Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 95

Nota Fiqh Wanita 95

276
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Kenapa wujudnya perasaan sedih?

Jawapan

Untuk ujian , Allah uji dengan perasaan suka dan sedih
Dalil:

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

“Wahai manusia, Kami akan menguji kalian dengan buruk (sedih) dan kebaikan (suka), untuk menguji iman kalian. Dan hanya kepada Kamilah kalian akan kembali”
(Al-Anbiya: 35).

 

Soalan 2

Adakah dajjal mempunyai nafsu seperti manusia?

Jawapan

Dajjal adalah manusia, bani Adam, dalilnya

فَإِذَا رَجُلٌ جَسِيمٌ أَحْمَرُ جَعْدُ الرَّأْسِ أَعْوَرُ العَيْنِ، كَأَنَّ عَيْنَهُ عِنَبَةٌ طَافِيَةٌ، قَالُوا: هَذَا الدَّجَّالُ

“Tiba-tiba saya melihat ada sosok laki-laki yang gempal, kulitnya merah, rambutnya sangat keriting, matanya buta sebelah, seolah bola matanya seperti buah anggur yang keluar. Para malaikat mengatakan: ‘Itu Dajjal’.”
(HR. Bukhari 7128 dr ibn Umar ra)

 

Soalan 3

Adakah sahih,hadis mengatakan siapa mati di madinah akan mendapat syafaat nabi?

Jawapan

Sahih,

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا ؛ فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا

Siapa yang berupaya meninggal di Madinah, silahkan meninggal di Madinah. Karena aku akan memberikan syafaat bagi orang yang meninggal di Madinah.
(HR. Termudzi 3917, disahihkan an-Nasai dalam Sunan al-Kubro (1/602) dan al-Albani, sahih Termidzi)

 

Soalan 4

Syeikh, adakah himpunan dalil-dalil fiqh untuk menjaga kesatuan ummat?

Jawapan

Banyak sekali, yang paling power/kuat

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.
( Ali Imran:103)

 

Soalan 5

Imam subuh tidak baca qunut lalu buat sujud sahwi. Jika kita amik pendapat tiada qunut subuh, adakah kita ikut imam sujud /terus salam atau tunggu imam salam baru ikut salam?

Jawapan

Ikut Imam sujud sahwi,

Dalilnya:

إنما جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فلا تَخْتَلِفُوا عليه فإذا رَكَعَ فَارْكَعُوا …

“Hanyalah dijadikan imam untuk diikuti, maka janganlah kalian menyelisihinya, jika ia ruku’ maka ruku’lah kalian…”
(HR Al-Bukhari no 689)

Fatwa saudi, semua pergerakan Imam yg dzohir hendaklah di ikuti oleh makmum, manakala mengikuti Imam berlainan mazhab boleh untuk menjaga kesatuan umat. (Majmu’ Fataawa wa Rasaail As-Syaikh Al-‘Utsaimiin, 15:79)}

 

Soalan 6

Adakah berdosa orang yang ada was-was ini?

Jawapan

Ya, dalilnya:

Hadith Abu Hurayra ra: (sabda Nabi saw)
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

“Sesungguhnya agama itu mudah, tidaklah seseorang memberat-beratkan dirinya dalam beragama kecuali dia akan tewas.”
(HR. Bukhari 39, An-Nasai 5034, dll).

Maka kerana was-was itu dia menjadi manusia yg tewas, tunduk kepada iblis. Was was akan mendatangkan beban dan menyebabkan manusia tidak lagi suka beribadat.

 

Soalan 7

Adakah hadis ini sahih?

Pertunangan Trend Dihebohkan

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: ”Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan.”(HR Ahmad)

Jawapan

Hadith “rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan”

Status: dhaif

رواه الديلمي في مسند الفردوس بلفظ : ( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة ) وهو حديث ضعيف ، ضعفه الألباني رحمه الله في السلسلة الضعيفة (2494) ، وفي ضعيف الجامع الصغير (922) .
HR Dailami dalam musnad al-firdaus, albani, silsilah al-dha’ifah no 2494 dan dha’if al-jaami’ no 922

Yang sahih, iklankan perkahwinan adalah sahih, manakala tidak dilarang juga menghebahkan majlis pertunangan supaya lelaki lain tidak masuk meminang perempuan tsb dikemudian hari.

 

Soalan 8

Ada ke hadis menyatakan orang dalam kubur menjawab salam orang yang datang menziarahinya?

Jawapan

Penjelasan Ibn Katsier rh:

وقد شرع النبي صلى الله عليه وسلم لأمته إذا سلموا على أهل القبور أن يسلموا عليهم سلام من يخاطبونه فيقول المسلم: السلام عليكم دار قوم مؤمنين، وهذا خطاب لمن يسمع ويعقل، ولولا هذا الخطاب لكانوا بمنزلة خطاب المعدوم والجماد، والسلف مجمعون على هذا، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف بزيارة الحي له ويستبشر

Nabi saw mensyariatkan kepada umatnya ketika mereka memberi salam kepada penghuni kubur, agar disampaikan seperti menyampaikan kepada orang yang ada di depannya. ‘Assalamu alaikum, wahai penghuni kampung kaum mukminin” sementara panggilan semacam ini hanya bisa ditujukan kepada sesuatu yang mampu mendengar dan berakal. Andai bukan seperti ini panggilannya, tentu statusnya seperti memanggil sesuatu yang tidak ada atau benda mati. Dan para ulama salaf sepakat hal ini. Terdapat banyak riwayat dari mereka bahwa mayit mengetahui orang hidup yang menziarahinya dan merasa senang dengannya.
(Tafsir Ibnu Katsir, 6/325)

Maksudnya ini disandarkan kepada nas bahawa mayat mendengar salam orang yang menziarahi kuburan

Maksudnya:
Ada tiga tempat kita memberi salam walaupun tidak ada orang:
1. Rumah kosong, bila kita balik rumah kita, apartment kita yg tak ada orang, kita ditetapkan memberi salam
2. Mesjid yg kosong, jika kita singgah mesjid, kita disunatkan memberi salam bila nak masuk ke dalamnya, walaupun ianya kosong
3. Kuburan, ketika nak menziarahi atau melewati kawasan kubur, kita juga disunatkan memberi salam.
Tidak ada sahabat yang bertanya nabi apa tujuan memberi salam kepada arwah di kuburan? Ia adalah musykil dan pelik kerana mayat tidak mendengar.
Namun ulamak seperti Ibn qayyim berkata dalam arRuh, kemungkinan ada ruh yang mendengar salam tsb.ALlahua’lam

 

Soalan 9

Adakah satu kesalahan kalau kita tidak bertegur sapa dengan jiran yang non muslim sebab ada perkara yang membuatkan saya marah padanya?

Jawapan

Kita kena tunjukkan keislaman kita kecuali dia menzalimi dan menyakiti anda.

Maksudnya kita kena tunjuk akhlak yg terbaik, tidak emosi,menahan marah dan memaafkan manusia

Dalil 3:134

ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلْكَٰظِمِينَ ٱلْغَيْظَ وَٱلْعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ ﴿١٣٤﴾

“(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,” (Q.S 3:134)

 

Soalan 10

Mengenai membaca Bismillah sebelum Fatihah, lepas saya buat sdikit pembacaan di internet, lihatnya pandangan Bismillah bukan sebahagian daripada Fatihah, dan hanya dibaca sirr, bukan jahar, adalah pandangan yang lebih kuat. Benar ke syeikh?

Jawapan

Yang paling sahih ialah basmallah bukan dari al-fatihah, dalil:

قَالَ اللهُ تَعَالَى : قَسَمْتُ الصَّلَاةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ، وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ، فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُ : {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ } قَالَ اللهُ تَعَالَى : حَمِدَنِي عَبْدِي

“Allah Ta’ala berfirman, ‘ Aku membagi amalan salat antara Aku dengan hambaKu dua bagian. Ketika hambaku berkata,’Alhamdulillahi robbil’aalamiin’. Allah Ta’ala berkata, ‘ Hambaku telah memujiKu.’”
( Hadits riwayat Muslim di Kitab Salat bab Wajibnya membaca Al Fatihah ditiap raka’at (395) dari Abu Hurairah ra)
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه ( بسم الله الرحمن الرحيم)

“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus aBukanDariAlFatihah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.
[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]

Asysyarhul Mumti’ ‘ala Zaadil Mustaqni’ (3/77)

 

Soalan 11

Apa hukum jika kita tidak melaksanakan “amanah” si mati? Adakah berdosa dan apakah ada cara penyelesaian lain sekiranya tidak mampu melaksanakan.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ. اللهِ وَبَرَكَاتُ

Jawapan

Berdosa.Dalil:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا﴿٥٨﴾

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.”
(An-Nisa’: 58)

 

Soalan 12

Betul ke amalan talqin yang Melayu buat sekarang ni?

Jawapan

Ia khilaf.

Talqin mayat berpecah kepada tiga pendapat:

1. Sunnah, dianjurkan kerana sahihnya hadith abu Umamah, ini pendapat Ibn hajar dan imam nawawi, merupakan amalan ahli syam dan cordoba spain.
2. Harus, pendapat Imam Ibn taymiyah dan Imam ahmad
3. Bid’ah, kerana hadith abu umamah adalah dhaif. Ini pendapat muhaqqiqin, seperti ibn qayyim, al iraqi, albani dan ulamak saudi arabia.

 

Soalan 13

a. Syeikh ,boleh share dalil-dalil yang menyokong talak jatuh semasa haid?

Jawapan

وأمّا طلاقها في حال الحيض فهو محرّم بالكتاب والسنّة والإِجماع، وليس في تحريمه نزاع

“Mentalak istri ketika haid hukumnya haram, berdasarkan dalil Alquran, sunah dan sepakat ulama. Tidak ada perselisihan tentang haramnya cerai ketika haid (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Muyasarah, 5:379)
AQ:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ

“Wahai nabi, apabila kalian hendak mentalak isteri-isteri kalian maka hendaklah kalian ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu…” (At-Talak: 1)

hadith, Nabi saw suruh Ibn Umar menarik balik talaknya

مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا، ثُمَّ لِيُمْسِكْهَا حَتَّى تَطْهُرَ، ثُمَّ تَحِيضَ ثُمَّ تَطْهُرَ، ثُمَّ إِنْ شَاءَ أَمْسَكَ بَعْدُ، وَإِنْ شَاءَ طَلَّقَ قَبْلَ أَنْ يَمَسَّ، فَتِلْكَ العِدَّةُ الَّتِي أَمَرَ اللَّهُ أَنْ تُطَلَّقَ لَهَا النِّسَاءُ

“Perintahkan dia (Ibn Umar) untuk merujuk istrinya, kemudian tahan sampai suci, kemudian haid lagi, kemudian suci lagi. Selanjutnya jika dia mau, dia bisa pertahankan dan jika mau dia bisa menceraikannya sebelum disetubuhi. Itulah iddah yang Allah perintahkan agar talak wanita dijatuhkan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

 

b. Ada pendapat kata ,jatuh talak. Memang tiada khilaf bab ni?

Jawapan

Majoritas, talaknya jatuh, yakni sah, ini amalan di malaysia, talak 1.
talak haram dr segi hukum tapi talak tetap jatuh
sama kes dgn talak semasa nifas sama kes dgn haid.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ (سورة الطلاق: 1)

“Hai Nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu Maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar).”
( Ath-Thalaq 65: 1)

 

Soalan 14

Syeikh,sumber hukum Al-Quran, hadis, ijmak dan qias.

a. Dalam ibadah diguna juga ke ijmak qias?

b. Tapi betulkan ijmak qias boleh diterima dan ditolak kan Syeikh?

Jawapan

a. Turutan hukum Islam yg disepakati:

1. AQ
2. Sunnah
3. Ijmak
4. Qias

Maka, Ijmak dan qias guna dlm ibadat…sejauh mana kegunaannya bergantung kpd mazhab/Imam.

Mazhab syafi’iy paling banyak guna qias dlm ibadat

Mazhab ahmad paling kurang, mereka guna AQ dan Sunnah serta Ijmak sahabat.

Asas nak faham kenapa banyaknya mazhab, sampai 20 mazhab sunni, kerana setiap mazhab berbeda dari segi penggunaan 4 sumber hukum di atas (AQ, AS, Ijmak dan Qias)

b. Betul, kerana mujtahid dan Imam mazhab ada kaedah menerima dan menolak ijmak dan qias.
Sumber yg terkuat cuma AQ dan AS.

 

Soalan 15

Adakah dalil berkenaan memberi nama baby dengan nama yang baik yang dianjurkn islam?

Jawapan

Boleh menamakan dengan nama kaum salaf,

Dalil:

عن المغيرة بن شعبة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إنهم كانوا يسمون بأنبيائهم والصالحين قبلهم).

Dari Syu’bah bin Al-Mughiirah ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya mereka dahulu memakai nama para nabi dan orang-orang saleh sebelum mereka”
[HR. Muslim no. 2135].

Dalil memberi nama yg baik, yg direct tak ada, yg ada spt ini:

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أحب أسمائكم إلى الله عبد الله وعبد الرحمن

Dari Ibnu ‘Umar ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya nama yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman”
[HR. Muslim no. 2132]

 

Soalan 16

a. Syeikh dalam solat kalau terpejam mata sebab mengantuk, sah tak solat?

Jawapan

Makruh, kena tidur dulu. Dalil:

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendekati shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan” AQ 4:43

b. Syeikh kalau dah terbiasa tutup mata kerana lebih khusyuk macamana?

Jawapan

Boleh, menurut imam Ibn Qayyim rhm,

والصواب أن يقال : إن كان تفتيح العينين لا يخل بالخشوع فهو أفضل ، وإن كان يحول بينه وبين الخشوع لما في قبلته من الزخرفة والتزويق أو غيره مما يشوش عليه قلبه ، فهنالك لا يكره التغميض قطعًا ، والقول باستحبابه في هذا الحال أقربُ إلى أصول الشرع ومقاصده من القول بالكراهة

” jika membuka mata (ketika salat) tidak mengganggu kekhusyukan, maka ini yang lebih afdal. Tetapi jika membuka mata boleh mengganggu kekhusyukan, karena di arah kiblat ada gambar hiasan, atau pemandangan lainnya yang mengganggu tumpuan hatinya, maka dalam kadaan ini tidak makruh memejamkan mata. Dan pendapat yang menyatakan dianjurkan memejamkan mata karena banyak gangguan sekitar, ini lebih mendekati prinsip ajaran syariat dari pada pendapat yang memakruhkannya.
(Zadul Ma’ad, 1/283).

Rumusan ibn qayyim, kalau terganggu dengan persekitaran, boleh pejam mata, Hukum asal kena solat dengan mata yang terbuka.

 

Soalan 17

Syeikh hadith yang kata ,marah tu datangnya dari perangai syaitan ,sahih ke?

Jawapan

قال: ” إن الغضب من الشيطان, وإن الشيطان خلق من النار, وإنما تطفأ النار بالماء , فإذا غضب أحدكم فليتوضأ ” (رواه أحمد في المسند , ج 29 , ص505 , حديث رقم 17985، وأبو داود حديث رقم 4784) وفي إسناده ضعيف ، ومجهول ، قال الألباني (1410هـ ) في ضعيف الجامع الصغير : ” ضعيف ” ( ص 216 ) .
“Sesungguhnya amarah itu dari setan dan setan diciptakan dari api. Api akan padam dengan air. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya berwudhu”
HR Ahmad, abu Daud, piawai albani,

Status hadith , dhaif.

 

Soalan 18

Syeikh, hadis ukasyah yang nak pukul Nabi saw tu,daif jiddan ke palsu?

Jawapan

Palsu,

هذا حديث موضوع محال كافأ الله من وضعه وقبح من يشين الشريعة بمثل هذا التخليط البارد والكلام الذى لا يليق بالرسول صلى الله عليه وسلم ولا بالصحابة، والمتهم به عبد المنعم بن إدريس.

Status Palsu, moga Allah membalas kepada sesiapa yang mereka-rekanya dan (moga Allah) memburukkan sesiapa yang merosakkan Syariah dengan kekeliruan yang dingin dan kalam yang tidak layak bagi Nabi saw dan tidak layak bagi sahabat.

Yang dituduh (memalsukan hadis ini) ialah Abdul Mun’im bin Idris.
Ibn Jauzi, al-Maudhu’at, 1:301

 

Soalan 19

Sahih ke hadith dibawah Syeikh?

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai rasuluLLAH kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

Jawapan

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai rasuluLLAH kami telah mengetahui arti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang2 yang sombong.”
(HR Tirmidzi dan dihasankannya)

Takhrij:

و إنَّ أبغضَكم إليَّ وأبعدَكم مني في الآخرةِ أسوؤكم أخلاقًا ، الثَّرْثَارُونَ المُتَشَدِّقُونَ المُتَفَيْهِقونَ
الراوي : أبو ثعلبة الخشني | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 1535 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
al-Albani, sahih, sahih al-Jaami’, no 1535

 

Soalan 20

Hadith dibawah ini ,sahih tak Syeikh?

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Jawapan

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.”
(HR Ahmad dan Tirmidzi)
takhrij:

في سنن الترمذي (5/ 232)
3253- حدثنا عبد بن حميد ، قال : حدثنا محمد بن بشر ، ويعلى بن عبيد ، عن حجاج بن دينار ، عن أبي غالب ، عن أبي أمامة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ما ضل قوم بعد هدى كانوا عليه إلا أوتوا الجدل ، ثم تلا رسول الله صلى الله عليه وسلم هذه الآية : {ما ضربوه لك إلا جدلا بل هم قوم خصمون}.
هذا حديث حسن صحيح
Tidak ada satu kaum yang tersesat setelah mendapat petunjuk, melainkan karena mereka suka berjidal (debat untuk membantah).” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat: “Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. [Az-Zuhruf: 58]”
HR Termidzi, no 3253, dari jalur Abu Umamah, kata Imam abu Isa, hasan sahih

Komen dan Soalan