Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Gencatan Senjata di Hudaibiyah

Gencatan Senjata di Hudaibiyah

815
0
Iklan

Gencatan Senjata Hudaibiyah

Kita berada di episod dan peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah atau lebih tepatnya Gencatan Senjata di Hudaibiyyah

Zulkaedah tahun 6 Hijriyyah

Perintah Allah SWT untuk mengerjakan umrah setelah selama 5 musim haji Masjidil Haram tidak didatangi Rasulallah SAW kali ini, Allah SWT memerintahkan untuk baginda SAW bersama para sahabatnya di kalangan Ahli Badar bergerak ke Mekah.

Jika dilihat dari lojiknya seolah-olah perintah ini tidak logic, baru sahaja 10 bulan lepas orang Islam berperang dengan sekumpulan Kafir yang di ketuai oleh Kafir Quraish Mekah, dalam keadaan bermusuhan dan Kaabah dikawal oleh orang kafir, mereka telah bergerak ke Mekah.

Laluan yang digunakan juga, telah menzahirkan niat bahawa orang Islam datang bukan untuk berperang, laluan di Hudaibiyah adalah laluan terbuka yang memang terdedah kepada serangan. Rasulallah SAW memilih laluan ini untuk memberi isyarat kepada Kafir Quraish yang sangat arif tentang laluan di Mekah.

Penulis Rahimahullah ada menyebut akan rancangan Khalid Al Walid untuk membunuh umat Islam ketika mereka sedang solat, ini adalah kerana umat Islam tidak berselindung dan duduk di kawasan terbuka.

Bahkan mereka memakai ihram di Zul Hulaifah dan Rasulallah SAW membawa isteri baginda Umm Salamah RA.

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah dalam sirah Nabawiyah adalah tempoh gencatan senjata selama 10 tahun yang dipersetujui oleh Quraish memberi dimensi baru dalam hal kemudahan laluan dakwah di sekitar jazirah Arab walau dari segi zahirnya ianya nampak seperti berat sebelah sehingga Umar RA dan ramai sahabat-sahabat yang memprotes.

Ianya di rakam oleh Al Bukhari dalam sahihnya dalam peristi wa keengganan sahabat untuk melakukan tahalul (menghalalkan diri dari ihram).

“Telah bercerita kepadaku ‘Abdullah bin Muhammad, telah bercerita kepada kami ‘Abdur Rozzaq, telah mengkhabarkan kepada kami Ma’mar berkata telah bercerita kepadaku Az Zuhriy berkata telah bercerita kepadaku ‘Urwah bin Az Zubair, dari Al Miswar bin Makhramah, dan Marwan, di mana setiap perawi saling membenarkan perkataan perawi lainnya, keduanya berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada waktu PHudaibiyah hingga ketika mereka berada di tengah perjalanan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Sesungguhnya Khalid bin Al Walid sedang berada di wilayah al-Ghomim mengawasi pasukan berkuda Quraisy yang ada di bahagian depan pasukan, kerana itu ambillah jalan sebelan kanan (jalan yang menuju pasukan Khalid) “”.
Demi Allah, Khalid tidak menyadari dengan keberadaan mereka (Quraisy) hingga ketika mereka berada di markas pasukan, Khalid bergegas berlari menakut-nakuti Quraisy. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan hingga ketika sampai di bukit yang menjadikan mereka berjalan menurun, unta Beliau berhenti dan menderum. Maka orang-orang berkata: “”Bangun, bangun ayuh jalan””. Namun unta itu tetap menderum. Lalu mereka berkata: “”Unta al-Qushwa’ mogok, unta al-Qushwa’ mogok””. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”al-Qushwa’ tidaklah mogok kerana bukan tabi’atnya tapi dia ditahan oleh Yang Menahan pasukan gajah””.

Lalu Beliau bersabda: “”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, mereka tidaklah meminta kepadaku satu langkah perbuatan yang membuat mereka mengagungkan kehormatan-kehormatan Allah melainkan aku pasti akan memenuhinya””. Lalu Beliau menghentaknya maka unta itu bangkit. Perawi berkata: Maka Beliau meninggalkan mereka (berjalan lebih dahulu) hingga singgah di ujung Hudaibiyah di tepi sumur yang airnya sedikit di mana orang-orang sedang mengerumuninya. Tidak lama orang-orang mengerumuninya maka airnya habis lalu mereka melaporkan rasa haus kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Maka Beliau mencabut anak panah dari sarungnya lalu memerintahkan mereka agar menancapkannya disana. Maka demi Allah, setelah itu sumur itu selalu saja mengalirkan airnya yang segar untuk mereka sampai mereka meminum darinya. Ketika mereka sedang dalam keadaan tersebut tiba-tiba datang Budail bin Warqo’ Al Khuza’iy beserta serombongan orang dari kaumnya yaitu suku Khuza’ah. Dahulu mereka adalah orang-orang kepercayaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari penduduk Tihamah. Ia berkata: “”Sesungguhnya aku biarkan Ka’ab bin Lu’ay dan ‘Amir bin Lu’ay singgah mengambil air di tanah Hudaibiyah. Bersama mereka ada beberapa ekor unta yang baru melahirkan yang masih menyusukan anaknya dan menjadi induk yang ditemani anak-anaknya. Mereka akan memerangi dan menghalangi Tuan dari Baitulloh. Maka Beliau bersabda: “”Sesungguhnya kami datang bukan untuk memerangi seorang pun, akan tetapi kedatangan kami untuk melaksanakan ‘ibadah ‘umrah. Dan sesungguhnya orang-orang Quraisy telah dilemahkan kekuatannya dan menderita kerugian akibat perang. Jika mereka mau aku akan memberikan tempoh kepada mereka untuk bebas berlalu tanpa terhalang apapun antara aku dan manusia. Seandainya aku menang, kalau mahu mereka boleh masuk (Islam), agama yang telah dipeluk oleh orang banyak. Kalau tidak mau, mereka boleh beristirehat dari kelelahan berperang. Namun jika mereka enggan (dari tawaran ini), maka demi Dzat Yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku sungguh akan memerangi mereka atas nama agama ini hingga siapa yang akan menang lebih dahulu dan sungguh Allah akan merealisasikan urusan-Nya””.

Maka Budail berkata: “”Aku akan sampaikan kepada mereka apa yang Anda katakan tadi””. Perawi berkata; Maka iapun pergi menjumpai kaum Quraisy lalu berkata: “”Sesungguhnya kami datang kepadamu setelah menemui laki-laki ini di mana kami mendengar apa yang telah dikatakannya. Jika kalian mahu untuk kami paparkan perkataannya itu maka akan kami lakukan””. Orang-orang yang bodoh dari mereka mengatakan: “”Kami tidak perlu khabar apapun tentangnya dari kamu””. Dan orang yang bijak dari mereka berkata: “”Sampaikan apa yang kamu dengar darinya””.

Dia (Budail) berkata: “”Aku mendengar dia berkata begini begini, lalu dia menyampaikan kepada mereka apa yag dikatakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka ‘Urwah bin Mas’ud berdiri seraya berkata: “”Wahai kaum, bukankah kalian ini para orang tua?”” Mereka menjawab: “”Ya benar””. Dia berkata lagi: “”Atau bukankah aku ini adalah seorang anak (dari kalian)? ‘ Mereka menjawab: “”Ya benar””. Lalu dia bertanya lagi: “”Apakah kalian mencurigai aku?”” Mereka menjawab: “”Tidak””. Dia berkata lagi: “”Bukankah kalian mengetahui bahwa aku pernah meminta bantuan kepada orang-orang Ukazh lalu ketika enggan, aku datang menemui kalian dengan membawa keluargaku, anak-anakku dan orang-orang yang taat kepadaku?”” Mereka menjawab: “”Ya benar””. Dia berkata: “”Sungguh orang ini telah menawarkan kepada kalian satu penawaran yang bijak maka terimalah dan biarkanlah aku untuk menemuinya””. Mereka berkata: “”Temuilah dia””.

Maka dia menemui Beliau lalu dia berbicara dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata seperti yang beliau katakan kepada Budail. Lalu saat itu ‘Urwah berkata: “”Wahai Muhammad, apa pendapatmu jika kamu menghabisi urusan kaummu, apakah kamu pernah mendengar ada orang dari kalangan bangsa ‘Arab yang pernah melakukannya sebelummu? Kalau ada yang lain, demi Allah, sesungguhnya aku melihat beberapa tokoh, dan juga beberapa kelompok orang di belakang yang akan menghindar darimu dan meninggalkanmu””. Maka Abu Bakar berkata kepadanya: “”Tutup mulutmu!. Apakah kami akan menghindar dan meninggalkannya?”” Ia bertanya: “”Siapa orang ini?”” Para sahabat menjawab: “”Dia Abu Bakar””. Abu Bakar berkata: “”Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya tidak ada jasa yang pernah kamu lakukan terhadapku dan belum aku balas tentu aku akan menjawabmu””.

Perawi berkata; ‘Lalu ‘Urwah kembali berbicara dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan setiap kali berbicara dia memegang janggut beliau sementara Al Mughirah bin Syu’bah berdiri dekat kepala Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan dia memegang pedang serta mengenakan baju besi. Dan setiap kali ‘Urwah memegang janggut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan tangannya, Al Mughirah memukul tangannya dengan bahagian bawah sarung pedang seraya berkata: “”Nyahkan tanganmu dari janggut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam””. Maka; ‘Urwah mengangkat kepalanya seraya berkata: ‘Siapakah orang ini?”” Para sahabat menjawab: “”Dia adalah Al Mughirah bin Syu’bah””. ‘Urwah lantas berkata: “”Hai pengkhianat, bukankah aku telah menjadi susah payah akibat pengkhianatanmu?”” Dahulu Al Mughirah di masa jahiliyah pernah menemani suatu kaum lalu dia membunuh dan mengambil harta mereka. Kemudian dia datang dan masuk Islam. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata saat itu: “”Adapun keIslaman maka aku terima. Sedangkan mengenai harta, aku tidak ada sangkut pautnya sedikitpun””. Kemudian ‘Urwah melayangkan pandangan kedua matanya kepada para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Perawi berkata: “”Demi Allah, tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila membuang dahak lalu dahak Beliau tepat jatuh di telapak tangan salah seorang dari sahabat melainkan orang itu menggosokkannya pada wajah dan kulitnya. Dan bila Beliau menyuruh mereka, merekapun segera begegas melaksanakan perintah Beliau. Dan apabila Beliau hendak berwudhu’, selalu mereka hampir berkelahi karena berebut untuk menyiapkan air untuk wudhu’ Beliau. Bila Beliau berbicara, mereka merendahkan suara mereka di hadapan Beliau dan mereka tidaklah menajamkan pandangan kepada Beliau sebagai pengagungan mereka terhadap Beliau.

Maka ‘Urwah pun kembali kepada sahabat-sahabatnya lalu berkata: “”Wahai kaum, demi Allah, sungguh aku pernah menjadi utusan yang diutus menghadap raja-raja, juga Qaisar (raja Romawi) dan Kisra (raja Parsia) juga kepada raja an-Najasiy. Demi Allah, tidak pernah aku melihat seorang rajapun yang begitu diagungkan seperti para sahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengagungkan Muhammad. Sungguh tidaklah dia berdahak lalu mengenai telapak seorang dari mereka kecuali dia akan membasuhkan dahak itu ke wajah dan kulitnya dan jika dia memerintahkan mereka maka mereka segera berebut melaksnakannya dan apabila dia berwudhu’ hampir-hampir mereka berkelahi kerana merebutkan sisa air wudhu’nya itu dan jika dia berbicara maka mereka merendahkan suara mereka (mendengarkan dengan saksama) dan tidaklah mereka mengarahkan pandangan kepadanya kerana sangat menghormatinya. Sungguh dia telah menawarkan kepada kalian satu tawaran yang membawa kepada kebaikan, maka terimalah””. Lalu seorang dari Bani Kinanah berkata: “”Biarkan aku yang akan menemuinya””. Mereka berkata: “”Temuilah””.

Ketika orang itu telah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat Beliau, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Ini si fulan. Dia berasal dari kaum yang mengagungkan unta, karena itu kirimkan unta kepadanya””. Maka dikirimlah unta kepadanya. Dan orang-orang kemudian menyambutnya seraya mengucapkan talbiyah. Ketika orang itu melihat hal ini maka dia berkata: “”Maha suci Allah. Tidak sepatutnya orang-orang ini dihalangi untuk mendatangi Baitullah””. Setelah dia kembali kepada teman-temannya dia berkata: “”Aku melihat unta-unta telah dikalungi dan diberi tanda, maka aku berpendapat tidak sepatutnya mereka dihalangi dari Baitullah””. Tiba-tiba berdiri seorang laki-laki dari mereka yang biasa dipanggil dengan Mikraz bin Hafsh seraya berkata: “”Biarkan aku untuk menemuinya””. Lalu mereka berkata: “”Temuilah””. Ketika orang itu telah mendatangi mereka, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Inilah Mikraz, dia adalah seorang yang durjana””. Maka Mikraz mulai berbicara dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

Ketika dia sedang berbicara dengan Beliau, tiba-tiba Suhail bin ‘Amru datang. Ma’mar berkata; Maka telah bercerita kapadaku Ayyub, dari ‘Ikrimah, bahawa dia mengkhabarkan: Ketika Suhail bin ‘Amru datang, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Sungguh urusan kalian telah menjadi mudah””. Ma’mar berkata; Az Zuhriy berkata dalam periwayatan hadits ini: “”Maka Suhail bin ‘Amru datang seraya berkata: “”Bawa ke mari (kertas) dan buatlah surat perjanjian antara kami dan kalian””. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil seorang penulis lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”(Tulislah) bismillahir rahmaanir rahim””. Maka Suhail berkata: “”Tentang sebutan ar-Rahman, demi Allah, aku tidak mengenalnya. Tetapi tulislah Bismika Allahumma (Dengan namu-Mu ya Allah) sebagaimana sebelumnya kamu biasa menuliskannya””. Maka kaum Muslimun berkata: “”Demi Allah, janganlah ditulis melainkan bismillahir rahmaanir rahim””. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Tulislah; “”Bismika Allahumma””. Kemudian Beliau berkata: “”Ini adalah perjanjian yang ditetapkan oleh Muhammad Rasulullah””. Seketika itu juga Suhail berkata: “”Demi Allah, seandainya kami mengetahui bahwa kamu utusan Allah, tentu kami tidak akan menghalangi kamu dari Baitulloh dan tidaklah kami memerangimu. Akan tetapi tulislah: “”Muhammad bin ‘Abdullah””.
Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata; “”Demi Allah, sungguh aku ini adalah memang benar Utusan Allah sekalipun kalian mendustakan aku. Tulislah: Muhammad bin ‘Abdullah””. Az Zuhriy berkata: “”Hal ini berkenaan dengan sabda Beliau: “”Tidaklah mereka meminta kepadaku satu permintaan di mana di dalamnya mereka mengagungkan kehormatan-kehormatan Allah melainkan pasti aku akan berikan kepada mereka””. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya: “”Dengan syarat kalian memberi kebebasan kami mendatangi Baitullah untuk melaksanakan tawaf disana””. Suhail berkata: “”Demi Allah, jangan sampai bangsa ‘Arab bercerita bahawa kami direbut secara paksa. Namun kesempatan itu kami akan berikan untuk tahun depan. Dan syarat berikutnya, bahawa tidak seorangpun yang datang kepadamu dari pihak kami sekalipun dia sudah mengikuti agamamu, melainkan kamu harus mengembalikannya kepada kami””. Lalu Kaum Muslimin berkata: “”Subhaanallah, bagaimana mungkin dia dikembalikan kepada orang-orang musyrik padahal dia datang sebagai seorang muslim?””

Ketika mereka sedang dalam keadaan bertegang urat itu, tiba-tiba datang Abu Jandal bin Suhail bin ‘Amru dalam keadaan terikat yang lari dari dataran rendah kota Makkah hingga boleh bergabung di tengah-tengah Kaum Muslimin. Maka Suhail berkata: “”Wahai Muhammad, inilah orang pertama yang kamu harus serahkan kepadaku sesuai kesepakatan kamu””. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Sungguh kita belum lagi menetapkan kesepakatan””. Suhail berkata: “”Demi Allah, kalau begitu aku tidak akan membuat perjanjian damai apapun kepadamu untuk selamanya””. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “”Berikanlah dia kepadaku sebagai pengecualian””. Suhail berkata: “”Aku tidak akan pernah memberikannya kepadamu””. Beliau kembali berkata: “”Jangan begitu, berikanlah kepadaku””. Suhail berkata: “”Aku tidak akan melakukannya””. Mikraz berkata: “”Bahkan kami telah memberikannya (kemudahan) kepadamu””. Abu Jandal berkata: “”Wahai sekalian Muslimin, apakah aku akan dikembalikan kepada orang-orang musyrik padahal aku datang sebagai seorang Muslim? Tidakkah kalian melihat apa yang sudah aku alami?”” Memang Abu Jandal telah disiksa dengan siksaan yang sangat kejam kerana memilih jalan Allah.

Perawi berkata; Maka ‘Umar bin Al Khaththab radliallahu ‘anhu berkata: ‘Maka aku menemui Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu aku bertanya: “”Bukankah Anda ini benar-benar Nabi Allah?”” Beliau menjawab: “”Ya benar””. Aku katakan: “”Bukankah kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh-musuh kita di atas kebatilan””. Beliau menjawab: “”Ya benar””. Aku katakan: “”Lalu kenapa kita terima penghinaan ini kepada agama kita?”” Beliau berkata: “”Sungguh aku ini adalah Utusan Allah dan aku tidak mendurhakai-Nya dan Dialah Penolongku””. Aku katakan: “”Bukankah Anda pernah mengatakan bahwa kita pasti akan mendatangi Baitullah lalu kita tawaf disana?”” Beliau berkata: “”Benar. Tapi apakah aku mengatakannya kepadamu bahawa kita akan mendatanginya tahun ini?”” ‘Umar berkata: Aku jawab: “”Memang tidak””. Beliau berkata lagi: “”Sungguh kamu pasti akan mendatanginya dan tawaf disana””. ‘Umar berkata: “”Maka kemudian aku menemui Abu Bakar lalu aku katakan: “”Wahai Abu Bakar, bukankah Beliau itu benar-benar Nabi Allah?”” Abu Bakar menjawab: “”Ya benar””. Aku katakan: “”Bukankah kita berada di atas kebenaran sedangkan musuh-musuh kita di atas kebatilan””. Dia menjawab: “”Ya benar””. Aku katakan lagi: “”Lalu kenapa kita terima kehinaan ini kepada agama kita?”” Abu Bakar berkata: “”Wahai pejuang, sungguh Beliau itu adalah Utusan Allah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Beliau tidak akan durhaka kepada Robb-Nya dan Dialah Penolongnya. Maka itu berpeganglah pada perintah Beliau dan jangan menyelisihinya. Demi Allah, sungguh Beliau berada di atas kebenaran””. Aku katakan: “”Bukankah Beliau pernah mengatakan bahwa kita pasti akan mendatangi Baitulloh lalu kita tawaf disana?”” Abu Bakar menjawab: “”Benar. Tapi apakah Beliau mengatakannya bahawa kita akan mendatanginya tahun ini?”” Aku jawab: “”Tidak””. Abu Bakar berkata: “”Sungguh kamu pasti akan mendatanginya dan melaksanakan tawaf di sana””. Az Zuhriy berkata; ‘Umar berkata: “”Kerana tindakanku itu maka aku melakukan beberapa amal kebajikan (sebagai penebus atas ucapan yang tidak patut) “”.

Setelah selesai dari membuat perjanjian, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada para sahabat Beliau: “”Bangun dan sembelihlah haiwan qurban kalian lalu cukurlah kepala kalian””. Perawi berkata: “”Demi Allah, tidak ada satupun orang yang beranjak berdiri (untuk melaksanakan perintah Beliau) hingga Beliau memerintahkannya sampai tiga kali. Ketika tidak ada seorangpun dari mereka yang berdiri, untuk melaksanakan perintah Beliau, akhirnya Beliau masuk menemui Ummu Salamah lalu menceritakan kejadian yang Beliau dapatkan di kalangan Kaum Muslimin. Maka Ummu Salamah berkata: “”Wahai Nabi Allah, apakah Tuan suka agar mereka melakukannya? Keluarlah lalu janganlah Tuan berbicara sepatah katapun dengan siapapun dari mereka hingga Tuan menyembelih unta qurban Tuan lalu Tuan panggil tukang cukur Tuan untuk mencukur rambut Tuan””.

Maka Beliau keluar dan tidak berbicara dengan seorangpun dari mereka hingga Beliau menyembelih unta qurban Beliau lalu memanggil tukang cukur Beliau untuk bercukur”.

Wallahu’alam.

Komen dan Soalan