Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-13

Quran Terjemahan Harfiyyah Wa’Irab – Al-Baqarah Ayat ke-13

705
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

Sambungan ke ayat 13 Surah البقرة

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَما ءَامَن

النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَامَآ ءَامَنَ

السُّفَهَاءُ، ألَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ

وَلَكِن لَّا يَعْلَمُونَ – ١٣

وَ : dan

إِذَا : apabila

قِيلَ : dikatakan

ل : kepada

هُمْ : mereka

ءَامِنُوا : berimanlah kamu

كَمَآ : sebagaimana

ءَامَنَ : telah beriman

النَّاسُ : orang-orang itu

قَالوا : mereka menjawab

أَ : patutkah

نُؤْمِنُ : kami beriman

كَمآ : sebagaimana

ءَامَنَ : telah beriman

السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh

ألآ : ketahuilah

إِنَّ : sesungguhnya

هُمْ : mereka

هم : merekalah

السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh

ولَكن : tetapi

لا : tidak

يَعْلَمُونَ : mereka mengetahui

Terjemahan:

Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab: patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh itu , ketahuilah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.

I’rab

وَ : الواو حرف عطف

Wau huruf penghubung

إِذَا : ظرف مبني على السكون في محل نصب

Keterangan masa dibina dengan sukun berkedudukan nasab

قيلَ لهم : جملة فعلية في محل جر بالإضافة

Ayat yang dimulakan dengan kata kerja berkedudukan jar kerana sandaran.

قِيلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .

Kata kerja lepas bentuk pasif dibina dengan baris fathah.

ل : حرف جر : kata sendi

هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر باللام و الجر و المجرور معلق بقيل

Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati berkedudukan jar dengan huruf lam ل dan jar dan majrur itu ada hubung kait dengan قيل

ءَامِنوا : جملة فعلية في محل رفع نائب فاعل للفعل ” قيل” وهي فعل أمر مبني على الضمة لإتصاله ضمير متصل في محل رفع فاعل .

Ayat fi’liyyah berkedudukan rofa’ kerana نائب فاعل bagi kata kerja pasif قيل dan ia adalah kata kerja perintah dibina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan waw ganti nama متصل yang berbaris mati berkedudukkan rofa’ فاعل.

كَمَآ : الكاف حرف جر : kata sendi

ما : مصىرية : masdar

ءَامَنَ: فعل ماض مبني على الفتحة وفاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هو

Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris atas فتحة dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi مستتر taqdirnya ” هو”.

النَّاسُ : فاعل ” ءَامَنَ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره.

Pelaku perbuatan bagi kata kerja ءامن , ia ialah kata nama yang hukum i’rabnya marfu’, dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لإتصاله بواو الجماعة. الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة

Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan waw jamak, dan wau itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati berkedudukan sebagai rofa’ pelaku perbuatan.

أ : الهمزة همزة استفهام تفيد الإنكار

Hamzah kata tanya yang membawa maksud ingkar.

نُؤْمِنُ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه الضمة الظاهرة على آخره و الفاعل ضمير مستتر وجوبا تقديره ” نحن”

و الجملة الفعلية ” أنؤمن” في محل نصب مفعول به لقالوا.

Kata kerja sedang/akan yang bebas dari amil nasab dan jazam yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan, dan pelaku perbuatanya ialah ganti nama bersambung مستتر yang ditakdirkan kepada ” نحن ” dan jumlah fi’liyyah أنؤمن berkedudukan nasab disebabkan مفعول به dengan kata kerja قالوا .

كمآ : seperti penjelasan di atas

ءَامَنَ : فعل ماض مبني على الفتحة و فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره ” هو ”

Kata kerja lepas ماض dibina dengan fathah (kekal) dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi مستتر yang taqdirnya ” هو”

السُّفَهَاءُ : فاعل مرفوع بالضمة في آخره

Pelaku perbuatan yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

ألآ : حرف استفتاح و تنبيه

Huruf pembukaan yang membawa maksud تنبيه supaya diberi perhatian sepenuhnya.

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل

Huruf yang menasabkan isim dan merifa’kan خبر yang seakan-akan kata kerja.

هُمْ: ضمير للغائبين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إنَّ”

أو تكون الهاء هي الضمير المتصل المبني على الضمة في محل نصب اسم ” إنَّ ” و الميم علامة جمع الذكور و كسرت همزة ” إِنَّ

” لأنها مسبوقة بألا.

Ganti nama berpisah untuk orang ketiga lelaki ramai, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ia sebagai isim إنَّ atau huruf ha itu ialah ganti nama bersambung متصل di bina dengan ضمة berkedudukan nasab kerana isim bagi إِنَّ manakala huruf mim tanda jamak bagi lelaki ramai, dan dikasrohkan hamzah إنَّ kerana didahului oleh ألا.

هُمُ : ضمير منفصل مبني السكون الذي حرك بالضمة الإشباع الميم و لالتقاء السكنين في محل رفع مبتدأ

Ganti nama berpisah yang di bina dengan sukun yang menerima baris ضمة untuk membolehkan huruf mim itu hidup dengan vocal ” u ” kerana bertemu dengan dua huruf mati iaitu huruf mim pada هم dan alim lam pada السفهاء . Dan ia berkedudukan subjek مبتدأ .

السُّفَهاءُ : خبر مبتدأ ” هم ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آجره.

Prediket bagi هم hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

و لكن لا : الواو زائد – لكن : استدراك

Huruf wau zaidah (tambahan ) dan لكن bermakna ” tetapi”

لا : نافية : huruf nafi

يَعْلَمُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لانه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja مضارع yang bebas dari amil jazam dan amil nasab. hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الجمسة dan huruf waw ialah ganti nama متصل dibina dengan sukun berkedudukan sebagai rofa’ kerana pelaku perbuatan.

والله أعلم

Komen dan Soalan