Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 162: Sifat Muslim Yang Memelihara Sunnah Nabi

Hadis 162: Sifat Muslim Yang Memelihara Sunnah Nabi

380
0
Iklan

Panel: Cikgu Rahim

«162» السابع: عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((إنَّ مَثَلَ مَا بَعَثَنِي الله بِهِ مِنَ الهُدَى والعِلْم كَمَثَلِ غَيثٍ أَصَابَ أرْضًا فَكَانَتْ مِنْهَا طَائِفةٌ طَيِّبَةٌ، قَبِلَتِ المَاءَ فَأَنْبَتَتِ الكَلأَ والعُشْبَ الكَثِيرَ، وَكَانَ مِنْهَا أَجَادِبُ أمسَكَتِ المَاء فَنَفَعَ اللهُ بِهَا النَّاسَ فَشَربُوا مِنْهَا وَسَقُوا وَزَرَعُوا، وَأَصَابَ طَائفةً مِنْهَا أخْرَى إنَّمَا هِيَ قيعَانٌ لا تُمْسِكُ مَاءً وَلا تُنْبِتُ كَلأً، فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ في دِينِ اللهِ وَنَفَعَهُ بمَا بَعَثَنِي الله بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ، وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
((فَقُهَ)) بضم القافِ عَلَى المشهور وقيل بكسرِها: أي صار فقيهًا.
قال القرطبي: هذا مثل ضربه النبي صلى الله عليه وسلم لما جاء به من الدين، وشبّه السامعين له بالأرض المختلفة.
فمنهم: العالم العامل المعلم، فهو بمنزلة الأرض الطيبة شربت فانتفعت في نفسها، وأنبتت فنفعت غيرها.
ومنهم: الجامع للعلم المستغرق لزمانه فيه، غير أنه لم يعمل بنوافله أو لم يتفقَّه فيما جمع، لكنه أدَّاه لغيره فهو بمنزلة الأرض التي يستقر فيها الماء فينتفع الناس به، وهو المشار إليه بقوله: ((نضَّر الله امرءًا سمع مقالتي، فأدَّاها كما سمعها)).
ومنهم: من يسمع العلم فلا يحفظه، ولا يعمل به، ولا ينقله لغيره، فهو بمنزلة الأرض السبخة، أو الملساء التي لا تقبل الماء، أو تفسده. انتهى مُلخَّصًا.
والحاصل أنَّ الناس في الدِّين ثلاثة أقسام:
– قوم عَلِموا وعَمِلوا، وهم عامة المؤمنين.
– وقوم علموا وعملوا وعلَّموا، وهم العلماء.
– وقوم لم يعملوا، وهم الكفار والفاسقون.

162. Ketujuh: Dari Abu Musa r.a. juga, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi. Di antara bumi itu ada bahagian yang baik, iaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, tetapi di antara bumi itu ada pula yang gersang, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang tertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, kerana mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan menanam. Ada pula hujan itu mengenai bahagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bahagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang yang pandai dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi. Maka orang itu pun mengetahuinya – mempelajarinya, kemudian mengajarkannya – yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau dapat menahan air, dan itu pulalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah, yang dengannya itu saya dirasulkan – ini contohnya bumi yang rata dan licin.” (Muttafaq ‘alaih)

Faquha, dengan dhammahnya qaf adalah menurut yang masyhur digunakan. Ada pula yang mengatakan dengan dikasrahkan berbunyi Faqiha),ertinya menjadi pandai atau ahli fiqih.

Komen dan Soalan