Utama Tazkirah Admin Ingatilah Bahaya Mencaci, Mengeji Dan Menghina

Ingatilah Bahaya Mencaci, Mengeji Dan Menghina

745
0
Iklan

UiTO Channel: Tazkirah Harian

~Tadabbur Kalamullah 13 Muharram 1437H~

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”
[Surah al-Humazah 1]

#Allah mencela golongan yang menggunakan lidahnya untuk mencaci dan mengeji Pencipta, menghina RasulNya, mengkritik ajaran dan perintahnya, memperlekeh hukumnya, memperbodohkan waliNya (para alim ulamak) serta menghina sesama makhluk. Semua perbuatan ini dimurkai Allah swt.

#Sabda Nabi saw:

وعن أَبي هريرة رضي الله عنه: أنَّه سمع النبيَّ صلى الله عليه وسلم يقول: إنَّ العَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بالكَلِمَةِ مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا يَزِلُّ بِهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ المَشْرِقِ والمَغْرِبِ [متفق عَلَيْهِ]

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa dia mendengar Nabi saw bersabda:”Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu perkataan yang tidak dia fikir, sehingga dengan perkataan itu dia terjerumus ke dalam Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada timur dan barat” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Nabi saw juga menyebut betapa dahsyat dan berat azab yang akan diperolehi oleh seseorang akibat tidak memelihara lidah.

#Hanya satu perkataan yang batil menyebabkan seseorang itu masuk ke dalam api Neraka yang jarak kedalamannya lebih jauh daripada timur dan barat. Bayangkan jika sepanjang hidupnya sentiasa mengeji, mengumpat dan menghina maka azabnya tidak dapat nak dibayangkan dahsyatnya.

#Oleh itu, jagalah lidah daripada bercakap perkara yang merapu, berunsur syirik, mempromosi khurafat, menghina Allah dan Rasul, memperlekeh perintah al-Quran, meremehkan hukum hakam agama, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal, mengubah hukum Allah, berkata lucah, mengeji para alim ulamak dan seumpamanya.

♡Jangan kerana lidah seluruh tubuh badan merana di bakar api neraka. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan