Utama Bilik Seminar Mingguan S17-19: Isu Taqlid Dan Kenyataan Kontroversi Syed Qutub

S17-19: Isu Taqlid Dan Kenyataan Kontroversi Syed Qutub

275
0
Iklan

WACANA ISLAM WARISAN VS ISLAM ANUTAN

Soalan 17:
🔴 Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat yang umumnya menganuti Islam warisan untuk memurnikan keislaman mereka?

Jawab Sheikh THTL al-Jazani:
Masyarakat kena menolak taqlid buta kepada aliran ittiba’ sunnah. Meninggalkan Islam tradisional kepada Islam sunnah atau Islam anutan yang berasaskan dalil dan hujah.

Tidak ada cara lain, dalil:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Dari Abu Hurairah ra, yang mana aku mengetahuinya dari Rasulullah saw, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
HR Abu daud, sahih, Sahih Al-Jaami’ no. 1874, dan Takhrij Al-Misykaah no. 238.

Soalan 18:
🔴 Syed Qutub (SQ) mendakwa kita hidup dalam masyarakat ex-muslim. Adakah dakwaan ini wajar?
Soalan ni menurut tanggapan saya:
“Syed Qutb (SQ, setiausaha agung Ikhwan), mendakwa kita hidup dalam masyarakat bukan Islam atau jahiliyah. ” adakah dakwaan itu wajar?

Jawab Sheikh THTL al-Jazani:
Kerana kata-kata inilah, Syed Qutb digantung oleh kerajaan Gamal Nasser. Adik beliau juga berpendapat demikian, masyarakat jahiliyah ini ada dalam kitabnya yang terakhir, Ma’alim fii tariq. Kenyataan itu tidak wajar kerana ia mencetuskan pulak fenomena takfir atau mengkafirkan negara umat Islam.

🔴S: Assalammualaikum ustaz, mengenai perkataan Sayyid Qutub iaitu kita hidup dalam masyarakat bukan islam adakah perkataan itu mrnunjukkan beliau mengkafirkan orang islam atau sebenarnya perkataanya hanya secara majazi yang memerlukan takwilan?

Sheikh THTL al-Jazani:
Majazi, sebab SQ ni graduate BA Literature…bahasa arabnya amat fasih.

Soalan 19:
🔴 Adakah Islam warisan disebabkan oleh masyarakat yang tidak pentingkan atau tak didedahkan tentang pengertian Islam sejak dari kecil? Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah kurang pengertian tentang Islam dalam masyarakat?

Jawab Sheikh THTL al-Jazani:
Ada dua sebab masyarakat kurang ilmu:

Pertama: Intipati ajaran Islam warisan ialah taqlid, ditutup pintu ilmu kepada orang awam. Mewajibkan taqlid kepada satu mazhab telah menular sejak abad ke 4 hijrah, ini membunuh semangat ingin belajar dalam tradisi fiqh dalil di kalangan masyarakat.

Kedua: Kedatangan penjajah yang kelam telah menukar sistem pendidikan perdana kepada aliran sekuler, keutamaan bahasa Inggeris dan hanya menumpukan kepada material.

Dua sebab ini menyebabkan proses Islamisasi dan Tajdid menjadi terbantut. kemudian proses Tajdid ini dicop sebagai wahabi.

Cara terbaik mengatasi budaya kurang ilmu ialah meningkatkan sebaran ilmu fiqh islah/fiqh sunnah dengan apa jua cara yang terdaya dari majlis ilmu kepada media sosial, termasuk UiTO. Jika generasi lama menolak, kita harapkan anak-anak mereka di IPT akan menyambutnya.

Komen dan Soalan