Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 05.02.02 Bab Ayat Terakhir Turun (آخر ما نزل) Bhg. 02

05.02.02 Bab Ayat Terakhir Turun (آخر ما نزل) Bhg. 02

167
0
Iklan

Panel: Bro Syarief
#070616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.02.02 Bab Ayat Terakhir Turun (آخر ما نزل) Bhg. 02

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09 

4. Dikatakan juga bahawa ayat yang terakhir turun adalah ayat Kalalah (iaitu orang yang mati dalam keadaan tidak mempunyai anak)

Dari al-Bara’, dia menyebutkan, 

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ خَاتِمَةُ سُورَةِ النِّسَاءِ

“Ayat yang terakhir turun adalah ayat penutup surah an-Nisa”

[HR al-Bukhari & Muslim]

Ayat tersebut ialah, 

..يَسْتَفْتُونَكَ قُلْ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ

“Mereka bertanyakan fatwa kepadamu, katakanlah: Allah memberikan fatwa kepada kalian pada (permasalahan) Kalaalah..”

[an-Nisa(4):176]

Kemungkinan yang terakhir yang disebut alBara’ terikat kepada ayat-ayat yang berkait tentang pewarisan. 

5. Pendapat seterusnya mengatakan bahawa ayat yang terakhir turun ialah 

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ

“Telah datang kepada kalian, seorang utusan, yang juga dari kalangan kalian..”

[at-Taubah(9):128]

..sehingga ke akhir surah. 

Pendapat ini berasaskan riwayat dari Ubay ibn Ka’b yang menyebutkan

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ

Ayat terakhir yang turun (adalah ayat ini merujuk kepada ayat 128, surah at-Taubah)

[al-Mustadrak]

Kemungkinan juga bahawa ayat ini disebut terakhir merujuk kepada surah at-Taubah itu sendiri, iaitu ayat terakhir bagi surah at-Taubah. 

Sebagaimana apa yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad, dari Ubay ibn Ka’b, (dia menyebutkan)

Rasulullah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pernah membacakan dua ayat ini

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ … 

“Telah datang kepada kalian, seorang utusan, yang juga dari kalangan kalian..”

[at-Taubah(9):128]

sehinggalah..

وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

“Dan Dia adalah Tuhan pemilik ‘Arays yang agung”

[at-Taubah(9):129]

..di hujung surah Baraah (yakni: surah at-Taubah)

[Zawaaid Musnad]

6. Pendapat ini menyebutkan pula bahawa yang terakhir turun adalah surah al-Maidah. 

Ia disandarkan kepada satu riwayat di mana Aisyah menyebutkan, 

آخِرُ سُورَةٍ نَزَلَتِ الْمَائِدَةُ

“Surah terakhir yang turun ialah al-Maidah” 

[HR at-Tirmizi dan al-Hakim]

Dan telah dijawab bahawa yang dimaksudkan oleh kata-kata Aisyah di atas adalah surah yang terakhir turun pada bab halal dan haram. Maka, hukum-hakam di dalamnya tidak dinasakhkan. 

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan