Pertama: Kita panjatkan syukur atas nikmat Islam dan Iman kita kepada Allah swt.
Hari ini kita telah Islam dengan mengucapkan Shahadah “Laa ilaha illa Allah, Muhammad a’bduhu wa Rasuluh”
Namun untuk mengatakan kita beriman, maka sama-sama kita renung dahulu peristiwa dalam Surah Al Hujurat:
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 49 : 14
“Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”.
….. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘…..
Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
Jelas di sini, untuk beriman itu memerlukan proses. Lalu bagaimana proses untuk beriman kepada Allah?? Ada banyak dalam Quran dan Sunnah.
Antaranya, di sebut selepas ayat (Al Hujurat) Rujuk (surah : ayat ) ~ 49 : 15
“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah:-
1) orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya,
2) kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi,
3) serta mereka berjuang dengan harta benda
4) dan jiwa mereka pada jalan Allah;
……mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)”
Kedua: kita bersyukur nikmat kesihatan dan masa lapang, sehingga dapat kita bersama pada petang ini untuk membaca, seterusnya meneliti ayat-ayat Allah swt.
Dhuha:
Kita telah bincangkan mengenai perkara yang Allah bersumpah di dalam Al Quran.
Ada 2 perkara yang Allah sumpahkan dalam surah ini:
Pertama: Waktu Dhuha (Ayat 1)
Kedua: Waktu Malam (Ayat 2)
Tambahan maklumat lain: Ada yang Allah bersumpah dengan 1 benda, 2 benda, 3 benda.. dan paling banyak: 4 benda.
Contoh: Surah At Tiin:
1) Tiin
2) Zaitun
3) Tur Sina
4) Balad Amin (Makkah)
Persoalan: Adakah kesemua sumpahan dalam Al Quran terletak di awal surah?
Tidak SEMESTINYA.. Ada juga sumpahan yg terletak di tengah surah.
Contohnya Rujuk ( surah : ayat ) ~ 81 : 15
“Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul”
Tiada dalil yang khusus yang menyatakan “kenapa Allah mesti bersumpah”. Akan tetapi, ulama tafsir simpulkan:
- Allah mulakan sesuatu kenyataan dengan dahulukan sumpahan adalah untuk menarik perhatian manusia
- Isyarat dari Allah, untuk menunjukkan perkara yang Allah nyatakan selepas sumpahan adalah perkara yang besar atau penting
Ayat Pertama: Demi Waktu Dhuha
Bilakah waktu Dhuha?
Secara umum (menurut syarak) : Bermula dari selepas terbit matahari iaitu anggaran naik matahari setinggi segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.
Iaitu: Jam syuruk + 1/3 waktu syuruk tersebut..
Begini:
Waktu Syuruk: 7:21 pagi + 1/3 (81 Minit) 👈 dari Azan Subuh ke 7.21am tadi
= 07:21 pagi + 27 minit
= 07:48 pagi.
Sehingga matahari tegak.. (1 jam lebih kurang sebelum zohor)
Atau dalam Hadis Nabi saw:
Dari Zaid bin Arqam r.a, berkatanya, “Nabi Muhammad saw keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Sunat Dhuha. Baginda saw bersabda :
“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Inilah waktu afdhal, bagi yang ingin melakukan solat Dhuha di mana:-
- Dalam kesibukan “urusan dunia” di awal hari, maka dia kembali sujud kpd Allah (solat Dhuha)
- Ada sahabat yang melakukan selepas kembali dari perang. Sedang bergembira berjumpa dengan kaum keluarga semula, maka mereka pun kembali sujud kepada Allah (solat Dhuha).
Biasa sangat bila cerita ayat Adh Dhuha ini, ada persoalan:
Adakah waktu Dhuha ini sinonim dengan amalan solat sunat Dhuha?
Tidak semestinya.. Ibn Umar ra mengatakan “tiada” solat Dhuha. Tapi ramai juga sahabat yang mengatakan ada. Oleh itu, kita sedia maklum solat Dhuha ini boleh dilakukan.
Saya maklumkan begini agar selain kita hanya teringat tentang “solat dhuha” bila membaca ayat pertama ini, jauh lebih luas di sana ialah “Allah mengajak kita merenung banyak lagi peristiwa dan kebesaran Allah berkaitan waktu Dhuha ini”
Antaranya:
Rujuk ( surah : ayat ~ 20 : 59)
“Nabi Musa menjawab: “Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu itu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha”
Dalam Kisah Musa as:
- Mereka berkumpul (perayaan) di waktu Dhuha
- Musa as yang tetapkan waktu tersebut
Dalam pandangan yang lain, hikmah dari Allah kepada kita untuk membuat suatu “acara”…, ada baiknya di awal hari IAITU bermula waktu Dhuha.
Rujuk ( surah : ayat ) ~ 28 : 14
“Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
Rezeki telah ditentukan Allah. Kita lakukan solat Dhuha tu, semata-mata kerana Taqwa kepada Allah dan orang bertaqwalah yang dibukakan jalan kemudahan kepada rezeki dan lain-lain. Bukannya orang yang solat dhuha kerana rezeki semata-mata.
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (At-Talaaq 65:2)
Kesimpulan untuk kuliah pada hari ini:
- Kita selesai ayat pertama (mengenai waktu Dhuha)
- Bukanlah ayat ini untuk fikir tentang solat Dhuha sahaja. Itu bagus tapi jangan tipikal, luaskan fikiran untuk merenung dhuha ini dengan kekuasaan Allah swt.
- Waktu Dhuha adalah waktu yang baik untuk memulakan acara (sepertimana Nabi Musa as) menjalankan misi terhadap Firaun.
Wallahu’alam