Utama Bilik (53) AlQuran Harfiyyah Wa I'rab Quran Harfiyyah Wa I’rab – Surah AlBaqarah Ayat 13 dan 14

Quran Harfiyyah Wa I’rab – Surah AlBaqarah Ayat 13 dan 14

576
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على محمد عبده و رسوله الأمين وعلى جميع النبيين و المرسلين ومن سلك سبيلهم إلى يوم الدين… إما بعد

Sambungan ke ayat 13

Surah البقرة
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَما ءَامَن
النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَامَآ ءَامَنَ
السُّفَهَاءُ، ألَآ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ
وَلَكِن لَّا يَعْلَمُونَ – ١٣

وَ : dan
إِذَا : apabila
قِيلَ : dikatakan
ل : kepada
هُمْ : mereka
ءَامِنُوا : berimanlah kamu
كَمَآ : sebagaimana
ءَامَنَ : telah beriman
النَّاسُ : orang-orang itu
قَالوا : mereka menjawab
أَ : patutkah
نُؤْمِنُ : kami beriman
كَمآ : sebagaimana
ءَامَنَ : telah beriman
السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh
ألآ : ketahuilah
إِنَّ : sesungguhnya
هُمْ : mereka
هم : merekalah
السُّفَهَاءُ : orang-orang yang bodoh

ولَكن : tetapi
لا : tidak
يَعْلَمُونَ : mereka mengetahui

Terjemahan:
Dan apabila dikatakan kepada mereka berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab: patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang yang bodoh itu , ketahuilah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui.

الإعراب:

وَ : الواو حرف عطف
Wau huruf penghubung
إِذَا : ظرف مبني على السكون في محل نصب
Keterangan masa dibina dengan sukun berkedudukan nasab
قيلَ لهم : جملة فعلية في محل جر بالإضافة
Ayat yang dimulakan dengan kata kerja berkedudukan jar kerana sandaran.

قِيلَ : فعل ماض مبني للمجهول مبني على الفتحة .
Kata kerja lepas bentuk pasif dibina dengan baris fathah.
ل : حرف جر : kata sendi
هُمْ : ضمير متصل للغائبين مبني على السكون في محل جر باللام و الجر و المجرور معلق بقيل
Ganti nama bersambung bagi orang ketiga lelaki ramai dibina dengan baris mati berkedudukan jar dengan huruf lam ل dan jar dan majrur itu ada hubung kait dengan قيل
ءَامِنوا : جملة فعلية في محل رفع نائب فاعل للفعل ” قيل” وهي فعل أمر مبني على الضمة لإتصاله ضمير متصل في محل رفع فاعل .
Ayat fi’liyyah berkedudukan rofa’ kerana نائب فاعل bagi kata kerja pasif قيل dan ia adalah kata kerja perintah dibina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan waw ganti nama متصل yang berbaris mati berkedudukkan rofa’ فاعل.
كَمَآ : الكاف حرف جر : kata sendi
ما : مصىرية : masdar
ءَامَنَ: فعل ماض مبني على الفتحة وفاعله ضمير مستتر جوازا تقديره هو
Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris atas فتحة dan pelaku perbuatannya ganti nama tersembunyi مستتر taqdirnya ” هو”.
النَّاسُ : فاعل ” ءَامَنَ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آخره.

Pelaku perbuatan bagi kata kerja ءامن , ia ialah kata nama yang hukum i’rabnya marfu’, dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas di akhirnya.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لإتصاله بواو الجماعة. الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة
Kata kerja lepas ماض dibina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan waw jamak, dan wau itu ganti nama bersambung dibina dengan baris mati berkedudukan sebagai rofa’ pelaku perbuatan.

أ : الهمزة همزة استفهام تفيد الإنكار
Hamzah kata tanya yang membawa maksud ingkar.

نُؤْمِنُ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه الضمة الظاهرة على آخره و الفاعل ضمير مستتر وجوبا تقديره ” نحن”
و الجملة الفعلية ” أنؤمن” في محل نصب مفعول به لقالوا.

Kata kerja sedang/ akan yang bebas dari amil nasab dan jazam yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan, dan pelaku perbuatanya ialah ganti nama bersambung مستتر yang ditakdirkan kepada ” نحن ” dan jumlah fi’liyyah أنؤمن berkedudukan nasab disebabkan مفعول به dengan kata kerja قالوا .

كمآ : seperti penjelasan di atas
ءَامَنَ : فعل ماض مبني على الفتحة و فاعله ضمير مستتر جوازا تقديره ” هو ”
Kata kerja lepas ماض dibina dengan fathah (kekal) dan pelaku perbuatanya ganti nama tersembunyi مستتر yang taqdirnya ” هو”

السُّفَهَاءُ : فاعل مرفوع بالضمة في آخره
Pelaku perbuatan yang hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

ألآ : حرف استفتاح و تنبيه
Huruf pembukaan yang membawa maksud تنبيه supaya di beri perhatian sepenuhnya.

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل
Huruf yang menasabkan isim dan merifa’kan خبر yang seakan-akan kata kerja.

هُمْ: ضمير للغائبين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إنَّ”
أو تكون الهاء هي الضمير المتصل المبني على الضمة في محل نصب اسم ” إنَّ ” و الميم علامة جمع الذكور و كسرت همزة ” إِنَّ

” لأنها مسبوقة بألا.
Ganti nama berpisah untuk orang ketiga lelaki ramai, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ia sebagai isim إنَّ atau huruf ha itu ialah ganti nama bersambung متصل di bina dengan ضمة berkedudukan nasab kerana isim bagi إِنَّ manakala huruf mim tanda jamak bagi lelaki ramai, dan dikasrohkan hamzah إنَّ kerana didahului oleh ألا.

هُمُ : ضمير منفصل مبني السكون الذي حرك بالضمة الإشباع الميم و لالتقاء السكنين في محل رفع مبتدأ
Ganti nama berpisah yang di bina dengan sukun yang menerima baris ضمة untuk membolehkan huruf mim itu hidup dengan vocal ” u ” kerana bertemu dengan dua huruf mati iaitu huruf mim pada هم dan alim lam pada السفهاء . Dan ia berkedudukan subjek مبتدأ .

السُّفَهاءُ : خبر مبتدأ ” هم ” اسم مرفوع وعلامة رفعه الضمة الظاهرة في آجره.
Prediket bagi هم hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya baris hadapan ضمة yang jelas diakhirnya.

و لكن لا : الواو زائد – لكن : استدراك
Huruf wau zaidah (tambahan ) dan لكن bermakna ” tetapi”

لا : نافية : huruf nafi
يَعْلَمُونَ : فعل مضارع مرفوع لتجرده الناصب و الجازم و علامة رفعه ثبوت النون لانه من الأفعال الخمسة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل.

Kata kerja مضارع yang bebas dari amil jazam dan amil nasab .hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya dengan mengekalkan huruf nun kerana ia terdiri dari kata kerja yang lima الأفعال الجمسة dan huruf waw ialah ganti nama متصل di bina dengan sukun berkedudukan sebagai rofa’ kerana pelaku perbuatan.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ ءَامَنُوا قَالُوا ءَامَنَّا
وَإِذَا خَلَوْ إِلى شَيٰطِينِهِم قَالُوا إِنَّا
مَعَكُمْ إنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهـزِءُوْنَ( ١٤

وَ : dan
إِذَا : apabila
لقُوا : mereka bertemu
الَّذِينَ : orang-orang yang
ءَامَنُوا : beriman
قَالُوا : mereka berkata
ءَامَنَّا : kami telah beriman
و : dan
إِذَا : apabila
خَلَوْا : mereka kembali
إِلى : kepada
شَيٰطِنِينِ : syaitan-syaitan
هِمْ : mereka
قَالُوا : mereka berkata
إنَّا : sesungguhnya kami
مَعَ : bersama
كُمْ : kamu
إنَّمَا : sebenarnya
نَحْنُ : kami
مُسُتَهْزِءُونَ : memperolok-olok

Terjemahan:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” kami telah beriman” ,dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: ” sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok- olok (akan orang2 yang beriman).

الإعراب :

و : الوَاو عاطفة : wau penghubung

إِذا : ظرف لما يستقبل من الزمان مبني على السكون متضمن معنى الشرط
Keterangan masa untuk masa akan datang yang mengandungi makna syarat.

لَقُوا : فعل ماض مبني على الضم الظاهرة على الياء المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة ، و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و حذفت الياء من الفعل ” لَقِيَ ” . و الالف فارقة
Kata kerja yang telah lepas ماض di bina dengan baris depan jelas di atas huruf ya الياء yang di buang kerana bersambung dengan wau الواو jamak. Manakala wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ kerana ianya sebagai pelaku perbuatan atau فاعل , di buang huruf الياء dari kata kerja لَقِيَ kerana bertemu dengan huruf wau yang berbaris mati. Alif yang terdapat di hujungnya sebagai pembeza.

الَّذٌيْنَ : اسم موصول مبني على الفتح في محل نصب مفعول به لفعل ” لقي ” و مفرده ” الذي ”
Kata nama penyambung di bina dengan baris atas فتحة berkedudukan nasab disebabkan ia ” yang dikenai perbuatan” objek oleh kata kerja لقي di mana mufradnya ialah الذي.

ءَامَنُوا : الجملة الفعلية صلة الموصول ” الذين ” و هي فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الالف فارقة
Ayat kata kerja yang ada kaitan dengan الذين dan ianya kata kerja yang telah lepas ماض dibina dengan baris mati سكون kerana disambungkan dengan wau jamak ,dan wau itu ” ganti nama yang bersambung di bina dengan baris mati سكون berkedudukan rofa’ disebabkan ianya pelaku perbuatan فاعل manakala huruf alif dihujungnya sebagai pembeza.

قَالُوْا : فعل ماض مبني على الضم لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل والألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط عير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris depan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak واو الجمع , dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya adalah sebagai pembeza. Jumlah fi’liyyah قالوا adalah jawab syarat kepada وإذا قيل tanpa menjazamkannya.

أمَنَّا : الجملة الفعلية في محل نصب مفعول به بقالوا و هي فعل ماض مبني على السكون لاتصاله بضمير المتكلمين ” نا ” ضمير منصل مبني على السكون في محل رفع فاعل..

Jumlah fi’liyyah ( kata kerja) yang di dalam tarkib ( susunan ayat ) berkedudukan sebagai objek مفعول به dan ia merupakan kata kerja kala lepas yang di bina dengan baris mati سكون kerana bersambung dengan ganti nama bagi orang pertama mewakili ramai ” نا ” ianya juga ganti nama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل.

وَإِذَا : rujuk i’rab di permulaan ayat

خّلَوْا : فعل ماض مبنى على الفتح المقدر للتعذر على الألف المحذوفة لاتصاله بواو الجماعة . والواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و بقيت الفتحة على اللام دالة على الألف المحذوفة و الجملة الفعلية ” خلوا ”
في محل جر بالإضافة.
Kata kerja kala lepas di bina dengan baris atas فتحة yang ditakdirkan kerana lemah علة terhadap huruf alif ى yang di buang kerana bersambung dengan wau jamak . Dan wau itu ganti nama bersambung ضمير متصل yang di bina dengan baris mati سكون berkedudukan sebagai pelaku perbuatan فاعل dan huruf alif dihujungnya sebagai pembeza. Baris atas yang teletak di atas huruf lam menunjukkan huruf alif yang di buang.

إلى شياطينهم
إلى : حرف جر : kata sendi

شياطين : اسم مجرور بحرف الجر ” إلي ” وعلامة جره الكسرة الظاهرة في آخره وهو مضاف
kata nama yang hukum i’rabnya majrur dengan huruf jar (kata sendi) إلى dan tanda jarnya baris bawah كسرة dan ia sebagai mudhof مضاف

هِمْْ : ضمير للغائبين مبني علي السكون في محل جر بالإضافة أو تكون الهاء ضميرا متصلا مبني علي الكسرة في محل جر مضافا إليه و الميم علامة جمع الذكور .
Ganti nama bagi orang ketiga lelaki ramai di bina dengan sukun berkedudukan kerana sandaran بالإضافة atau huruf ha الهاء itu boleh di i’rab sebagai gantinama bersambung ضمير متصل di bina dengan baris bawah كسرة berkedudukan jar kerana ianya mudhof ilaih مضاف إليه dan huruf mim dihujungnya tanda jamak lelaki ramai.

قالوا : فعل ماض مبني على الضمة لاتصاله بواو الجماعة و الواو ضمير متصل مبني على السكون في محل رفع فاعل و الألف فارقة و الجملة الفعلية ” قالوا ” جواب شرط غير جازم .
Kata kerja masa lepas ماض di bina dengan baris hadapan ضمة kerana bersambung dengan wau jamak, dan wau itu ialah ganti diri bersambung ضمير متصل berkedudukan rofa’ sebagai pelaku perbuatan, huruf alif di hujungnya adalah pembeza untuk mengenali huruf wau sama ada ianya sebagai ganti diri atau wau asal dari sesuatu kata kerja.

إِنَّا مَعَكُمْ : الجملة في محل نصب مفعول به ” لقالوا ”
Susunan ayat ini berkedudukan nasab sebab ” yang dikenai perbuatan مفعول به ” dengan kata kerja قالوا

إِنَّ : حرف نصب و توكيد مشبه بالفعل.
Huruf nasab (menasabkan isim dan merofa’kan khabar) berfungsi sebagai penegas dan ianya seakan-kata kerja.

نَا : ضمير متصل للمتكلمين مبني على السكون في محل نصب اسم ” إِنَّ ” .
Ganti nama bersambung untuk orang pertama mewakili orang lain, di bina dengan baris mati سكون berkedudukan nasab kerana ianya isim bagi إن

مَعَ : ضرف مكان : keterangan tempat dan ianya berhubung kait dengan khabar inna

كُمْ : الكاف ضمير متصل للمخاطبين مبني على الضمة في محل جر بالإضافة و الميم علامة جمع الذكور.
Huruf kaf ialah dhomir muttasil bagi orang kedua lelaki ramai, di bina dengan dhommah berkedudukan jar dengan izofah atau مضاف إليه , dan huruf mim ialah tanda jamak lelaki.

إنَّمَا نَحْنُ : توكيد : نَحْنُ : ضمير رفع منفصل – ضمير المتكلمين مبني على الضمة في محل رفع مبتدأ
Taukid, dan nahnu ganti nama yang berpisah hanya berkedudukan rofa’, ganti nama bagi orang pertama mewakili orang lain di bina dengan dhommah ضمة berkedudukan sebagai mubtadak مبتدأ.

مُسـتَهـزِءُونَ : خبر مبتدأ ” نحن ” مرفوع و علامة رفعه الواو لأنه جمع مذكر السالم و النون عوض من النتوين و الحركة في الاسم المفرد.
Prediket خبر bagi subjek مبتدأ nahnu نحن , hukum i’rabnya marfu’ dan tanda rofa’nya huruf wau kerana ia terdiri dari kata nama jamak muzakkar salim, manakala huruf nun di akhirnya pengganti tanwin harokat pada isim mufrad.

والله نسأل أن يجعله خالصا لوجهه الكريم إنه ولي المخلصين، والله أعلم.

Komen dan Soalan