Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Surat kepada Pembesar

Surat kepada Pembesar

240
0
Iklan

Rahiqul Makhtum – Surat kepada Pembesar

Tahun ke 7 Hijriyyah

Selepas gencatan senjata Hudaibiyah, penghantaran dan surat-surat kepada pembesar kerajaan dan wilayah di sekitar jazirah Arab manakala Arab di luar jazirah seperti Ghassan, Bahrain, Oman dan kabilah yang bersempadan dengan İraq Rasulallah sebarkan maklumat melalui kedatangan utusan.

Pemimpin Quraish yang masuk İslam semasa tempoh gencatan senjata adalah Khalid Al Walid, Amr’ bin Al As dan Uthman bin Talhah.

Abu Bashir disebutkan sering mengganggu kafilah dagang yang melalui kawasan persembunyian mereka, sehingga akhir kira-kira hampir 2 tahun, mereka dibenarkan berhijrah ke Madinah dengan persetujuan bersama Quraish Mekah.

Dalam Kitab Rijal dan Manaqib keluarga Al Abbas juga termasuk juga golongan Al Mustad’afhin . Walaubagaimana pun oleh kerana Bani Hasyim mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan Arab mereka tidaklah disisih seperti umat İslam di Mekah di kalangan kabilah yang lain.

Abdullah İbn Abbas, Al Fadhl İbn Abbas dan ramai lagi keluarga Al Abbas berhijrah ke Madinah beberapa hari sebelum Fathul Makkah. Begitu juga anak-anak Abu Bakar r.a dan anak Umar r.a dari isteri-isteri yang tidak berhijrah sekali dengan Abu Bakar r.a. Semasa Perjanjian Hudaibiyah, 2 orang isteri Umar r.a yang tidak masuk İslam diceraikan. Bahkan Hudaibiyah ini satu pengorbanan di satu sisi dan ketajaman siasah di satu sisi.

Surat-surat dan Utusan kepada pembesar wilayah sekitar jazirah Arab.

Insya Allah saya akan detailkan surat Rasulallah SAW kepada pemimpin kafir dan surat balas mereka serta interaksi dua pihak sehingga İslamnya wilayah pemimpin tersebut.

Jika di lihat dengan kaedah SWOT Analysis:

Strength – umat İslam sewaktu itu ada kesatuan,
Weakness – umat Islam belum menguasai kiblat mereka.
Opportunity – moral/motivasi kafir Quraish dan sekutunya berada di tahap yang rendah selepas Al Ahzab.
Treath – kebangkitan moral kafir Quraish adalah ancaman utama

Maka gencatan senjata dan perjanjian damai adalah satu jalan bijak untuk mengukuhkan kekuatan, menutup kelemahan, membuka peluang dan menghindarkan ancaman baru.

Dalam hal perutusan surat kepada pemimpin pemimpin kafir, mengapakah Rasulallah SAW tidak pergi sendiri? bukankah lojiknya ianya lebih nampak berprotokol dan gentlemen?

Kenapa sahabat-sahabat yang diutuskan untuk mendakwah pemimpin pemimpin yang sampai kepada mereka hanyalah surat dari Rasulallah SAW.

Ambil contoh Najasyi misalnya, bukankah hubungan diplomatiknya telah ada?

Perkara ini diterangkan dengan rinci dan tuntas oleh Dr Hamidullah. Penulis RM sendiri banyak merujuk pandangan pandangan Dr Hamidullah dalam perkara ini (surat-surat) Rasulallah SAW.

Pada tahun ke 7 Hijriyyah Rasulallah SAW berumur 60 tahun ketika itu İslam telah pun mendapat keamanan dari wilayah bersempadan dengan Perjanjian Hudaibiyah.

Kita dapat belajar apakah yang umat İslam patut buat di kala negara aman dari ancaman.

Pengesahan manuskrip dibuat dengan kaedah karbon dan teksnya dibanding dengan riwayat-riwayat dalam kitab hadis. Wallahu a’lam

Dr Hamidullah berasal dari İndia, kemudian beliau berhijrah ke Paris, Perancis. Beliau membujang sehingga ke akhir hayat. Tulisan dan seminar beliau sangat banyak, kebanyakannya berkaitan kajian politik dan manuskrip penulisan hadis.

Penulis Rasulallah saw yang diberikan adalah lebih dari 20 orang yang mahsyur ada khalifah yang 4, Zaid bin Tsabit dan beberapa lagi nama.

Ulama-ulama memberikan hikmah dan ulasan yang berbeza mengenai kaedah dakwah melalui surat. Kebanyakannya menyebut kerana keperluan mentarbiah ramai orang İslam yang baru masuk İslam semenjak Perjanjian Hudaibiyah. Dengan perjanjian Hudaibiyah orang arab dari luar Madinah yang belum İslam mula datang ke Madinah.

Kita dapat lihat bilangan yang cukup ketara iaitu semasa Umrah Qadha’ pada Zulhijjah 7H yang melakukan umrah adalah sekitar 1500 sahaja tetapi pada tahun berikutnya bulan Ramadhan semasa Fathul Mekah kira kira 30,000 yang menyertai Fathul Mekah. Jangkamasa kurang 10 bulan itu menunjukkan ramai orang Arab telah masuk İslam seperti yang telah disebut pembesar Quraish ramai yang masuk İslam.

Khalid Al Walid dari kabilah Makhzum, mempunyai pengaruh yang cukup besar dengan pengislaman beliau samada surat seruan kepada Islam, arahan dan teguran.

Pada tahun ke 7H bermula dengan Perjanjian Khaibar selepas perang Khaibar di bulan Muharram sehinggalah kepada perjanjian dengan kabilah kabilah di sekitar Mekah, sekembalinya Rasulallah SAW daripada Umrah Qadha’ di bulan 12 yakni Zulhijjah di tahun yang sama 7H.

Di akhir tahun 6H ketika Rasulallah kembali dari Hudaibiyah, beliau mengirim surat kepada para Raja untuk mengajak mereka memeluk Islam. Manakala hendak menulis surat untuk para raja tersebut, seseorang berkata kepadanya: “Mereka tidak akan membaca surat yang tidak ada stempelnya”, lalu Rasulullah membuat stempel dari perak yang bertuliskan Muhammad Rasulullah. Tulisan ini terdiri dari beberapa baris, satu baris Muhammad dan satu baris Rasul dan satu baris Allah, beginilah susunannya:

Allah
Rasul
Muhammad

Pada tahun 7H sahaja sekitar 20 dokumen/surat yang dikeluarkan oleh Rasulallah SAW.

Rasul memilih di antara para sahabatnya sebagai utusan kepada para raja yang berpendidikan dan berpengalaman. Rasul mengirim mereka kepada raja dengan membawa naskah-naskah surat ini, dan sebahagian suratnya yang membuahkan hasil:

1. Surat untuk Raja Najasy Ashamat bin Abjar Raja Habsyah
Isinya tersebut adalah:

“Ini surat dari Nabi Muhammad kepada Najasy Ashamat pemimpin Habsyah. Keselamatan bagi orang yang mengikuti petunjuk dan beriman kepada Allah dan RasulNya, dan saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa yang tidak ada sekutu bagiNya. Ia tidak memunyai isteri dan anak dan Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya. Saya menyeru engkau dengan beberapa seruan: Sesungguhnya aku adalah RasulNya maka masuk Islamlah engkau, maka engkau akan selamat
Jika engkau enggan maka engkau akan menanggung dosa yang timbul dari kaummu.”

Surat ini dikirim bersama Amar bin Umayah Addhamry. Manakala Najasy menerimanya, ia meletakkannya di mejanya lalu ia turun dari pembaringannya dan memeluk Islam di hadapan Ja’far bin Abu Talib dan menulis surat kepada Nabi, yang isinya:

“Bismillahirrahmanirrahim

Kepada Muhammad Rasulullah dari Najasy Ashhamah. Keselamatan untuk anda wahai nabi Allah, serta rahmat dan barakahnya. Allah yang tiada tuhan selain Dia, selanjutnya: telah sampai kepada saya surat anda wahai Rasulullah mengenai Islam yang anda jelaskan. Demi tuhan langit dan bumi sesungguhnya Isa tak berbeza jauh dari yang anda katakan sesungguhnya memang ia seperti kata anda. Kami telah memahami apa yang anda kirimkan pada kami, dan kami telah memuliakan anak paman anda beserta temannya, maka aku bersaksi bahawa engkau adalah Rasul Allah yang benar dan membenarkan dan saya bersumpah setia kepadamu dan kepada anak paman anda dan saya telah masuk memeluk Islam di hadapannya kerana Allah Tuhan sekalian alam.”

2. Surat untuk Muqauqis Raja Mesir
Nabi menulis surat keapda Juraij bin Matta yang bergelar Muqauqis raja Mesir dan Iskandariyah.

3. Surat untuk Kisra Raja Parsi
4. Surat untuk Kaisra Raja Rom
5. Surat kepada Al-Mundzir bin Sawi, penguasa Bahrain
6. Surat kepada Haudzah bin Ali Penguasa Yamamah
7. Surat kepada al-Harist bin Abi Syamr Al-Ghassani, Penguasa Damsyik
8. Surat kepada Raja Oman

Bagi yang mengkaji hal politik, piagam Madinah (domestik) dan Perjanjian Damai (Sulh) Hudaibiyah (hubungan luar) ada satu asas kepada penubuhan satu wilayah berdaulat di bawah satu kerajaan (dalam terma moden).

Di tahun 7H sempurnanya ‘negara’ Islam dan kita dapat lihat pelaksanaan undang-undang baik jinayah, muamalat, munakahat dan mu’asyarat dilaksanakan daripada tahun 7H.

Manakala sebelum dari tahun 7H, perundangan Islam dilaksanakan secara partial (sebahagian) sahaja

Ada juga yang berhujah kerana belum disyariatkan/diwahyukan. Ya ianya benar. Tetapi munasabah sesuatu perintah belum diwahyukan pada sesuatu tahap dibahaskan oleh ulama’, misalnya perintah arak – mengapa setelah perang Uhud di tahun 3H baru diharamkan arak.

Sudah tentu ada munasabahnya.

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan