S&J FIQH WANITA
Soalan 1
Adakah boleh buat aqiqah sebanyak 2 kali untuk bayi lelaki, sebab tidak berkemampuan untuk aqiqah 2 ekor skali. Atau boleh hanya 1 ekor ?
Jawapan
Akikah 2 kali
Khilaf kerana ada hadith yg kata 1 ekor utk bayi lelaki
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا.
“Rasulullah saw mengakikahi Al Hasan dan Al Husain, masing-masing satu ekor kibash (lamb).” (HR. Abu Daud no. 2841. Syaikh Al Albani: hahih. Akan tetapi riwayat yang menyatakan dengan dua kambing, itu yang lebih sahih)
Khilaf: syafi’iy dan hanabilah, sunat 2. Maliki dan hanafi, tiada bedza, 1 ekor utk bayi lelaki dan perempuan.
Soalan 2
Berkenaan dengan air selusuh, memang ada dalam sunnah Rasulullah ke? Kalau ada, bagaimana cara Rasulullah lakukannya ya? Dan adab tertib semasa melakukannya?
Jawapan
Amalan air selusuh
Jawab: Air atau minyak selusuh ni amalan perdukunan melayu. tidak ada kaitan dengan sunnah. Maka terpulang nak amal atau tidak kerana ruqyah mmg harus dalam Islam jika menggunakan ayat2 AQ.
Tiada amalan mudah bersalin dalam sunnah
Soalan 3
Hukum “konsep ibu tumpang” dibenarkan syarak ke?
Contoh:
Muslimah A ,memang confirm tak boleh pregnant setelah disahkan oleh doktor , kemudian sperma dia dan suami diberikan kepada muslimah B (ibu tumpang).
Jawapan
Hukum surrogate mother dalam Islam
Jawab:
Setakat ini ulamak seperti Dr al-Qardhawi tidak membenarkan ibu tumpang.
Alasan:
Rahim perempuan hukum asalnya, tidak boleh mengandungkan benih org lain.
Kedua: hubungan emosi antara ibu tumpang dgn bayi yg dikandungnya amat kuat. Ini akan menimbulkan masalah kemudian selepas kelahiran
DYQ, Fatawa Mu’asirat jd 2
Soalan 4
Saya penah dengar kawan saya cakap, kalau nak ikut imam maliki, kehidupan kita pun ikut macam imam maliki. Kalau nak ikut imam hanbali, ikut imam hanbali sepenuhnya.
Bukan ikut cara hidup. Mazhab. Betulkah begini?
Jawapan
Myth: jika nak ikut mazhab, kena ikut mazhab tsb sepenuhnya
Yang sahih: Pendapat ini tidak ada asalnya melainkan fatwa di abad ke 4 hijrah. Siapa yg pindah mazhab adalah haram dan dikenakan hukum takzir.
Yang sahih, org awam tidak terikat dgn mana-mana mazhab, bahkan mazhabnya ialah ilmuan yg paling hampir dgnnya. Maksudnya dia bebas mengikut mana-mana imam dan mazhab asalkan dia bukan talfiq, yakni mencari2 keringanan kerana hawa nafsu.
Talfiq satu hal, myth satu lagi, kena ikut mazhab seluruhnya. Kalau sudah menganut mazhab syafi’iy, maka kena ikut syafi’iy 100%.
Ini mmg myth atau metos ketika era kegemilangan mazhab abad ke 4.
Yang sahih, sunni ada 20 mazhab, 5 mazhab yg masih utuh, semua kitab induk mazhab masih ada, hanafi, maliki, syafii, ahmad dan zahiri. 15 mazhab lagi, sebahgian kitabnya sudah musnah atau hilang. Ada pulak mazhab muhaqiqiqin, seperti mazhab Ibn taymiyah, ibn hazm, ibn qayyim, syaukani, syun’ani, albani, ben othaimin, qardhawi, syed sabiq, ben baz.
Jika anda mampu membaca tulisan mereka, maka boleh berpegang dgn kesemua mereka, kerana mereka ini semuanya fuqaha’ yg handal belaka dan tidak ada satu dalil, kalau ikut Ibn Taymiyah, kena follow 100% ibn taymityah dan kalau ikut mazhab ahmad, kena ikut dia 100%. Pendapat kena ikut mazhab tertentu 100% dan tak sah kalau pindah mazhab, adalah khurafat atau kepercayaan karut.
Tahap org awam:
1. muqallid. pentaqlid buta, ikut tanpa ilmu. ini orang boleh ikut siapa saja
2. Muttabi’..ahli ilmu, dia ada ilmu untuk membaca, mengikut kelas2 pengajian, melayari laman web, diskusi forum maya, spt WA, TG, FB. Maka dia bebas memilih pendapat mana-mana imam, mazhab dan fuqaha’ berdasarkan ilmu tarjih (analisa) yg dia miliki. Rojak pun tak apa, ikut imam ahmad, kemudian ikut pulak pendapat hanafi, kemudian maliki, dan kemudian dia ikut Ibn taymiyah.
Soalan 5
Adakah boleh kita adakan peraduan ?
cth: Sesiapa share status page ni, 3 orang akan di pilih memiliki hadiah. Mohon penjelasan syeikh.
Jawapan
Adakan Peraduan
Jawab: Harus peraduan atau musabaqah
Di Arab saudi, peraduan yg popular ialah hafazan AQ dan Hadith
Syarat peraduan: hadiah datangnya dari parti ketiga atau hadiahnya di taja oleh pihak ketika bukan dari org yg menyertai peraduan tsb.
Soalan 6
Bagi seseorang yang dalam perjalanan jauh (contohnya dari UK ke Malaysia balik untuk bercuti). Boleh kah dia pilih untuk tidak berpuasa contohnya sehari selepas sampai dengan sebab jetlag, letih dan sebagainya? Adakah safar bagi yang berpuasa ada had masanya?
Jawapan
Tidak puasa kerana musafir
Ayat dalil:
“Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain”
(AQ 2:184)
Jika anda tiba dari safar dan merasa tidak sihat, maka ia jatuh dalam kes sakit. Maka boleh berbuka dan mengqadha selepas ramadhan.
Dalil:
” Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya”: AQ 7:42
“dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara agama. : ( al-Hajj 22 – 78).
Soalan 7
Kita tidak boleh buat maulid sebab Nabi s.a.w dan sahabat tidak lakukan serta kita tidak tahu tarikh sebenar kelahiran baginda. Bagaimana dengan pendapat sesetengah pihak yang sambut maulid atas alasan nabi berbangga dengan kelahirannya?
Jawapan
Hukum sambut birthday Nabi saw atau Maulidur Rasul
Jawab:
Semasa hayat selama 62 tahun Nabi tidak menyambutnya, semasa 30 tahun pemerintahan khalifah ar rashidin juga tiada sambutan. Maksudnya birthday ni tak ada keutamaan apa apun. Apa yang manusia sambut sekarang pun tak ada keutamaan dan pahala. Maka siapa yg nak sambut tiada masalah.
Soalan 8
Benarkah doa anak yang soleh sampai kepada kedua ibubapanya ? Boleh Syeikh sertakan hadith sahih berkaitan ini?
Jawapan
Doa anak soleh
Hadith: hadith yg masyhur
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)
Soalan 9
Bolehkah wanita yang haid berada dalam masjid? Contoh datang masjid untuk ilmu seperti menghadiri ceramah? Ada nas/dalil/hadis sahih?
Jawapan
Khilaf fiqhi
Jumhur tidak boleh, manakala ahli tahqiq spt qardhawi boleh kerana :
1. hadith2 nya tidak sahih
2. ilatnya kerana khuatir akan mengotori mesjid, sedangkan pad sekarang sudah canggih
3. mesjid moden ada ruangan utk majlis ilmu
Fiqh taharah
Soalan 10
a. Dalam keadaan berpuasa seorang wanita di minta oleh doktor untuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan rahim (kanser rahim), dalam menjalani periksaan itu ada kah puasanya terbatal? Mohon pencerahan syeikh.
b. Doktor akan masukkan pipelle dalam vagina. Akan mengakibatkan pendarahan. Pendarahan itu dikira darah istihadhah dan masih boleh puasa walaupun bleeding lebih dari 15 hari?
Jawapan
a. Pemeriksaan rahim tidak membatalkan puasa
Puasa batal hanya dengan makan, minum dan hubungan seksual sahaja
b. Kemasukan pipelle dalam kemaluan tidak membatalkan puasa. Juga bleeding dari kesan perubatan juga dianggap istihadhah, itu keputusan majma’ fiqh sedunia tentang perubatan di jeddah 1998. Juga fatwa Qardhawi dalam Fiqh Siyyam.
Soalan 11
Ada tak sebarang doa ketika mahu sembelih haiwan korban?
Jawapan
Bacaan ketika nak semelih haiwan korban
بِسْمِ اللهِ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ ، هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ
(Dengan Nama Allah, Allah adalah Maha Besar, Ya Allah ini dariMu dan untukMu. Ini adalah akikah (nama baby). dinilai sahih oleh al-albani , al-sahihah no 464
Soalan 12
Kalau i’ktiqaf di surau boleh kah?
Ada sebarang nas kalau i’tikaf disurau?
Jawapan
Meluruskan tempat utk beri’tikaf
Dalil umum:
وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
”Janganlah kalian menggauli istri kalian ketika kalian sedang i’tikaf di masjid.” (QS. Al-Baqarah: 187)
Ayat tersebut dengan jelas menyebut mesjid.
Kemudian datang uruf, ada mesjid jami’ dan ghairi jaami’ (mesjid yg ditauliah solat jumaat dan solat jamaah sahaja), ini datangnya khilaf ulamak.
Jumhur termasuk syafi’iy, boleh iktikaf di semua tempat yg ada solat berjamaah walaupun tidak ada solat jumaat.
Menurut Ibn Rushd, turutan keutamaan i’tikaf :
1. mesjid haram
2. mesjid nabawi
3. mesjid aqsa
4. mesjid jaami’ (yg ditauliah solat Jumaat)
5. mushalla (solat jamaah sahaja)
Bidayah al-Mujtahid, 261 ibn Rushd
al-Masaajid, dr wahaf al-Qahthani, ms 5
Terbaik, jika ada wang, pergi umrah 10 terakhir ramadhan, kosnya amat mahal, kos yg murah sikit, duduk di madinah dan jika ada peluang dan berani, i’tikaf di Mesjidil Aqsa jika anda berusia 45 tahun ke atas, sebab israel tidak benarkan pesolat berusia bawah 45 tahun masuk ke Haram al-quds.
Jika ada pilihan mesjid jaami’ dan mushalla, pilihlah mesjid jaami’
Soalan 13
Bolehkah wanita ik’tikaf di rumahnya?
Jawapan
Jumhur tidak boleh, dalilnya jelas
وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
”Janganlah kalian menggauli istri kalian ketika kalian sedang i’tikaf di masjid.” (QS. Al-Baqarah: 187)
Hanafi, boleh, jika rumah itu ada bilik khas yg khusus utk solat. atau dinamakan Musholla dan wanita sentiasa solat di situ sepanjang masa. ia juga utk wanita yang ada anak kecil dan tidak mahu mengurangkan hak suaminya. Ibn Abidin, Radd alMukhtar, Dr Rajab abu Malih, Islam Online svcs.
Wanita single di mana i’tikafnya
Sudah tentu di mesjid, cthnya Aisyah, kerana dia tidak ada anak, maka dia turut i’tikaf di mesjid nabawi
Lagipun Imam abu Hanifah meletakkan syarat utk wanita i’tikaf di rumah, rumah yg ada mushala di dalamnya
Ini sudah tentu rumah yg agak mewah, banglo yg besar dan ada banyak bilik.
Bilik khas yg mmg disediakan utk shalat sahaja
Soalan 14
Dianjurkan untuk banyak membaca ya zaljala liwal ikram ketika berdoa.. riwayat tirmizi.
Adakah kuat riwayat ini?
Jawapan
حديث أنس فعن انس انه كان مع رسول الله جالساً ورجل يصلي ثم دعا: اللهم إني أسالك بان لك الحمد لااله الا انت المنان بديع السماوات و الارض ياذا الجلال و الاكرام ياحي ياقيوم فقال النبي : لقد دعا الله تعالى باسمه العظيم الذي اذا دعي به اجاب واذا سئل به اعطى ] .
رواه أحمد و البخاري في الادب المفرد و رواه الاربعة
وقد صححه ابن حبان والحاكم و الذهبي وضياء المقدسي و الالباني . وحسنه ابن حجر والسخاوي والوادعي.
Terj:
Dari Anas bin Malik, bahwasannya ia pernah duduk bersama Rasulullah saw, kemudian seorang laki-laki shalat sambil berdoa: “Allâhumma innî as’aluka bianna lakal hamda, lâ ilâha illâ antal mannân, badî’us samâwâti wal ardh, yâ dzal jalâli wal ikrâm, yâ hayyun yâ qayyûm (Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu, dengan pelantara bahwa Eukau pemilik segala puji, tidak ada Tuhan selainMu, Eukau Maha Pemberi Nikmat, Pencipta langit dan bumi, ya Allah, Maha Gagah lagi Maha Mulia, ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup dan Berdiri sendiri),
Rasulullah saw kemudian bersabda: “Sungguh ia telah berdoa dengan menggunakan nama Allah yang Agung (Ismullâh al-A’zham), yang apabila ia berdoa dengannya, doanya akan dikabulkan, dan apabila ia meminta, maka permintaannya akan Allah penuhi” HR Ahmad, Bukhari, adab al mufrad, dan sunan yg 4,
Sahih menurut ibn hibban, haakim, zahabi, diya’ almaqdisi, hasan menurut ibnhajar, sakhowi dan al-wad’iy (multaqa)
Soalan 15
Status hadis berada di saf pertama solat berjemaah.
Jawapan
Fadilat saf pertama
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا
“Seandainya manusia mengetahui apa yang ada (yaitu keutamaan) di dalam seruan (adzan) dan saf pertama, lalu mereka tidak mampu mendapatkan saf tersebut kecuali dengan undian, sungguh mereka akan melakukan undian untuk mendapatkannya.” (HR. Bukhari 580 dr Abu Huraira ra)
Soalan 16
“Solat dengan bersugi lebih baik daripada 70 rakaat tanpanya” Hadis ni hadis dhaif.
Mengapa,hadith ini dhaif?
Jawapan
صلاة بسواك أفضل من سبعين صلاة بغير سواك
“solat dgn siwak afdal dari 70x solat tanpa siwak” HR Ahmad (272/6) , Ibn Khuzaimah (137)
status: hadith batil. atau palsu
Di ‘Ilal -kan hadeeth ini oleh Ibn Khuzaimah, Yahya ibn Main, Ahmad bin Hanbal, al-Baihaqi. Kata Yahya Ibn Main: tak sahih hadeeth ni, ia batil (palsu)
penyakit:
رواه أحمد في مسنده ( 6 / 272 ) من طريق محمد بن إسحاق
Muhammad bin Ishak
Soalan 17
Seorang suami ,sudah tidak tahan dengan isteri yang suka melawan ,engkar kata-kata suami,sosial, tidak pedulikan anak dan rumahtangga. Si suami dah cuba bawa berbincang tapi isteri tetap berdegil dan menjadi-jadi perangainya.
Suami tidak sanggup menceraikan isterinya sebab kasihkan anak-anak. Apa pilihan terbaik yang boleh diambil? Dilema seorang suami . Anak masih kecik ada 3 orang.
Jawapan
Jika isteri nuzyuz, solusi syariat:
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
“Isteri2 yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar” (An Nisa’: 34).
langkah pertama: nasihat
langkah kedua: hajar (boikot isteri)
langkah ketiga: pukulan yg mendidik bukan menyiksa
langkah keempat: talaq 1
Soalan 18
Tentang hadith para syuhada ( suami/ isteri) yang syahid , anak mereka yatim piatu ,sesiapa yg jaga anak mereka akan didoakan oleh para syuhada dan dapat syafaat dari Allah ,sahih ke?
Jawapan : Dapat syafaat Nabi saw
رقم الحديث: 4918
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ سَهْلٍ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِي الْجَنَّةِ هَكَذَا ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئًا “
Terj:
Aku dan pengasuh anak yatim berada di Surga seperti ini, Beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah-nya dan beliau sedikit merengganggangkan kedua jarinya” HR Bukhari 4918
Soalan 19
Bilakah masa yang paling sunnah bacaan lafaz ta’awwuz semasa solat ?
Jawapan:
Menurut ahli hadith spt Ibn Taymiyah, Kitab sifatis Solat, 97, dan al-Syawkani, Nail, jld 3, hendaklah dibaca rakaat pertama sahaja.
Soalan 20
Syeikh betulkah ada 7 golongan yang dipayungi arash Allah semasa di padang Masyhar? Boleh share hadithnya?
Jawapan
Hadith 7 golongan yg dinaungi
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ: اَلْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ بِعِبَادَةِ اللهِ ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللهِ اِجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إِنِّيْ أَخَافُ اللهَ ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِيْنُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
Dari Abu Huraira ra , dari Nabi saw, Beliau bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allah dalam naungan-Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
(1) Pemimpin yang adil,
(2) seorang pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allah,
(3) seorang yang hatinya bergantung ke masjid,
(4) dua orang yang saling mencintai di jalan Allah, keduanya berkumpul karena-Nya dan berpisah karena-Nya,
(5) seorang laki-laki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah.’ Dan
(6) seseorang yang bersadaqah dengan satu sadaqah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan tangan kanannya, serta
(7) seseorang yang berdzikir kepada Allh dalam keadaan sepi lalu ia meneteskan air matanya.”
Soalan 21
Tasbih, tahmid dan takbir semasa wirid selepas solat memang kena buat 33x ke?
Ada hadith yang mensahihkan amalan ni mengikut bilangan yang perlu dibuat?
Jawapan
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Barang siapa yang bertasbih sebanyak 33x, bertahmid sebanyak 33x, dan bertakbir sebanyak 33x setelah melaksanakan salat fardhu sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yang keseratus dengan ucapan laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walalhul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qadiir, maka dosa2nya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim no. 597).