S&J FIQH WANITA
Soalan 1
Puan Siti (41thn) seorang suri rumah menerima nafkah daripada suaminya tiap bulan sebanyak Rm500. Sebahagian dari duit tersebut, Puan Siti telah menyimpan di dalam ASB dan kini jumlah tsebut mencecah Rm10k. Adakah Puan Siti perlu membayar zakat daripada wang simpanan tersebut walaupun Puan Siti tidak bekerja?
Jawapan
Zakat wang simpanan
Ia zakat yang khusus untuk wang simpanan walaupun penyimpannya tidak bekerja.
Nisab: nilai 85 gm emas
Haul: satu tahun dalam simpanan
RM10K belum kena zakat kerana nisab minima ialah 85 gm X Rm165=RM14,000
Soalan 2
Apakah hukum memandulkan binatang peliharaan seperti kucing?
Jawapan
Memandulkan kucing
Hanya mazhab hanafi yg membenarkan pemandulan kpd haiwan jika ia membawa manfaat kepada manusia. Mazhab lain membenarkan kepada haiwan seperti lembu dan kambing biri2 kerana kualiti daging haiwan yang dimandulkan lebih baik dan banyak.
Fatwa saudi, syaikh ibn othaimin, membolehkan pemandulan kucing, jika bilangannya menyusahakan tuannya. Asalkan ia tidak ada unsur penyiksaan kepada kucing tersebut (Fatwa Islamiah, jld 4)
Soalan 3
Adakah berdosa jika pasang alat jimat elektrik sebab mahu mendapatkan bil bulanan elektrik murah, tetapi pasang aircond.
Jawapan
Hukum memasang alat penjimat letrik
Tidak, sebab TNB alu-alukan semua bentuk penjimatan tenaga termasuk memasang peralatan letrik yang jenis jimat tenaga spt inverter yg ada 5 star rating JBE.
Namun, belum ada alat jimat tenaga. yg ada cuma dakwaan sahaja. Alat jenis inverter tu memang sahih dapat jimat tenaga.
Soalan 4
a. Mohon syeikh jelaskan hadis tentang satu kumpulan orang islam dari yaman yang nabi tidak mengaku umat?
b. Syeikh, tolong jelaskan,Apa keistimewaan pada yaman sehingga Nabi saw berkata Iman itu ada pada yaman dan hikmah itu ada pada yaman?
Adakah pada masa itu ,orang-orang Yaman merupakan ummat yang paling bagus keimanan ,akhlaknya dan lain-lain?
Jawapan
a. Hadith tentang satu grup dari yemen yang tidak diakui umat Muhammad?
Tidak ada hadits sedemikian, yang sahih, nabi memuji dan mendoakan yemen.
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله : أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ أفئدة و ألين قلوبا, الإيمان يمان و الحكمة يمانية (متفق عليه)
قال الإمام البغويّ في شرح السنّة « هذا ثناء على أهل اليمن, لإسراعهم إلى الإيمان و حسن قبولهم إياه»
Dari Abu huroiroh beliau berkata : Rosulullah saw bersabda : penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya, Iman itu ada pada yaman, dan hikmah ada pada yaman. [ HR. Bukhari-Muslim)
b. Fadilat ahli yaman
اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا قالوا وفي نجدنا قال اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا
“Ya Allah… berkahilah kami pada negeri Syam kami. Ya Allah… berkahilah kami pada negeri Yaman kami” (HR. Bukhori dan Ahmad)
Nabi saw berdoa ke atas yaman dgn keberkatan
أتاكم أهل اليمن, هم أرقّ قلوبا, الإيمان يمان و الفقه يمان و الحكمة يمانية.
“Penduduk negeri Yaman telah datang kepada kalian. Mereka adalah orang yang paling lembut hatinya. Iman itu ada pada yaman, Fiqih ada pada Yaman, dan hikmah ada pada Yaman.” (HR. Imam Ahmad, dinilai sohih oleh Al-Albani)
Bandaraya jazan, 70% adalah penduduk asal nya Yaman. antara yg dapat kita kenal dgn Yemeni ialah mereka ni lebih kurang saiz melayu, rupa pun lebih kurang dan suka pakai kain pelikat dan pakai semutar macam org kelantan. Kita boleh kenal dengan sifat mereka yg peramah dan suka tolong kita. Kalau dia drebar taxi, peramah dan suka sembang dgn kita.
Maka berkat doa nabi, maka penduduk yaman ni baik, gigih dan mereka dikatakan mengislamkan nusantara melalui perkapalan. Ulamak juga banyak lahir di yemen dan itulah maksud fiqh dan hikmah ada di yaman.
Soalan 5
Adakah sahih hadis ini, syeikh?
Aishah binti Abu Bakar melapurkan:
“Saya tidak pernah melihat beliau berpuasa sebulan lebih banyak daripada bulan Syaaban. Kadang-kadang beliau berpuasa Syaaban penuh dan kadang-kadang beliau berpuasa sedikit daripadanya”
(Direkod oleh Muslim)
Jawapan
Takhrij hadith puasa sya’ban
‘Aisyah ra mengatakan,
لَمْ يَكُنِ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ ، فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ
“Nabi saw tidak biasa berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.”
(HR. Bukhari no. 1970 dan Muslim no. 1156)
Fiqh hadith: kata Imam nawawi, syarah sahih Muslim, maksud hadith aisyah, bukan maksud nabi puasa 30 hari bulan syaaban. jika nabi buat demikian, akan dianggap ada lagi puasa sebulan penuh selain ramadhan. maksud ‘kullah” seluruhnya tu ialah banyak hari dalam syaaban yg baginda puasa seolah2 sebulan penuh.
Soalan 6
Apakah hukum orang yang menunaikan solat tapi masih berzina . Adakah solat nya diterima Allah?
Jawapan
1. Solat tapi masih berzina
Dalil umum:
وَأَقِمِ الصَّلاةَ إِنَّ الصَّلاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ [العنكبوت:45].
Terj “Dan dirikanlah shalat, sesungguhnya salat mencegah perbuatan fahsya dan mungkar”. (QS. Al Ankabut: 45)
Sepatutnya solat itu mencegah zina. jika masih berlaku zina, maka solat jenis apa?
Namun, solat mesti dilakukan kerana ia kewajiban utama. Maksudnya jika berzina sekalipun, bukan maksud boleh meninggalkan solat. Solat mesti diteruskan.
2. Solat dari pelaku zina
« إِنَّ الرَّجُلَ لَيَنْصَرِفُ وَمَا كُتِبَ لَهُ إِلاَّ عُشْرُ صَلاَتِهِ تُسْعُهَا ثُمُنُهَا سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا ».
Artinya: “Sesungguhnya seseorang menyelesaikan (shalatnya) dan tidak dituliskan baginya melainkan 1/10, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 dan ½ dari shalatnya”. (HR. Abu Daud dan dihasankan oleh Al Albani di dalam kitab Sahih Abu Daud)
Maka terpulanglah kpd Malaikat menulis pahala solat dr pezina itu berapa markah atau tak ada markah, 0.
Soalan 7
Isu berkaitan sambut birthday dengan hadis yang berkaitan menyamai kaum orang putih.
Jawapan
Sambutan birthday
Ianya harus kerana nabi2 juga gembira dengan birthday mereka
Contohnya Jesus son of Mary AS
“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali”.
(QS:Maryam | Ayat: 33).
