Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 92/131: Fitnah Melanda Dunia Arab (فتنة تستنظف العرب)

TKK 92/131: Fitnah Melanda Dunia Arab (فتنة تستنظف العرب)

382
0
Iklan

 

Dalil hadith :

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال

«تكون فتنة تستنظف العرب قتلاها في النار اللسان فيها أشد من وقع السيف >

رواه أحمد وأبو داوود والترمذي وابن ماجة والحديث فيه مقال

 

Dari Abdullah bin Amru ra, bahawa Nabi saw bersabda,” akan terjadi suatu fitnah (besar) yang melanda bangsa Arab, meranapkan arab, mana-mana yang terbunuh akan masuk neraka, masa itu lisan lebih tajam dari pedang.”

( HR Ahmad, Abu Daud dan at-Termidzi . Status: Abu Daud diam tiada komen , tanda ianya diterima , Termizi mendhaifkan , juga gurunya al-Bukhari , al-Albani mendhaifkan , sahih menurut Ahmad Syakir. ( المحدث: أحمد شاكر – المصدر: مسند أحمد – الصفحة أو الرقم: 11/170 خلاصة حكم المحدث: إسناده صحيح )


Syaikh Arifi ( Nihayah al-‘Alam ) mensahihkan hadith ini dan dia mensyarahkan :

Fitnah yang meranapkan bangsa Arab bermaksud, fitnah itu melanda seluruh dunia Arab dan membawa kecelakaan yang besar kepada rantau Arab . Ia pernah berlaku ketika serangan Monggol , ketika penjajahan British , Perancis , Itali dan salibi .

Ia berlaku ketika jatuhnya Empayar Othmaniah dan sekarang perang Syria , Iraq , Yemen dan campurtangan serangan Russsia di Syria dan penjajahan US di Iraq . Namun ia tidak membawa kemusnahan yang dimaksudkan hadith ini . Hadith ini membayangkan kemusnahan yang total.

Mereka yang terbunuh dalam fitnah Arab ini masuk neraka , maksudnya mereka berperang sesama sendiri bukanlah kerana agama melainkan kerana isu keduniaan dan kuasa politik semata-mata . Maka mereka yang terbunuh dalam perang fitnah dunia Arab akan masuk Neraka .

Maksud lisan lebih tajam dari mata pedang ialah propaganda dan media amat kuat dan mempengaruhi manusia lain sehingga kebenaran dan isu sengketa menjadi kabur dan tidak tahu siapa yang benar dan salah.

Komen dan Soalan