan muda-mudi saat ini, gaya pergaulan, gaya berhibur, gaya bersosial, gaya berinteraksi, gaya bersukan, gaya bekerja tanpa peduli halal haram, gaya berniaga yang melibatkan riba, gaya berpolitik yang bertuhankan nafsu dan wang dan sebagainya sudah sama dengan gaya yang di anjurkan oleh golongan Yahudi dan Nasrani.
#Benarlah kata Nabi saw bahawa umat Islam akan ikut gaya mereka selangkah demi selangkah.
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِى جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ , قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ : فَمَنْ
“Sungguh kamu akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kamu ikuti itu masuk ke lubang biawak (yang sempit sekalipun), pasti kamu pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Lantas siapa lagi?”(HR Muslim)
#Imam Nawawi menjelaskan: “Yang dimaksudkan dengan syibr (sejengkal) dan dziroo’ (sehasta) serta lubang dhob (lubang biawak), adalah perumpamaan bahawa tingkah laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nasrani. Iaitu kaum muslimin meniru mereka dalam kemaksiatan dan pelbagai penyimpangan, bukan dalam hal-hal kekafiran mereka yang diikuti. Perkataan Baginda ini adalah suatu mukjizat kerana apa yang Baginda saw katakan telah terjadi pada saat ini.” (Syarah Muslim)
♡Sama-samalah kita menjaga anak isteri, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat sekitar dan juga seluruh umat Islam agar sentiasa teguh mengikut cara hidup Islam serta menjauhi gaya hidup golongan Yahudi dan Nasrani♡
🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)