S&J FIQH WANITA
Soalan 1
Jika kita dah ambik air wuduk and kita pegang bayi 3 bulan lebih macam tu, adakah air wuduk kita terbatal?
Jawapan
Wuduk batal jika pegang baby?
Jawab : Bayi adalah suci…maka boleh memegang dan mendukung baby masa solat
Soalan 2
Mengenai pengurusan jenazah….
1. sebelum mandikan jenazah ,adakah tangan jenazah lebih baik diluruskan dan diletakkan ditepi badan…bagi memudahkan mandi dan kafan. Badan mayat akan keras selepas 1@2 jam…
2. Semasa kafankan jenazah kedua belah tgn boleh diletakkan disamping badan.atau diatas dada seperti solat…
Kedudukan tangan keduanya bukan sunnah so boleh pilih mana mana… betulkah pemahaman ini?
Jawapan
Pengurusan jenazah: posisi tangan.
Jawab: Tidak ada petunjuk dari sunnah dalam hal ini. Boleh saja di atas dada atau di sisi badan pada rusuknya.
Soalan 3
a. Sahihkah doa ini didalam pic diatas? Dikatakan Jibrail telah ajar kepada Rasulullah saw sewaktu isra dan mikraj ?
Jawapan
Doa jibril pada malam Isra’ dan Mi’raj
jawab:
Dhaif ( إسناده ضعيف، فقد قال البخاري فيما نقله عنه الحافظ في “الإصابة” 6/275: في إسناده نظر)
Sanadnya dhaif menurut Imam Bukhari, katanya dalam sanadnya awas (ibn hajar, alhafidz, Isobah, 6:275
Namun albani kata sahih.
b. Ada 2 pendapat ,adakah maksud hadith ini sahih dan boleh beramal dengannya ?
Jawapan
Ya boleh, sebab ia khilaf antara mutaqaddimin dan mutaakhirin. al-Bukhari dari zaman mutakaddimin lebih reliable, namun boleh juga bertaklid dgn ulama spt albani. Oleh kerana ia doa, maka bisa beramal dgnnnya
vocab:
* ulama hadith mutaqaddimin=ahli hadith dari 100-300 hijrah; mutaakhirin=ulamak hadith selepas era 300 hijrah hingga kini.
Soalan 4
Benarkah kenyataan didalam pic diatas?
Jawapan
Ziarah kubur hari khamis
Tidak benar, bab ziarah kubur pun tak ada dalam Riadhus solihin
dalam sahih Bukhari tak ujud hadith ziarah kubur hari tertentu…jauhi ustaz yg tidak amanah dalam ilmu
Soalan 5
Kalau kita letak gambar kita zaman dahulu kala yang masih free hair pada zaman kanak2 ribena tu boleh tak ? Contoh di media sosial or as dp whatsapp?
Jawapan
Itu tidak mengapa.
Letak foto zaman jahiliyah dalam media sosial
Tak boleh utk foto selepas baligh sahaja, sebab dalilnya jelas dari AQ
“dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada…(mahram)” AQ 24:31
Jika foto semasa kecil, sebelum dewasa, maka tidak mengapa. Cuma sbg langkah berhati-hati, patut dielakkan kerana ada lelaki jenis pedofilia, yakni yg terangsang secara seksual dgn kanak2 perempuan.
Soalan 6
Mengapa isu pengumpulan Al-Quran selalu disebut sebagai satu bid’ah Hasanah dan macamana kita nak menolak hujjah dan kefahaman tentang isu ini?
Jawapan
Bid’ah hasanah seputar pengumpulan AQ
Pertama: istilah bid’ah hasanah adalah cuma lughawiyat atau mainan bahasa arab sahaja.
contoh kalimah lain, bohong, maka jika dikatakan bohong hasanah, ia cuma lughawi sahaja atau mengumpat yang hasanah. Asal dalam bahasa, bid’ah, bohong dan mengumpat semuanya keji dan tidak bagus.
