Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 87

Nota Fiqh Wanita 87

396
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Benarkah ada yang mengatakan jika wanita kedatangan haid maka ketika mandi harian biasa, rambut tidak boleh dicuci kerana dikhuatiri akan menjadi gila. Mohon penjelasan.

Jawapan

Kalau haid 10 hari, maksudnya 10 hari takleh basuh rambut?
Memang petua yg tak logik…apa jua petua yg tak diketahui sumbernya, anggaplah ia palsu.Cara nak kenal, ia bercanggah dgn akal sihat.

 

Soalan 2

Mohon pencerahan kesahihan hadith ini:
Rasullullah bersabda “Barang Siapa Yang Memberitahukan Berita Sya’ban kepada Yang Lain, maka Haram Api Neraka Baginya”.

Jawapan

Palsu. Petanda hendak kenal hadith palsu, buat sikit je, dapat reward yang besar, jadi posmen, masuk syurga. Kedua: Kenapa berita sya’ban? Sepatutnya ramadhan. Ia bercanggah dengan logika.

 

Soalan 3

Doa ni sahih tak?
Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah bismillah 3X lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrothi min syarri maa ajidu wa uhaadziru”(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)

Jawapan

Sahih, riwayat Muslim
Ruqyah diri sendiri
ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِى تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ. ثَلاَثًا. وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah 3X, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru” (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” 7X (HR. Muslim)

 

Soalan 4

Apakah perbezaan antara kifarah dan kafarah?

Jawapan

Beza kifarat vs kafarat
Tidak ada perbezaan, sebutan yg betul kafarat, root word (كَفَّارَةٌ :جمع : ات . [ ك ف ر ])
Maksudnya
Kafarat adalah bentuk sighah mubalaghah dari kata Al Kufru yang berarti As Sitru (Penutup), yang dimaksud disini adalah segala bentuk pekerjaan yang dapat mengampuni dan menutup dosa

 

Soalan 5

Persoalan berkenaan satu hadis dari sahih Bukhari, no.664 : Aisyah Ummul Mukminin berkata, “ia membenci ketika seseorang solat dengan tangan berlipat (bersedekap) ketika solat. Ini kerana orang yahudi juga berbuat begitu”.

Apakah yang dimaksudkan dengan hadis di atas?

Jawapan

Hadith aisyah, larangan sedekap
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، ” كَانَتْ تَكْرَهُ أَنْ يَجْعَلَ يَدَهُ فِي خَاصِرَتِهِ وَتَقُولُ: إِنَّ اليَهُودَ تَفْعَلُهُ ( البخاري )
Dari Aisyah : Ia tidak menyukai seseorang meletakkan tangannya di pinggangnya dan ia berkata: Itu adalah perbuatan yahudi
silap terjemahan.
Yang betul solat sambil cekak pinggang. Sedekap itu lain isu.
Terjemahan yang salah menyebabkan berlaku kesalahan fakta. Kena guna terjemahan yang reliable

 

Soalan 6

Hari ini adalah Qadarullah! Semangat!!
”Bersemangatlah untuk meraih apa yang bermanfaat bagimu, mintalah tolong pada Allah, dan janganlah lemah. Apabila sesuatu menimpamu janganlah engkau mengatakan ’Andaikan aku mengerjakan begini niscaya akan begini dan begitu.’ Akan tetapi katakanlah, ”Qadarullah wama sya’a fa’ala (Semua ini takdir Allah, Dia mengerjakan apa yang Dia kehendaki). ’Karena kata ’andaikan’ itu membuka pintu bagi amalan setan.” (Riwayat Muslim, Ibnu Majah, Ahmad)
”Qadarullah wama sya’a fa’ala (Semua ini takdir Allah, Dia mengerjakan apa yang Dia kehendaki).
Biiznillah (dengan izin ALLAH SWT)
Benarkah begitu sheikh?

Jawapan

Hari ini adalah Qadarullah! Semangat!!
Matan
احرص على ما ينفعك، واستعن بالله ولا تعجز، وإن أصابك شيء، فلا تقل لو أني فعلت كان كذا وكذا، ولكن قل قدر الله وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان

“Semangatlah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jangan pula mengatakan: ‘Andaikan aku berbuat demikian tentu tidak akan terjadi demikian’ namun katakanlah: ‘Ini takdir Allah, dan apapun yang Allah kehendaki pasti Allah wujudkan’ karena berandai-andai membuka tipuan setan.” (HR. Muslim 2664)
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2664

Fiqh hadith:
1. Semangat mencari rezki, perbaiki taraf ekonomi. Islam itu harta dan kekayaan.
2. Iman kpd takdir tak boleh mencela taqdir. andaikata anda telah berusaha, tapi berlaku sebaliknya, maka itu adalah takdir bukan berkata andaikata aku buat demikian dan demikian.

 

Soalan 7

Mengenai zakat. Adakah dibolehkan kalau kita bersedekah kepada fakir miskin @ anak yatim, kita niatkan keluar zakat?

Jawapan

Sedekah vs zakat
Zakat=sedekah yg wajib ke atas harta, ada zakat emas, zakat savings, zakat bisnes, zakat pertanian, ternakan dan zakat gaji pegawai.
Sedekah=sedekah sunat yg selain zakat, derma, kupon wakaf, kutipan, tabung, khairiat..

Agihan zakat wajib dilakukan oleh pihak PPZ atau Lembaga zakat, org awam tidak boleh agihkan sendiri zakat harta melainkan pusat zakat yg ada power nak kutip zakat,
Jika derma atau sedekah jariah kpd anak yatim boleh, cth anda derma aircond ke rumah anak yatim, atau derma penapis air coway atau amway atau cosway kepada rumah anak yatim atau berikan lembu seekor bila raya korban.

 

Soalan 8

Berkaitan anak susuan.
1. Kena berapa kali kenyang menyusu baru boleh jadi anak susuan dan mesti kena menyusu berturut-turut ke?
2. Kalau dah jadi anak susuan, kalau baby tu perempuan, aurat dengan suami kita macam mana?
3. Aurat anak susuan dengan pak cik(abang kita) macam mana pula? Kira jadi anak sedara atau macammana?

Jawapan

Fiqh anak susuan
1. susuan yg thabit menjadi anak susuan
kena menyusu 5X sampai kenyang, dalil:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ أُنْزِلَ فِيْ الْقُرْآنِ عَشْرُ رَضَعَاتٍ مَعْلُوْمَاتٍ يُحَرِّمْنَ فَنُسِخَ مِنْ ذَلِكَ خَمْسُ رَضَعَاتٍ وَصَاَر إِلَى خَمْسِ رَضَعَاتٍ مَعْلُوْمَاتٍ يُحَرِّمْنَ فَتُوُفَّيِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاْلأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ

Dari Aisyah, beliau berkata, “Telah diturunkan dalam al-Quran sepuluh kali persususan yang dapat menjadikan mahram, lalu menjadi mahram apabila persusuan sebanyak lama kali, kemudian Rasulullah wafat, sedangkan perkara ini tetap pada hal ini (yaitu sebanyak lima kali).” (HR. Muslim no.1452)

2. Aurat dgn suami
hubungan mahram sebab anak susuan tidak boleh kawin dgn ayah susuannya.

3. Aurat dengan pakcik
mahram juga, tidak boleh kawin dgn pakcik.
mahram terjadi dgn nasab dan penyusuan

 

Soalan 9

Adakah betul cara pengiraan hari suci bila istihadah?
15 hari haid, mandi wajib, 15 hari suci, 15 hari haid, mandi wajib, 15 hari suci
Ulang rutin ni sampai darah berhenti? Dah jumpa doktor, tapi belum kenal pasti punca sebenar masalah pendarahan tersebut.

Jawapan

Haidh dan istihadah
Kalau ikut mazhab syafi’iy, gitulah, 15 hari haid, dan 15 hari lagi adalah istihadzah…15 hari takboleh solat, 15 hari lagi kena solat.

 

Soalan 10

Ketika dalam istihadah, kena ada wudhuk lain untuk solat rawatib?
Bagaimana dengan solat jamak,boleh buat dengan satu wudhuk?

Sekiranya selepas solat, didapati tiada darah yang keluar, adakah perlu berwudhu semula utk baca mushaf?

Jawapan

Wudhuk ketika istihadzah
Satu wuduk utk solat fardhu sahaja.
cth: solat zuhur, satu wudhu, adapun solat sunat sebelum dan selepas, termasuk dalam satu wuduk. tapi utk waktu asar tak boleh, kena ambik wuduk yg baru. mazhab lain, solatlah sebeberpa banyak asalkan panty liner masih OK (Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi, 1/93-96. )

 

Soalan 11

Adakah benar istihadah merupakan salah satu permainan spiritual syaitan ke atas emosi(contoh: jadi was2/malas utk melakukan ibadat) dan hubungan suami isteri?

Jawapan

Istihadah dari hentakan setan?

وَعَنْ { حَمْنَةَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ : كُنْت أُسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَثِيرَةً شَدِيدَةً ، فَأَتَيْت النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْتَفْتِيهِ ، فَقَالَ : إنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنْ الشَّيْطَانِ ، فَتَحَيَّضِي سِتَّةَ أَيَّامٍ ، أَوْ سَبْعَةَ أَيَّامٍ ، ثُمَّ اغْتَسِلِي ، فَإِذَا اسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّي أَرْبَعَةً وَعِشْرِينَ ، أَوْ ثَلَاثَةً وَعِشْرِينَ ، وَصُومِي وَصَلِّي ، فَإِنَّ ذَلِكَ يُجْزِئُك ، وَكَذَلِكَ فَافْعَلِي كُلَّ شَهْرٍ كَمَا تَحِيضُ النِّسَاءُ ، فَإِنْ قَوِيت عَلَى أَنْ تُؤَخِّرِي الظُّهْرَ وَتُعَجِّلِي الْعَصْرَ ، ثُمَّ تَغْتَسِلِي حِينَ تَطْهُرِينَ ، وَتُصَلِّي الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا ، ثُمَّ تُؤَخِّرِينَ الْمَغْرِبَ وَتُعَجِّلِينَ الْعِشَاءَ ، ثُمَّ تَغْتَسِلِينَ وَتَجْمَعِينَ بَيْنَ الصَّلَاتَيْنِ فَافْعَلِي . وَتَغْتَسِلِينَ مَعَ الصُّبْحِ وَتُصَلِّينَ .قَالَ : وَهُوَ أَعْجَبُ الْأَمْرَيْنِ إلَيَّ } .
رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا النَّسَائِيّ ، وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ ، وَحَسَّنَهُ الْبُخَارِيُّ

Hamnah binti Jahsy berkata: Aku pernah mengeluarkan darah penyakit (istihadlah) yang banyak sekali. Maka aku menghadap Nabi r untuk meminta fatwanya. Beliau bersabda: “Itu hanya hentakan atau gangguan dari setan. Maka anggaplah enam atau tujuh hari sebagai masa haidmu kemudian mandilah. Jika engkau telah bersih salatlah 24 atau 23 hari, berpuasa dan shalatlah karena hal itu cukup bagimu. Kerjakanlah seperti itu setiap bulan sebagaimana wanita-wanita yang haid. Jika engkau kuat untuk mengakhirkan shalat dhuhur dan mengawalkan shalat Ashar (maka kerjakanlah), kemudian engkau mandi ketika suci, dan engkau shalat Dhuhur dan Ashar dengan jamak. Kemudian engkau mengakhirkan shalat maghrib dan mengawalkan shalat Isya’, lalu engkau mandi pada waktu subuh dan shalatlah.” Beliau bersabda: “Inilah dua hal yang paling aku sukai.” HR Imam Lima kecuali Nasa’i. Sahih menurut al-Tirmidzi dan hasan menurut al-Bukhari.

menurut syaukani dalam Nail author menjelaskan maksud hentakan syaitan ialah istihadah adalah mainan setan ke atas sebahgian wanita, menghalangi mereka dari urusan agama, kesucian dan solatnya.

 

Soalan 12

Kalau kita kerja photographer, bolehkah kita ambik bayaran tangkap gambar daripada orang yang tidak menutup aurat, .agak2 halal tak rezeki tu?

Jawapan

Photographer dgn client yg tidak tutup aurat
jika photoshoot tu disebelah wanita sahaja, maka yang boleh ambik gambar adalah photographer wanita. Photographer lelaki tidak boleh.

 

Soalan 13

Apa hukum pasangan yang bercerai untuk menguji sedalam mana cinta. Dan untuk menguji sama ada mereka boleh hidup bahagia dan menjadi muslim yg lebih baik bila hidup solo

Jawapan

Bercerai untuk menguji cinta dan kelebihan hidup solo
Berkahwin telah dijelaskan hikmahnya:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tentram padanya, dan dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (QS. Ar-Rum: 21)

يا معشر الشباب من اسطاع منكم الباءة فاليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

“Wahai sekalian para pemuda, barang siapa di antara kalian telah mampu untuk menikah maka hendaknya ia menikah, karena menikah dapat lebih menundukkan pandangan, dan lebih menjaga kehormatan. Barang siapa yang belum mampu menikah maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa adalah penjaga baginya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
perkahwinan akan menjaga pandangan dan kehormatan. maksudnya dia akan kurang melayari laman web porno dan melihat org di jalanan dan kehormatannya lebih terjaga dari hidup solo.
Perceraian tidak boleh dibuat eksperimen, dalil:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ
“Siapa saja wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada apa-apa maka haram baginya bau surga.” (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lainnya, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Irwa’ no. 2035)
sebab:
perkahwinan adalah mahal, susah payah kerja besar dgn kos yg tinggi, maka ia tidak boleh dibubarkan gitu2 je.
Jika terpaksa bercerai kerana ketidak serasian, maka di kala itu dibolehkan,

 

Soalan 14

Adakah hadits ini sahih?
Khas buat yang kata :
“SAYA HANYA IKUT AL-QURAN DAN HADITS SAHAJA…”

Dari Sayyidina Mu’adz bin Jabal R.A., bahwa Rasulullah ﷺ ketika akan mengirimnya ke Yaman bertanya :
” Ya Mu’adz bagaimana caranya engkau memutuskan perkara yang dibawa orang kepadamu? “..
” Saya akan memutuskannya menurut yang tersebut dalam kitabullah “..Jawab Mu’adz.

Nabi ﷺ bertanya lagi :
” Kalau engkau tak menemukan hal itu dalam kitabullah,bagaimana? “.
Mu’adz menjawab : ” Saya akan memutuskannya menurut sunnah Rasul-Nya”.

Lalu Nabi ﷺ bertanya lagi :
” Kalau hal itu tidak ditemukan juga dalam keduanya,yakni Kitabullah dan sunah Rasul,bagaimana? “.
Lalu Mu’adz menjawab : ” Jika tidak terdapat dalam keduanya saya akan berijtihad tanpa ragu sedikitpun “.

Mendengar jawaban itu, Nabi Muhammad ﷺ lalu meletakkan kedua tangannya ke dada Mu’adz dan berkata :
” Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq utusan Rasulullah,sehingga menyenangkan hati Rasul-Nya “.

(HR Imam Tirmidzi dan Abu Dawud)
Lihat kitab shohih Tirmidzi juz II/68
dan Sunan Abu Dawud juz III/303.

Jawapan

Hadits mu’adz yg akan diutus ke Yaman
لراوي : معاذ بن جبل | المحدث : الألباني | المصدر : تخريج مشكاة المصابيح
الصفحة أو الرقم: 3664 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف
sanadnya dhaif menurut albani, namun hasan di sisi Ibn Qayyim, maksudnya hadith ini dhaif tapi maksudnya sahih. ini keranan susunan sumber syariat adalah:
1. AQ
2. Sunnah
3. Ijmak
4. Qias
Ijmak dan Qias adalah bidang ijtihad. manakala ilmu AQ dan Hadith juga merupakan syarat utama para mujtahid spt Muadz.

 

Soalan 15

Apakah status hadith dibawah?
HADITH TENTANG SELUAR PANJANG WANITA
Pernah berlaku kejadian seorang wanita yang TERJATUH dari kenderaan sehingga TERSELAK KAINNYA di hadapan Rasulullah S.A.W. dan sahabat2.
Maka dengan segera Nabi S.A.W. MEMALINGKAN WAJAHNYA. Lalu ada sahabat memberitahu bahawa dia (wanita itu) sebenarnya ada MEMAKAI SELUAR PANJANG dibahagian dalam jubahnya.
Lalu Rasulullah SAW TELAH MEMUJI dengan menyebut hadith ini.
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda.
“Allah sentiasa MERAHMATI para wanita yang MEMAKAI SELUAR PANJANG (sebagai pakaian tambahan disebelah dalam).
H.R. Al-Uqayli kitab Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal.

Jawapan

Hadits Allah merahmati wanita yg pakai seluar panjang
Hadith: “Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar…” adalah palsu sebagaimana disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dab lain-lain. Wallahua’lam.

Page Ustaz Dr Rozaimi – Hadith
tapi diamalkan dgn meluas di arab saudi. di mana wanita saudi banyak yg pakai jeans atau seluar, tapi mereka memakai abaya, seluar cuma pakaian dalam.

Komen dan Soalan