Nabi saw juga gembira dengan hari birthday nya
“Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku. Sahih Muslim
Cuma cara sambutan pelbagai tidak boleh copy paste cara mat saleh. Antaranya tiupan lilin. Lilin dan meniupnya adalah upacara doa dalam agama Greek kuno dan pagan eropah. Bermaksud ia menyeru dewata agar mengambulkan birthday wishes. Itu yang tidak boleh, kita kena tahu sejarah kenapa mereka meniup lilin agar dewata mengabulkan permintaan org yang sambut besday.
Soalan 8
Syeikh,apakah maksud hadis ini?
”…Celakalah seseorang, Bulan Ramadhan menemuinya kemudian keluar sebelum ia mendapatkan ampunan.”(HR Tirmidzi)
Jawapan
Hadith ramadhan
Matan
رَغِمَ أَنْفُ عَبْدٍ – أَوْ بَعُدَ – دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ
“Celakalah seorang hamba yang mendapati bulan Ramadhan kemudian Ramadhan berlalu dalam keadaan dosa-dosanya belum diampuni (oleh Allah Subhanahu wa ta’ala).” (HR. Ahmad [2/254], Al-Bukhari dalam al-Adabul mufrad No. 644, Ibnu Hibban No. 907 dan al-Hakim [4/170]; sahih: Ibnu Hibban, al-Hakim, adz-Dzahabi dan al-Albani)
fiqh hadith
من لم يغفر له في رمضان فلن يغفر له فيما سواه
“Barangsiapa yang tidak diampuni dosa-dosanya di bulan Ramadhan, maka tidak akan diampuni dosa-dosanya di bulan-bulan lainnya.” (dinukil oleh imam Ibnu Rajab dalam Kitab Latha-iful ma’aarif, ms 297)
maksudnya, bulan ramadhan yg tak membekas, tak ada kesan.
Soalan 9
Adakah saka itu wujud dalam Islam?
Jawapan
Hakikat saka
Saka=pesaka
Istilah, saka adalah jin atau genie yg dipelihara untuk tujuan perdukunan dan keselamatan.
Masalah saka ni bila tuan punya hampir mati, maka dia mesti mencari pewaris kepada jinn tersebut. Maka apabila sudah ditemui pewarisnya, maka si fulan itu adalah pewaris saka.
Soalan 10
Syeikh,boleh bagi hadis mengenai mudarabah dan musyarakah?
Jawapan
Dalil fiqh muamalat islam
a. Mudharabah
Instrumen mudharabah=pemodal menyerahkan modalnya kepada pelabur (investor) dan kongsi untung dan rugi bersama.
Dalil AQ:
وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ
“Artinya : (Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu) orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah ; dan orang-orang yang lain lagi yang berperang di jalan Allah” [Al-Muzzammil/73 : 20]
Tadhribu dalam ayat tersebut bermaksud ambil untung dengan jalan profit sharing
dalil hadith/sunnah: sebelum menjadi rasul, Nabi s.a.w menggunakan modal dari Khadeja dan melakukan business di Syria
(ibn Taymiyah, majmuk fatawa jld 19)
b. Musyarakah
Partnership atau usahasama, join venture. kedua belah pihak keluar modal dan kepakaran utk melakukan business dan berkongsi profit berdasarkan agreement.
Dalil:
”dan Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang berserikat itu sebahagian mereka berbuat zalim kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh”. (Q.S. Shad: 24)
dalil hadithL
عن أ بي هريرة رفعه قا ل إ ن الله يقول أ نا ثا لث ا لشريكين ما لم يخن أ حدهما صاحبه
Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesungguhnya Allah berfirman, ‘Aku pihak ketiga dari dua orang yang berserikat selama salah satunya tidak menghianati lainnya.’” (H.R. Abu Dawud)
Soalan 11
Syeikh, ada hadith Nabi saw “sebaik-baik wanita syurga” ialah
-Maryam binti Imran( ibu nabi isa as)
-khadijah binti khuwalid( isteri Nabi saw)
Boleh berikan matan penuh serta apa yang dimaksudkan dengan hadith tersebut?
Jawapan
Icon wanita sepanjang zaman
حديث أبي موسى رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
( كَمَلَ مِنْ الرِّجَالِ كَثِيرٌ ، وَلَمْ يَكْمُلْ مِنْ النِّسَاءِ إِلَّا : آسِيَةُ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ ، وَمَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ عَلَى النِّسَاءِ كَفَضْلِ الثَّرِيدِ عَلَى سَائِرِ الطَّعَامِ )
رواه البخاري (3411) ومسلم (2431)
Banyak lelaki yang sempurna, tetapi tiada wanita yang sempurna kecuali Asiyah istri Firaun dan Maryam binti Imran, Sesungguhnya keutamaan Asiyah dibandingkan sekalian wanita adalah sebagaimana keutamaan bubur tsarid ( bubur roti gandum) dibandingkan dengan makanan lainnya HR BM
* bubur tsarid adalah bubur kesukaan Nabi saw yg dimasak oleh Aisyah ra
fiqh hadth. nabi saw menceritakan icon lelaki ramai, tapi icon perempuan cuma sedikit sahaja, antaranya Asiah, maryam, aisyah…
Icon, itu maksudnya boleh menjadi role model dan diteladani.
Soalan 12
Ada tak ulamak mutaakhirin perempuan sekarang?
Jawapan
Ulama perempuan yang mutaakhirin.
Rasa macam tiada…kalau adapun biasa biasa jer, biasanya ulamak wanita ni “low profile” elakkan kontroversi dan polemik
Soalan 13
Apa hukum,saya tidak tunaikan NAFKAH BATIN kepada isteri,sebab alasan isteri tidak bersolat,minta penjelasan.
Jawapan
Suami enggan tunaikan nafkah batin (seksual) kerana isteri tidak solat
jawab:
Ini masuk dlm kes Nusyuz. Nusyuz ni maksudnya isteri enggan patuh kpd nasihat suami supaya mengerjakan ibadah yg wajib.
وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”
(An Nisa’: 34).
mulakan dgn fiqh nasihat,. kemudian pisahkan tempat tidur, jika tak berkesan, bleh guna power suami dgn ugutan dan kekerasan sedikit, kemudian jala akhir ialah talaq.
kena cari isteri yg solehah utk melahirkan zuriat anda
Soalan 14
Syeikh ,betulkah sufi ni tiada kitab2 muktabar?
Jawapan
Kitab kitab sufi
jawab:
sufism mmg banyak kitab, bahkan lebih banyak dari ulamak salafiyah. kitab sufi yg utama ialah Ihya’ Ulomiddin dan karya2 yg dinisbahkan kpd abdul qadir al-jilani, al-junaid. manakala tareqat mempunyai kitab2 utama mereka, misalnya tareqat al-Haddad, adalah karya2 agung imam al-Haddad. tareqat Habeeb juga memiliki kitab2 karya silsilah Habeeb Yaman dan Indonesia.
Soalan 15
Syeikh ,ada apa-apa keistimewaan tak kalau kita meninggal semasa Ramadhan?
Jawapan
Fadilat wafat dalam bulan Ramadhan
Tidak ada dalam semua kitab sunan.
Soalan 16
Hadith ‘aisyah ra, Nabi saw berkata ” Rasa sakit sewaktu sakratul maut umpama ditetak dengan mata pedang ,sahih ke?
Boleh bawa matan hadith kalau sahih?
Jawapan
Sakitnya sakratul maut. Yang sahih ini sahaja:
Aisyah ra berkata:
فَلَا أَكْرَهُ شِدَّةَ الْمَوْتِ لِأَحَدٍ أَبَدًا بَعْدَ النَّبِيِّ n
“Aku tidak takut (menyaksikan) dahsyatnya sakaratul maut pada seseorang setelah Nabi n.” (HR. Al-Bukhari no. 4446)
Soalan 17
Mahzab- mahzab seperti mahzab syafiey,Hanafi,Hambali ,Maliki ,adakah didalam era yang sama atau ada pendahulunya?
Jawapan
sejarah pertumbuhan mazhab
ia tumbuh selari dgn hayat imam yg mendirikannya.
hanafi 150H
maliki 179H
syafi’i 204H
hanbali 241H
Soalan 18
Mengenai zakat fitrah, sebaiknya isteri bayar sendiri ke atau sama saja kalau suami bayarkan bagi pihaknya?
Jawapan
Zakat fitrah isteri
Tak kisah sebab amaunnya kecil. cuma RM7.00 sahaja satu kepala. maka oleh kerana suami yg selalu ke mesjid, maka dialah yg keluarkan kerana suami keluarkan atas tanggungannya. jika suami kedekut, maka kenalah keluarkan sendiri kat Mall pun ada booth PPZ
Soalan 19
kalau kita search hadith di internet dan dikatakan hadith tersebut dari sahih bukhari atau muslim, perlukah kita tanya lg ulama hadith mengenai kesahihannya?
Jawapan
Status hadith di internet
pertama: lihat kredibility pengarang yg membuat posting. cth Dr Maza, dr Uzar, dr basit, maka bolehlah yakin; jika pengarangnya tidak dikenali, maka kena ajukan kpd uito utk check
kedua: melihat matan atau content hadith tsb, jika ia masyhur dan dikenali ramai, maka OK
cth: setiap amal adalah ditentukan dengan niat HR Bukhari.
ini mmg femes ada dalam matan arbain nawawiyah.
Soalan 20
Syeikh ,doa berbuka puasa dibawah ni sahih tak? Sebab ada yang kata sanadnya lemah/dhaif.
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Thahabadh-dhama’u wabtallatil-‘urooqu, wa thabatal-‘ajru ‘inshaa’Allaah.
Telah hilanglah dahaga, telah basah urat saraf dan telah tetaplah ganjaran Insya’Allah (sekiranya dikehendaki Allah).
Ref:Abu Dawud 2/306
Jawapan
1⃣ doa berbuka puasa yg sahih
(( ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله )) .
فقد أخرجه أبو داود (6/482 عون ) وسكت عنه ، وسكت عنه كذلك المنذري رحمهم الله تعالى .
هذا وقد صحح حديث ابن عمر هذا وحسنه كل من :
1) الإمام الدار قطني رحمه الله تعالى . قال : ( إسناده حسن ) .
2) الإمام الحاكم رحمه الله تعالى . قال : ( هذا حديث صحيح ) .
3) الحافظ ابن حجر رحمه الله تعالى . قال : ( هذا حديث حسن ) .
4) العلامة الألباني رحمه الله تعالى . قال : ( حسن ) .
sahih menurut al-Haakim, hasan menurut Daruqutni, al-hafiz dan al-albani
Soalan 21
kita boleh bagi terus kepada penerima ke kena melalui ‘amil dulu?
Saudara kandung yang susah boleh terima tak zakat fitrah dari saudaranya yang lain?
Jawapan
Agihan zakat fitrah kpd adik beradik sendiri
Jawab:
1. boleh mengagihkan sendiri zakat fitrah. PPZ tiada halangan akan hal ini.
2. Boleh hukumnya memberi zakat fitrah kpd saudara kandung jika dia tidak mendapat nafkah dari anda. Jika dia mendapat nafkah bulanan dari anda, maka tidak boleh dia menerima zakat.
Soalan 22
Kalau kita nak refer ke web yang english medium, boleh sheikh suggest web mana lagi yang ikut sunnah selain islamqa? Sheikh ada list tak webs yg selamat untuk kita refer?
Jawapan
Salafi websites:
Islam QnA
Islam today
salaf.com
salafitalk.com
aqidah,com
salafimanhja.com
abdurrahman.org
Yang bagus Indonesian…
rumaisya.com