Kedua: isu pengumpulan AQ.ia projek khalifah abu Bakar dan disempurnakan oleh khalifah uthman semuanya ra. manakala panitia atau ajknya adalah dilantik oleh uthman dan selepas itu projek ini bila selesai, semua sahabat menyetujuinya dan kemudian dinamakan Musyhaf Uthmani. di zaman khalifah al-rashidin, tidak ada bid’ah kerana sunnah khalifah juga adalah diakui oleh Nabi saw, dalil:
فعَلَيْكُمْ بسنَّتِي وسنَّةِ الخلَفَاءِ الراشدينَ المهديينَ عضُّوا عليها بالنواجِذِ
الراوي : العرباض بن سارية | المحدث : الألباني | المصدر : تخريج كتاب السنة
الصفحة أو الرقم: 59 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Hadith irbadh, ” hendaklah kalian berpegang dgn sunnahku dan sunnah para khulafa arrashidin selepas ku” sahih, albani, takhrij kitab sunnah
3-2 bid’ah hasanah
Ketiga: pengumpulan AQ bukanlah dalam isu ibadat melainkan dalam isu kemaslahatan dan penjagaan AQ supaya ia seragam edisinya. sedangkan bid’ah dalam isu ibadat.
takrifan Bid’ah menurut syatibi:
” Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه)
Adakah pengumpulan AQ satu jalan yg direka utk berlebihan dalam pengabdian kpd Allah? tidak sama sekali melainkan para salaf khuatir dengan terbunuhya para huffaz, maka mereka khuatir AQ akan menjadi hilang.
Maka ia ada tujuan yg jelas dan ianya dilakukan oleh khalifah yg rashad dan disaksikan oleh para sahabat di medinah, mereka tidak membantahnya menunjukkan ia satu projek yg penting utk umat Islam di masa depan. sekarang ia terbukti ada kebaikannya akan musyhaf standard rasmi uthmani.
Manakala pengumpulan hadith dilakukan secara resmi di zaman Khalifah Umar abdul aziz. maka sunnah khalifah umar pun tidak bid’ah…sebab bid’ah dilihat kpd siapa yg melakukan dan apakah ia termasuk dalam takrifan syatibi apa itu bid’ah.
📌Tiga kalimah kena ingat:
bid’ah=tambahan dalam agama kerana anggap agama masih belum sempurna
khilafiah=amalan agama yang diperselisihkan sahih atau tidak kerana perselisihan di kalangan mujtahid
maslahah=amalan yg dilakukan utk memberi kebaikan dan menolak kerusakan kpd manusia
Ilmu utk mengenal ketiganya dinamakan ilmu tarjih atau ilmu fiqh an-nusus atau ilmu fiqh dalil atau fiqh sunnah
cth 1:
Membesarkan mesjid nabawi dari saiz asal yg amat kecil kpd saiz sekarang yg dapat memuatkan hampir sejuta jamaah.
ia adalah maslahah, kerana membesarkan mesjid bukan bid’ah. tidak ada umat islam yg membantah perbuatan raja saud membesarkannya. terbukti ia memberi keselesaan kpd umat Islam yg begitu ramai.
cth 2:
Solat Hajat anjuran PIBG SPM 2016
Ia bid’ah
Kerana tidak ada solat hajat berjamaah di zaman salaf, baik solat Hajat perdana perang badar, perang Uhud dan Khandak. ia bid’ah kerana anggap, solat hajat perdana adalah tidak sempat Nabi ajarkan kerana baginda wafat. kalau solat hajat ini begitu makbul, sudah pasti para sahabat akan melakukan saban waktu bersama-sama. namun tidak ada
cth 3:
Mencium isteri batal wuduk keduanya
ia khilaf kerana ulama syafi’iy mengambil maksud harfiah, apa jua sentuhan lelaki dan perempuan batallah wuduk. jumhur kata tidak batal kerana maksud sentuhan itu cuma hubungan seksual sahaja. itu maksud khilafiah.
cth 4:
Qunoot Subuh
ia isu khilafiah kerana Imam syafi’iy yakin nabi amalkan sampai dia wafat. manakala mujtahid yg lain anggap ia cuma qunoot nazilah ketika nabi melaknat kabilah arab yg membunuh org Islam. Maka jika anda folo imam yg baca qunoot subuh, sunat ikut dan aminkan kerana ia isu khilafiah
Soalan 7
Bolehkah kita katakan tokguru mereka mendiamkan diri atau menyembunyikan ilmu atau macamana syeikh?
Jawapan
Isu apakah tok guru diam atau sembunyi ilmu
Ini tidak pasti…kita kena lihat manhaj tok guru tu dgn melihat apakah dia memiliki ilmu hadith. sebab kebanyakan tok guru yg tak kuat ilmu hadith, yg selalu buat onar. Sebab tok guru yg takut kpd bid’ah ni selalunya yang faqih bab hadith
Soalan 8
Adakah semua khilaf untuk yang ada kawen sampai lebih 4 tu syeikh?
