Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 05.02.01 BAB AYAT TERAKHIR TURUN BHG. 01

05.02.01 BAB AYAT TERAKHIR TURUN BHG. 01

178
0
Iklan

Panel: BroSyarief
#060616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.02.01 Bab Ayat Terakhir Turun (آخر ما نزل) Bhg. 01

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Mengenai ayat yang terakhir turun, Ust Manna Qattan telah menyenaraikan 9 pandangan:

1. Dikatakan bahawa ayat terakhir turun adalah ayat Riba. Ianya berdasarkan riwayat dari Ibn ‘Abbas yang menyebutkan:

آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم آيَةُ الرِّبَا‏.‏

“Ayat yang terakhir turun kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, ialah ayat tentang Riba”

[HR al-Bukhari]

Ayat yang dimaksud ialah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kalian kepada Allah dan tinggalkanlah apa yang tersisa dalam riba”

[al-Baqarah(2):278]

2. Dikatakan pula bahawa yang terakhir turun adalah ayat ini,

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ

“Dan takutlah kalian akan hari di mana kalian akan dikembalikan, pada hari tersebut, kepada Allah”

[al-Baqarah(2):281]

Pendapat ini disandarkan kepada kepada riwayat dari Ibn ‘Abbas & Sa’id ibn Jubayr,

آخِرُ شَيْءٍ نَزَلَ مِنَ الْقُرْآنِ: (وَاتَّقُوا يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ) الْآيَةَ

[HR an-Nasaei]

3. Pendapat seterusnya menyebutkan bahawa ayat yang terakhir turun adalah ayat Hutang.

Ia berdasarkan riwayat dari Sa’id ibn al-Musayyib yang menyebutkan

أَنَّهُ بَلَّغَهُ أَنَّ أَحْدَثَ الْقُرْآنِ عَهْدًا بِالْعَرْشِ آيَةُ الدَّيْنِ

Sungguh, telah sampai makluman kepadanya bahawa ayat al-Quran yang paling baru di ‘Arasy (yakni: yang terakhir turun ke bumi) adalah ayat berkaitan hutang.

[al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran]

Ayat yang dimaksudkan ialah,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمّىً فَاكْتُبُوهُ

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian terlibat dalam suatu urusan hutang untuk tempoh waktu yang ditetapkan, maka tulislah ia.

[al-Baqarah(2):282]

Mengenai tiga pendapat di atas (yang kelihatan bertentangan antara satu sama lain), apabila dikumpulkan ketiga-tiga riwayat, didapati bahawa ayat-ayat ini (dari ayat 278-282) turun serentak kesemuanya sekaligus sebagaimana ia dilihat tersusun di dalam mushaf, kerana semuanya turun pada satu kisah yang sama.

Disebabkan itu setiap periwayat menyebutkan pada ayat yang diriwayatkan masing-masing bahawa ianya yang terakhir turun, dan ianya sahih, serta tidak berlaku pertentangan di antara ketiga-tiga pendapat di atas.

(Bersambung..)

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan