Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 86

Nota Fiqh Wanita 86

1297
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Boleh kah solat tahajjud dan witir setiap hari dalam rakaat yang sama secara berterusan?

Jawapan

Tahajjud dan witir setiap hari dalam bilangan rakaat yg sama secara berterusan
boleh, dalilnya:

عن عائشةَ رضي الله عنها أَنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يا أيُّها النّاسُ خُذُوا مِن الأعمالِ مَا تُطِيقُونَ ، فإنّ اللهَ لاَ يَمَلُّ حتى تَمَلُّوا ، وإنّ أَحَبَّ الأعمالِ إلى الله ما دام وإِنْ قَلَّ
– متفق عليه

Dari ‘Aisyah ra, bahawa Rasulullaah SAW telah bersabda: “Wahai sekalian manusia, lakukanlah dari amal-amal kamu sekadar mana yang kamu mampu (untuk melakukannya) kerana sesungguhnya Allah tidak berasa jemu (terhadap amalan kamu) sehinggalah kamu berasa jemu (melakukannya). Dan sesungguhnya amal yang paling disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit.” muttafaq alaih

 

Soalan 2

Bagaimanakah susun atur kedudukan solat berjemaah yang terdiri daripada bapa,ibu,3 anak perempuan..dan sorang anak lelaki yg sulung berumur 11 tahun.

Jawapan

Susunan solat jamaah ayah, ibu, 3 anak perempuan, satu anak lelaki
jawab:
ayah dihadapan sbg Imam, anak lelaki berdiri di sisi kanannya sejajar, satu line, manakala, ibu, 3 anak perempuan di belakang imam/ayah satu baris, line.

 

Soalan 3

Syeikh ada dalil tak kalau tinggalkan solat asar balasannya apa?

Jawapan

Balasan meninggalkan solat asar
Jawab: ada dalil
Dari Burairah ra, Rasulullah saw telah bersabda,

مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ

“Barangsiapa meninggalkan salat Asar, maka terhapuslah amalannya” (HR. Bukhari no. 594).
Komen ibn Qayyim, batal semua amalan pada hari tsb

 

Soalan 4

Seorang isteri yang baru kematian suami ada 3 org anak perempuan yg belum akhil baligh, dia hadapi masalah sebab tiada kerja dan tiada rumah sendiri.sekarang menumpang dirumah mertuanya.

a) Apa solusi terbaik dalam kes ini,perlu tinggal berasingan dari mertua atau macamana yer?

Jawapan

Isteri yang kematian suami
Jawab:
Dia cuma boleh tinggal di mana dia menetap bersama suami sehingga eddahnya tamat. Bila iddahnya tamat, maka dia kena mencari tempat tinggal yg baru, ini kena berbincang dgn walinya, ayah, datuk. nenek, dan adik beradik lelaki. ini kerana bila tamat eddah, maka bubarlah perkahwinan tsb dan semua hak isteri akan tamat

 

Soalan 5

Ada dalil tak dengan membaca Al-Quran dapat menajamkan akal fikiran dan penglihatan?

Jawapan

Dalil membaca AQ minda dan penglihatan menjadi tajam,
mungkin, tapi tujuan utama:

( كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته وليتذكر أولوا الألباب )

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah, supaya mereka mentadabburi (memperhatikan) ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” [Shad : 29]

 

Soalan 6

Saya nk tumpang tanya, sahih ke hadis ini?

”Nabi Muhammad pernah menangis apabila melihat turunnya hujan.

Bila ditanya kenapa baginda menangis melihat hujan turun?

Baginda menjawab “Seperti inilah manusia jatuh ke dalam neraka”.

Jawapan

Nabi saw menangis melihat hujan?
Tak sahih, ia bercanggah dgn hadith yg sebaliknya, gembira
Dari Ummul Mukminin, ’Aisyah ra,

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً

“Nabi saw ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”. (HR. Bukhari no. 1032)

 

Soalan 7

Adakah anak yang belum baligh adalah ahli syurga? Kalau anak yang meninggal sebelum umur baligh, akan masuk syurga?

Jawapan

Anak belum baligh
Imam Ibn Kathir (rh) berkata:

فأما ولدان المؤمنين فلا خلاف بين العلماء كما حكاه القاضي أبو يعلى بن الفراء الحنبلي عن الإمام أحمد أنه قال : لا يختلف فيهم أنهم من أهل الجنة . وهذا هو المشهور بين الناس ( أي عامة العلماء ) وهو الذي نقطع به إن شاء الله عز وجل

Maksudnya: “Adapun anak-anak orang yang beriman, maka tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama (semua mereka akan masuk ke dalam syurga) seperti yang dihikayatan oleh al-Qadhi Abu Ya’la bin al-Farra’ al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad yang berkata: “Tiada perbezaan di kalangan ulama, bahawa semua anak-anak orang yang beriman termasuk dari kalangan ahli syurga. Inilah yang masyhur di kalangan ulama, pendapat ini juga yang kami putuskan insyaallah.” (Tafsir al-Quran al-‘Azim 3:33)

 

Soalan 8

a. Ketika sedang solat jemaah anak berumur setahun lebih datang duduk atas badan masa sujud. Saya terlepas beberapa rukun bersama imam disebabkan tunggu anak turun dari badan. Adakah saya dikira telah terpisah daripada imam?

b. Kalau kita lupa baca doa qunut, adakah kena buat sujud sahwi

Jawapan

a. Ikut mazhab syafi’iy dah game over..kalau tertinggal 3 rukun
kaedah yg benar: boleh dukung anak semasa solat.

b. Lupa baca qunut
kalau ingin setia bersama mazhab nusantara, maka kenalah sujud sahwi. kalau ingin pindah kpd pendapat Jumhur, maka tak yah sujud sahwi dan tak payah baca qunut.

 

Soalan 9

Apa hukum mnjual pakaian wanita yang bersifat ketat atau mendedahkan bentuk tubuh badan. Contoh skinny jeans.Minta penerangan. Ada fatwa ulama?

Jawapan

Jual pakaian sexy
Kaidah fiqih:
كل بيع أعان على معصية حرام

Kullu bai’in a’aana ‘ala ma’shiyatin haraam. (Setiap jual beli yang membantu suatu kemaksiatan hukumnya haram). (Imam Syaukani, Naylul Author, hlm. 1035, syarah hadits no 2193).
Jika dikhuatiri ia akan dipakai utk tuntutan awam bukan mahram, maka tak boleh jual, kalau di saudi arabia, boleh sebab wanita memakainya di bawah abaya.

 

Soalan 10

Hadith Nabi saw menegur ‘asma yg berpakaian jarang sambil menunjukkan isyarat yang boleh dilihat muka dan tapak tangan tu ,apa status nya syeikh ?

Jawapan

Status hadith asma’
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : ابن باز | المصدر : مجموع فتاوى ابن باز
الصفحة أو الرقم: 26/226 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جدا
Mufti saudi, syaikh ben Baaz kata amat dhaif

 

Soalan 11

Boleh kah kita baca ayat Quran dekat air? Sekadar untuk simpanan kita sendiri and dibuat minum sendiri.

Jawapan

Ruqyah pada air
Hukum asal boleh meruqyah ayat2 AlQuran kepada air, minyak zaitun. Fatwa saudi arabia cuma hilang peluang masuk syurga tanpa hisab:

فَقَالَ هُمْ الَّذِينَ لَا يَرْقُونَ وَلَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَتَطَيَّرُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Mereka adalah orang-orang yang tidak meruqyah, tidak meminta untuk diruqyah, tidak melakukan thiyaroh (beranggapan sial) dan hanya kepada Allah mereka bertawakal.” HR Bukhari no 5752

 

Soalan 12

saya seorang peniaga online. Adakah saya perlu keluarkan zakat perniagaan setiap bulan atau setiap tahun atau mengikut islam. Berapa peratus saya perlu keluarkan?

Jawapan

Zakat busines online
Kena, cara kiraan:
Jumlah keuntungan setahun, tolak kos dan tax, jika berbaki melebihi 85 gm emas, maka zakatnya 2.5%
cth:
2015
jualan, total sales RM 200,000
minus, operational costs RM 100K
untung bersih: 100,000
nisab:85 gm emas = RM (85 X RM170) 14450
pendapatan berzakat: 100,000- 14450 = RM85,550
2.5% X 85,550=RM2,138

 

Soalan 13

Pertanyaan tentang penggunaan inhaler bagi pesakit asma waktu bulan puasa. Apa pendapat yang muktabar tentang ini?

Jawapan

Fiqh puasa: penggunaan inhaler
Semua rumah fatwa termasuk malaysia, inhaler tidak membatalkan posa. juga dr qardhawi dalam fiqh siyyam

 

Soalan 14

a. Syeikh, adakah ini benar? Rasullullah s.a.w semasa isra’ berhenti sembahyang sunat di madinah ,kota madyan, bukit thursina dan baitul laham sebelum mengimamkan solat 2 rakaat bersama nabi nabi dan para rasul di baitul maqdis? Selepas tu baru berlaku mikraj?

Jawapan

Hadith nabi saw solat dipelbagai lokasi semasa isra’
Hadith tidak sahih

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف النسائي
الصفحة أو الرقم: 449 | خلاصة حكم المحدث : منكر
al-Albani menilainya mungkar/dhaif

b. Kerana matan atau sanad nya ke syeikh?

Jawapan

sanad vs matan
hadith isra’ takhrij sunan nasa’iy bermasalah dr segi matan dan sanad
matan: tak logik sebab nabi saw singgah di beberapa lokasi, spt madinah, sinai, baitul Lahm..sedangkan matan yg sahih, nabi terus sampai di baitul maqdis sahaja dari mekkah.
sanad: perawi yazid (هو ابن عبد الرحمن بن أبي مالك الدمشقي) atau abd rahman bin abi maalik, kata ibn hajar, dia keliru ingatannya ketika lanjut usia.

أَخْبَرَنَا أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ هِشَامٍ ، قال : حَدَّثَنَا مَخْلَدٌ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ ، قال : حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي مَالِكٍ ، قال : حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ

 

Soalan 15

Apakah cara yg terbaik apabila kita solat bersama imam yg selalunya terus baca surah selepas bacaan surah al Fatihah dlm solat jahr (tak beri masa seckpnya utk makmum baca surah alFatihah) – makmum baca surah bersama imam atau makmum dgr shj – mcmmana nak reconcile hadith yg tiada solat tanpa ummul kitab dan ayat ini👇🏼
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Jawapan

Isu bacaan fatihah dalam solat berjamaah
a. Imam terus baca surah selepas fatihah
Imam tsb bermazhab bukan syafi’iy, mungkin salafi, hanabilah, ahnaf dan maliki. imam mazhab syafi’iy akan beri masa kpd makmum membaca fatihah. maka, jika anda solat di belakang imam mazhab lain, maka wajib ikut. tak payah baca fatihah. bacaan imam dalam rakaat jahar, adalah juga bacaan makmum..itu pendapat tiga mazhab sunni.
dalil:
إنما جعل الإمام ليؤتم به، فلا تختلفوا عليه

“Imam itu diangkat untuk ditaati, maka janganlah kalian menyelisihinya (HR Al-Bukhari (722),

 

Soalan 16

Perintah untuk tinggalkan business apabila di panggil untuk solat jumaat- Adakah perintah ini termasuk wanita sebagai penjual/business owner dan pembeli2 wanita juga?

Jawapan

Perintah tinggalkan business ketika azan Jumaat juga meliputi wanita?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. AQ 61:9
larangan khusus buat lelaki yg wajib jumaat sahaja, wanita dgn wanita dikecualikan sebab mereka tidak wajib.
(ref: Bidayatul Mujtahid, 4/169 ; Tafsir Ibn Kathir, 4/368)

 

Soalan 17

a. Apa yang patut makmum lakukan sekiranya makmum tersebut bersama imam dari takbiratul ihram lagi, tetapi dlm rakaat tertentu makmum belum sempat habiskan bacaan al Fatihah tetapi imam dah rukuk dan bangun dari rukuk – makmum habiskan bacaan dan rukuk kemudian. Adakah dapat bilangan rakaat tersebut atau makmum kena tambah rakaat. Ada pendapat kena tambah rakaat- adakah ini perbezaan mazhab?

Jawapan

Makmum membaca fatihah terlalu lama, hingga ditinggalkan Imam
Ini takdak disiplin solat berjamaah. samada kena penyakit was-was atau terkena dgn Imam yg membaca dengan super speed.
Kesemuanya adalah penyakit yang perlu dirawat sbb terkena belitan Iblis kpd org awam.

Menurut mazhab syafi’iy, masih dapat rakaat jika tertinggal 3 rukun, maksudnya, imam rukuk, imam i’tidak dan turun utk sujud…masih sah. Tetapi pahala solat jamaah bagi org macam ni amat berkurangan, tak dapat 27X ganda.
Salah satu cara nak solve, kena ikut mazhab lain, tak usah baca fatihah ketika di rakaat jahar.

b. Sekiranya makmum masbuq ketika imam masih rukuk, adakah makmum bertakbiratul ihram dan terus rukuk atau takbir sekali lagi sebelum turun rukuk?

Jawapan

Masbuk ketika imam rukuk
Jika si Masbuk mendapati imam sedang rukuk, maka dia hendaklah takbir dan rukuk sebab fatihah, takbir intiqal sudah dibaca oleh Imam.

 

Komen dan Soalan