Jawapan
Kawin cuma empat tu Ijmak, bukan khilaf atau maslahah…he3 sapa yg kata kawin 10 tu khilaf, itu mmg org fasiq.
Sebab saya kata tiga istilah ni: bid’ah, maslahah, khilafiah, ramai yg x clear. Maka kawin lebih dari 4 tu mmg tak masuk dalam tiga istilah ni…ia clear ajaran sesat
Soalan 9
a. Maknanya selain sunnah yang Nabi saw tinggalkan terdapat juga sunnah para khulafa ar rasyyidin. Ada contoh lain lagi tak syeikh?
Solat terawih pun termasuk juga bukan?
Jawapan
Manakala pengumpulan hadith dilakukan secara resmi di zaman Khalifah Umar abdul aziz. maka sunnah khalifah umar pun tidak bid’ah…sebab bid’ah dilihat kpd siapa yg melakukan dan apakah ia termasuk dalam takrifan syatibi apa itu bid’ah.
Solat Tarawih dilakukan secara resmi di zaman Umar.
1. ia tidak bid’ah sebab Khalifah Umar adalah khalifah yg rashad (devine)
2. ia pernah dilakukan di zaman Nabi saw cuma Nabi tak izin, kerana ditakuti menjadi suatu lagi kefardhuan solat
3. umar melakukan kerana sudah yakin, sahabat baru sudah anggap syariat sudah lengkap dan solat tarawih cuma sunat.
b. Maknanya selepas pemerintahan khulafa ar rasyyidin tiada lagi sunnah para sahabah dan sekiranya ada yang buat penambahan maka ianya tidak sah dan rekaan seperti yang berlaku hari ini contoh berzikir sampai 1000x ?
Jawapan
Sahih, selepas era Khalifah ar-rashidin, yakni Ali ra atau Khalifah Umar bin abdul aziz, maka tak ada lagi penambahan dalam agama. bahkan amalan khulafa arrashidin sebenarnya mereka memperjelaskan lagi sunnah Nabi saw yg kabur atau dilupakan manusia.
Soalan 10
Sahihkah kenyataan ini Syeikh?
”A man is still considered pure when he releases his lust with a sheep or a goat.If there is no woman, then there is no true lust or sexual sin! Then the animal becomes tainted,and must die! So says the Prophet Mohammad!(PBUH!)”
Jawapan
Hukum lelaki mendatangi haiwan
Ibnu Abbas ra mengatakan:
من أتى بهيمة فلا حد عليه
“Siapa yang bersetubuh dengan binatang , tidak ada hukuman khusus untuknya.” (HR. Tirmidzi, setelah hadis no. 1455).
maka kenyataan di atas adalah sahih
Bahwa pelaku tindakan menyetubuhi binatang, tidak dibunuh tapi dihukum sesuai kebijakan pemerintah (hukum takzir). (al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiah, 24:33).
binatang itu harus dibunuh mengikut majoriti ulamak fiqh:
Ibn Abbas ra ditanya: “Mengapa binatang itu turut dibunuh?” Beliau menjawab:
ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم في ذلك شيئا، ولكن أرى رسول الله كره أن يؤكل من لحمها أو ينتفع بها وقد عمل بها ذلك العمل
“Saya tidak pernah mendengar keterangan dari Nabi saw dalam masalah ini. Namun saya lihat Nabi saw membenci orang makan dagingnya atau memanfaatkan hewan ini. Dan hal itu telah diamalkan.”(Tuhfatul Ahwadzi, Syarah Sunan Tirmidzi, 5:16).
Soalan 11
Kalau kita pergi overseas,
Contoh : khamis naik flight pagi dan smpai negara tu khamis malam . Jumaat tu kena solat jumaat tak ? Dia berada negara itu untuk 2 jumaat.
Jawapan
Hukum solat Jumaat ke atas si musafir
“Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,” syaikhul Islam Ibn taymiyah
Komentar mantan Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat rukhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama’ jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinyatakan didalam fiqh.
URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=41790
Soalan 12
Si A tengah bersahur, sedang dia minum air kedengaran azan subuh dari masjid. Maka dia pun serta merta berhenti minum.Lepas itu tengok jam pula dah pukul 4.43..subuh masuk pukul 4.41.maknanya tengah dia minum tadi tu sudah masuk waktu tapi azan belum kedengaran.
Sah ke batal puasanya syeikh?
Jawapan
Fiqh siyyam: sedang makan azan kedengaran
hukumnya boleh:
dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
“Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan sendok terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkan sendok tersebut hingga dia menunaikan hajatnya hingga selesai.”
[HR. Abu Daud no. 2350. Al Albani : sahih)
Cuma sebagai langkah berhati-hati, lebih baik berhenti makan demikian kata Mufti saudi, ben Baz, fatwa 66202
Soalan 13
a. Ayam yang tidak tahu siapa pemiliknya bertelur dikawasan rumah kita. Boleh makan ke tak telur tu atau dibiarkan sahaja?
Jawapan
Telor ayam yang tidak diketahui tuannya
Boleh memanfaatkan ayam dan kambing yang tidak diketahui tuannya
dalil:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ ضَالَّةِ الْغَنَمِ فَقَالَ خُذْهَا فَإِنَّمَا هِيَ لَكَ أَوْ لِأَخِيكَ أَوْ لِلذِّئْبِ
Nabi SAW pernah ditanya tentang (memungut) barang temuan berupa kambing, lalu beliau bersabda,’’ambil-lah, kambing itu untukmu, atau untuk saudaramu, atau untuk srigala/anjing’’(HR. Bukhori 4882, dan Muslim 3247)
b. Maknanya halal lah untuk dimakan telur ayam yang tidak tahu siapa tuannya?
Jawapan
Boleh dimakan. tapi kalau hidup berjiran, boleh je bertanya…ayam sapa ni?
Soalan 14
Jiran kita yang beragama budha mengamalkan kepercayaan mereka memanggil hantu. Sebagai jiran kita berasa kurang selesa dengan situasi ini.
Apakah langkah atau cara untuk kita menegur atau apakah pandangan islam jika kita berjiran dengan orang yang tidak seagama dengan kita dan mengamalkan perbuatan yang boleh mengundang kehadiran jin dan syaitan?
Jawapan
Jiran dgn org musyrik
Rule pertama beli rumah ni ialah kejiranan, sapa jiran kita. Kalau kebetulan jiran kita org musyrik, maka dalam masyarakat majmuk spt malaysia, takleh buat apalah apa saja yg depa nak buat dalam kawasan rumah depa. Adapun amalan mereka menyeru hantu atau ghoul dalam bahasa arab, rasanya tidak mungkin sebab hantu adalah musuh semua agama. Kemungkinan yg depa seru adalah dewata mereka spt muruga, krishna, rama, hanuman, dsbnya kerana Hindu mempunya jutaan deities atau dewata. Amalkan surah al-Kaafirun, bagi kamu agama kamu, bagi kami agama Islam.
Soalan 15
Boleh syeikh nyatakan adab masuk rumah baru?
Jawapan
Adab masuk rumah baru di sisi budaya arab hanyalah jamuan makan, biasanya di sini ialah kambing. Manakala budaya mat saleh ialah “House warming” juga upacara makan. Adapun adat melayu dipengaruhi oleh agama Hindu dulu, di mana sami atau monk akan dijemput utk melakukan upacara pooja.
Maka upacara hindu ini diganti oleh lebai2 melayu dgn upacara membaca tahlil dan yasin utk halau hantu dalam rumah tersebut. Ini tidak sahih sebagai amalan salaf. Yang betul ikut budaya arab, menganjurkan makan2 tanpa ada upacara lebai untuk halau hantu.
Tujuan walimah naik rumah baru ialah bersyukur atas nikmat Allah kerana diberi rumah, aset yang paling utama bagi manusia, juga menemukan family dan juga jiran2 di sekeliling. juga menjemput ajk mesjid berdekatan.
Soalan 16
Apakah hukum mengakhirkan solat isya’
Jawapan
Utk lelaki, ia dimansuhkan oleh Nabi kerana kesulitan ke atas sahabat2. Maka ia kembali kpd hukum pertama, “afdhal solat bg lelaki di awal waktu yakni bersama imam dimesjid.’
Manakala ke atas wanita yg solat di rumah, boleh amalkan sunnah lewatkan solat isyak jika suami membenarkan, kemungkinan suami berhajat ke atas dirinya. (syarah Mumti’, jld 2, ibn Othaimin)
Kalau ada ceramah yg best kat mesjid, mmg boleh lewatkan sebab mereka bukan menunggu, tapi sedang berada dalam majlis Ilmu .