Utama UiTO Bicara THTL Kawaid Bid’ah Siri 2/16

Kawaid Bid’ah Siri 2/16

616
0
Iklan

Tidak Wujud dalam Syarak Bid’ah Hasanah , bahkan semua Bid’ah itu Sesat (القاعدة الثانية: ليس في الشرع بدعة حسنة بل كل بدعة هي ضلالة)

 

Pengertian Bid’ah :

كل اعتقاد أو لفظ أو عمل أحدث بعد موت النبي صلى الله عليه والسلام بنية التعبد والتقرب ولم يدل عليه الدليل من الكتاب ولا من السنة, ولاإجماع السلف

“ Setiap keyakinan  atau ucapan atau perbuatan yang diada-adakan setelah kematian Nabi saw dengan niat untuk beribadah dan bertaqarrub padahal tidak ada dalil yang menunjukkannya baik dari al-Qur’an , as-Sunnah dan Ijma’ salaf ”

( Al-Qaulul Mufid , Syaikh Muhammad Al-Whushaby , KSA: 81 )

 

Dalil Tiada Bid’ah Hasanah

 

عن العرباض بن سارية عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال “إياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل ببدعة ضلالة وكل ضلالة في النار” . صحيح: أخرجه أبو داود “5407” والترمذي “2676” وابن ماجة “42” وغيرهم.

Dari al-`Irbadh bin Saariyah dari Nabi Saw ,

” Jauhilah kalian dari mencipta perkara yang baru (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru (dalam agama) adalah bid’ah dan setiap (semua) bid’ah adalah sesat  dan setiap kesesatan tempatnya di neraka ”

 

2/16 bah 2 Syarah

Kaidah ini menafikan wjudnya istilah Bid’ah Hasanah dari segi syarak.


Dalil Hadith :


فقد قال عبد الله بن عمر: كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة
أخرجه اللالكائي “1/92” بإسناد صحيح


Berkata Ibn Umar ra ,

“setiap bid’ah adalah sesat walaupun dilihat oleh manusia sebagai hasanah ”

( Isnad sahih , dikeluarkan atsar ini oleh al-Laalika’iy )


Maka pembahagian bid’ah kepada wajib , sunat , haram , makruh dan harus adalah pembahagian bid’ah yang salah dan bertentangan dengn nas hadis dan kefahaman ahli hadith sejak salaf.

 

2/16 bah 3 syarah

Dalil fuqaha bahawa adanya Bid’ah Hasanah atau Bid’ah yang baik.


Nabi saw bersabda ,


ﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺣﺴﻨﺔ ﻓﻠﻪ ﺃﺟﺮﻫﺎ ﻭﺃﺟﺮ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ ﻭﻣﻦ ﺳﻦ ﻓﻲ ﺍﻹﺳﻼﻡ ﺳﻨﺔ ﺳﻴﺌﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺯﺭﻫﺎ ﻭﻭﺯﺭ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﺑﻬﺎ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺃﻥ ﻳﻨﻘﺺ ﻣﻦ ﺃﻭﺯﺍﺭﻫﻢ ﺷﻲﺀ


“ Barangsiapa merintis (membuat atau meletakkan) jalan yang baik dalam Islam , maka ia memperoleh pahalanya dan pahala orang-orang yang melakukannya sesudahnya tanpa berkurang sedikit pun pahala mereka dan barangsiapa merintis ( membuat atau meletakkan)  jalan yang buruk dalam Islam , maka dia menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang melakukannya sesudahnya tanpa berkurang sedikit pun dosa mereka ”

( HR Muslim no 1017 ( الراوي : جرير بن عبدالله | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلمالصفحة أو الرقم: 1017 )


Hadith di atas bukan hujah tentang kewujudan bid’ah hasanah kerana Nabi saw menyebut dengan jelas istilah sunnah Hasanah.

Kenapa manusia boleh ubah ungkapan Nabi saw , sunnah hasanah kepada bid’ah hasanah?


Hadith di atas mengenai kabilah Mudhar yang amat dhaif datang ke madinah dan lantas Baginda saw menaiki mimbar masjid Nabawi dan berkhutbah menyeru penduduk Madinah agar membantu dan menderma untuk kabilah tersebut. Bila sahabat berderma dengan banyaknya , Baginda saw gembira dan mengeluarkan hadith di atas dan menyebutnya sebagai sunnah hasanah yakni tabiat suka menderma kepada orang miskin.

 

2/16 bah 4 syarah


Atsar Umar al-Khattab ra ketika dia mengumpulkan orang ramai untuk solat tarawih berjamaah.



ويحتج أيضا من يقول بالبدعة الحسنة بقول عمر لما رأى الناس مجتمعين في صلاة التراويح نعمت البدعة هذه

Umar berkata , ” sebaik-baik bid’ah adalah yang ini ”

( Muwatta’ Malik , no 231 , sahih )


Ulasan Imam Ibn Taymiyah (Iqtidha’, 2:589): (وهذه تسمية لغوية لا تسمية شرعية، وذلك أن البدعة في اللغة تعم كل ما فعل ابتداء من غير مثال سابق)

Bid’ah yang disebut oleh Umar ra dilihat dari sudut bahasa sahaja bukan dari segi syarak. Ini kerana bid’ah dari segi bahasa bisa merangkumi semua benda yang tidak ada contoh sebelumnya.

Kata Ibn Rajab (Jami’ al-Uloom, 233): (وأما وقع في كلام السلف من استحسان بعض البدع فإنما ذلك في البدع اللغوية لا الشرعية)

Memang terdapat para salaf yang mengaitkan hasanah dengan bid’ah tetapi sebenarnya mereka merujuk kepada lughawiyah bukan syari’iyah ( bahasa bukan syarak )

 

2/16 bah 5 syarah

Atsar Ibn Mas’ood ra ,


(بأثر: “ما رآه المسلمون حسنا فهو عند الله حسن ” )


” Apa saja yang dilihat oleh orang Islam sebagai baik , maka baiklah di sisi Allah ”

Maksudnya jika orang Islam buat bid’ah hasanah , maka hasanahlah juga di sisi Allah “


Kata Ibn Qayyim rhm: (قال ابن القيم في الفروسية “60”: في هذا الأثر دليل على أن ما أجمع عليه المسلمون ورأوه حسنا عند الله فهو حسن، لا مارآه بعضهم فهو حجة عليكم)

kenyataan di atas bermaksud apa yang ijmak di sisi orang Islam bukan sebahgian umat islam 

( AlFurusiah ms 60 )


Jadi ia sebenarnya isu Ijmak.


Kata Syaikh Al-Albani dalam silsilah al-Dha’ifah , 2:17, ada dua isu :

1. Ia mauquf kepada Ibn Mas’ud dan Mauquf bukan hujah syarak.

2.  Ia bermaksud ijmak sahabat dalam beberapa perkara bukan semua

     perkara , ia juga merujuk kepada al-muslimun yakni ulama atau orang

     Islam yang berilmu bukan semua muslimin yang jahil termasuk.

Antara contoh Ijmak sahabat yang dimaksudkan oleh Ibn Mas’ood ialah kisah ijmak sahabat akan pemasyhuran abu Bakar sebagai khalifah pertama.

Inilah yang dimaksudkan dengan apa yang dipandang baik oleh orang Islam.

Rumusan:

1. Tiada di sana istilah Bid’ah Hasanah sebab semua bid’ah itu sesat. Jika

    disebut oleh salaf bermaksud lughawi/bahasa sahaja.

2. Apa yang dinamakan hasanah di zaman salaf bermaksud ijmak mereka

    dalam beberapa isu bukan semua isu.

 

 

Komen dan Soalan