Utama Tazkirah Admin Berkata Benar Menjemput Kebaikan

Berkata Benar Menjemput Kebaikan

1801
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 16 Muharram 1437H~

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara)”[Surah al-Ahzab 70]

#Imam at-Tabari dalam tafsirnya mentafsirkan kalimah ‘Qaulan Sadiida’ dengan makna adil.

#Inilah pesanan indah daripada Allah yang menggariskan pendekatan agar kita bertaqwa dan mengucapkan kata-kata yang benar sebagai prasyarat yang perlu dipenuhi demi menggapai redha dan rahmatNya.

#Sabda Nabi saw:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْد رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ ، فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِيْ إِلَى الْبِرِّ ، وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِيْ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا ، وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ ، فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ إِلَى الْفُجُوْرِ ، وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِيْ إِلَى النَّارِ ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا 

Drp Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah kamu sentiasa berlaku benar, kerana kebenaran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan menghantar seseorang ke Syurga. Dan apabila seseorang selalu berlaku benar dan tetap memilih kebenaran, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang benar. Dan jauhilah oleh kamu berbuat dusta, kerana dusta membawa seseorang kepada kejahatan dan kejahatan menghantar seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang sentiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong)” [HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Hibban dan at-Tirmizi berkata Hasan Sahih]

#Orang yang benar adalah manusia yang bertaqwa. Firman Allah swt:

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ 

“Dan orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan orang yang membenarkannya, mereka itulah orang yang bertakwa.” [Surah az-Zumar 33]

♡Perkataan yang benar ialah daripada al-Quran dan hadis Nabi saw. Oleh itu sentiasalah kita bercakap benar dan adil dalam percakapan♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan