Utama Bilik (123) Tafsir, Tadabbur dan Tazakkur Kelas 3 – Surah Adh-Dhuha

Kelas 3 – Surah Adh-Dhuha

1032
0
Iklan

Bismillah
Pertamanya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah, Alhamdulillahi Robbil A’lamin

Pujian pertama: Atas nikmat Islam kita (rujuk 3:85)
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. Surah Ali ‘Imran (3:85)
Setidaknya dari ayat ini, kita bersyukur kerana selangkah telah selamat untuk berada di akhirat nanti kerana kita telah berada dalam nikmat Islam (samada baru atau sejak lahir).

Pujian kedua: Nikmat Iman yang Allah kurniakan kepada kita
Sila rujuk 14:7
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.
Surah Ibrahim (14:7)

Untuk difikirkan bersama
1. Allah firman: Jika syukur..maka BERTAMBAH
2. Tetapi kenapa lawan kufur bagi ayat ini BUKAN berkurang?
Tanpa sedar sebenarnya ayat itu juga menerangkan perihal iman kita kepada Allah swt.
Iman..sifatnya bertambah apabila seseorang itu bersyukur (dengan mengakui rukun-rukun iman dan melakukan perintah Allah).

TAPI: sekali seorang hamba itu “kufur” (derhaka / ingkar ~ menurut fahaman Ibn Abbas). Maka ia terkeluar dari iman.
Maka sebab itu, Allah terus mengisyaratkan kepada kita “dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
Semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmat iman (agar sentiasa bertambah) DAN jangan sekali kufur dengan nikmat iman ini kerana azab Allah amat pedih.

Syukur seterusnya: Atas nikmat Sihat / Masa Lapang
Kita sentiasa dengar hadis “rebut 5 sebelum 5”

Hidup – mati
Muda – tua
Kaya – miskin
Lapang – sempit
Sihat – sakit

Akan tetapi dalam hadis yang lain, lebih khusus Nabi saw beritahu (mafhum):
“2 nikmat yang biasa manusia terlupa ialah Kesihatan dan Masa Lapang”
Hati-hati dengan nikmat kesihatan. Nampak biasa, tapi Firaun menjadi semakin bongkak kerana antaranya memperoleh nikmat kesihatan yang lebih hebat dari manusia biasa.

Surah Adh-Dhuha
Info Surah:
1. Surah yang ke 93
2. Mempunyai 11 ayat
3. 40 kalimat
4. 102 huruf
5. Kronologi penurunan ialah surah yang ke-11

Sedikit perbincangan mengenai Makkiyyah / Madaniyyah.
1. Ada mufassir (ahli Quran bidang tafsir) yg kategorikan ikut tempat (samada Makkah / Madinah)
2. Ada juga mufassir (ahli Quran bidang tafsir) yg kategorikan ikut masa, iaitu sebelum Hijrah Nabi saw dan selepas Hijrah Nabi saw.

Sebab dinamakan surah:
Diambil dari ayat pertama iaitu Demi Waktu Dhuha
Beberapa kaitan surah ini (Dhuha) dengan surah yang sebelumnya (Al-Lail):
1. Saling melengkapi satu sama lain dengan waktu Malam (Lail) dan Siang (Dhuha)
2. Setelah Allah “berkata-kata” kepada orang Kafir di surah Al Lail, surah ini Allah berkata-kata kepada Nabi Muhammad saw pula
3. Kedua-dua surah ini tentang petunjuk, iaitu pentunjuk yang kita harapkan hanya dari Allah. Oleh itu juga, hak memberi petunjuk dari Allah (إِنَّ عَلَينا لَلهُدىٰ).

Sebab penurunan Surah Adh-Dhuha:
Nabi s.a.w rasa tidak sihat, sehingga tidak boleh melaksanakan Qiyam selama satu atau dua malam. Lalu datanglah seorang wanita kepada Nabi saw dan berkata, “ Wahai Muhamamd! Aku melihat syaitanmu ( yang dimaksudkan syaitan oleh wanita tersebut ialah malikat Jibril ) telah meninggalkanmu”. (sahih Bukhari dan Muslim)
Sesetengah kitab tafsir terkemudian menerangkan wanita tersebut bernama: Ummu Jamil..iaitu Isteri kpd Abu Lahab

Setelah wanita itu mengungkap kata-kata: “Syaitanmu (wahai Muhammad) telah meninggalkan mu..”
Maka turunlah surah ini.
Masa yg singkat ini, kita ambil dulu “Muqaddimah” ini sebagai beberapa pengajaran @ ibrah:
1. Surah ini antara Surah yang awal diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw.
2. Rasul saw jadi tidak sihat hingga tidak larat bangun Qiyam (kita anggap ia demam yang agak kuat) SEBAB wahyu tidak turun beberapa hari.
(Sangat beza dengan kita – TAK BACA Quran pun boleh muka selamba)
3. Al Quran (syifa) atau vitamin dalam menjalani ibadah harian yang lain.

Kita telah membicarakan tentang info Surah Adh Dhuha, namun apa yang kita dapati (seperti bilangan kalimat dan huruf) semua itu adalah usaha dan kiraan ulama Tafsir, kita hanya berkongsi semula.
Kenapa? Sebab kecintaan mereka kepada kitab Allah swt. Oleh itu kita harapkan selain kita berkongsi sama ayat Allah ini, maka tersemat juga cinta kita terhadap Al Quran.
Saya ambil dahulu konsep kita dalam ini, iaitu “Tafsir , Tadabbur dan Tazakkur”.
Mungkin biasa kita dengar tafsir, tapi jarang dengar tadabbur dan tazakkur
Terlebih dahulu, rujuk (38:29)

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Surah Sad (38:29)

Ada kalimah:
1. Liyaddabbaru: untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya
2. Liyatazakkara: untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar

Jadi sedikit demi sedikit kita belajar, tidak mengapa. Yang penting ialah kita MAMPU untuk meneliti dan mengambil iktibar.

Perkongsian dapatan saya sepanjang mengajar Tafsir:
86 Surah: Makkiyyah
28 Surah: Madaniyyah
Bermakna, walaupun tahu banyak tentang Al Quran tetapi tidak beriman, tidak berguna juga. Sirah menunjukkan Islam lebih “hidup” di Madinah (walaupun 28 surah sahaja).
Kisah sebalik penurunan ayat:
1. Ada tempoh beberapa lama yang Nabi tidak mendapat wahyu. Dalam berbelas hari juga (tapi berapa lama tidak ada kepastian).
2. Musyrikin Mekah, apabila mengetahui perkara ini, mereka mula mengejek Nabi dengan mengatakan bahawa Tuhan Muhammad telah meninggalkannya dan tidak suka kepada baginda

Maka turun ayat:
1. Demi waktu dhuha
2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi
3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
sekaligus ia adalah jawapan terhadap tuduhan orang musyrik tadi.
Dalam makna lain.. ” Allah tidak meninggalkan mu wahai Muhammad”

Kenapa Allah berhentikan wahyu seketika:
1. Allahu A’lam (Allah sahaja yg mengetahui yang paling tepat hikmahnya)
2. Mungkin untuk memberikan kerehatan kepada Rasul saw.
Rujuk surah (73:5)

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat
إSurah Al-Muzzammil (73:5)
3. Mungkin untuk menguatkan jiwa Rasul dan orang-orang beriman ketika itu
Rujuk surah (25:32)

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً ۚ كَذَٰلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ ۖ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا
Dan orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?” Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu.
Surah Al-Furqan (25:32)
Wallahu a’lamu wa antum la ta’lamun dan Allah lebih tahu dan kalian tidak mengetahui.

Ayat Pertama:
1. Demi waktu Dhuha:
Dari Ibn Abbas (waktu Matahari naik sepenggalahan), ia bermaksud keseluruhan waktu siang
Allah sahaja yang boleh bersumpah dengan makhluknya.

Kalau kita teliti (tadabbur) kalimah sumpahan Allah, kita akan dapat lihat sumpahan antaranya ialah:
1. Makhluk yang ganjil (Matahari / Bulan)
2. Ia ciptaan yang hebat (Langit / Bintang)
3. Perkara yang dekat dengan manusia
– Keadaan: waktu fajar / dhuha
– Benda: Tin dan Zaitun
4. Perkara yang penting (Masa)

Yang kita boleh dapati, kalimah sumpah itu untuk kembali membesarkan Allah sebagai Tuhan (PENCIPTA) semua itu.
Kesimpulannya:
1. Semoga kita dapat ilmu berkenaan penurunan surah ini dan lebih menghayati mendengar bukaan surah Dhuha selepas ini.
2. Hanya Allah yang layak bersumpah dengan makhluknya.
3. Waktu Dhuha adalah perkara penting sehingga menjadi sumpahan Allah dalam pembukaan surah ini.

Wallahu’alam

Komen dan Soalan