Panel: BroSyarief
Mohon doa semua agar Allah kurniakan kerajinan dan dijauhi dari kemalasan
alHamdu lilLah.. Sempat siap nota yang pertama untuk bab ini..
#210616 Bilik (09) Ulum al-Quran
06.01 Sebab Penurunan (اسباب النزول)
#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09
al-Quran turun untuk membimbing kemanusiaan ke arah objektif yang jelas, dan memimpin ke jalan yang lurus, serta meneguhkan mereka dengan asas-asas kehidupan yang didokong oleh keimanan kepada Allah dan risalahNya.
Majoriti ayat-ayat al-Quran turun kerana objektif asal ini yang bersifat umum, tetapi para sahabat turut menyaksikan berlakunya peristiwa-peristiwa tertentu yang menyebabkan ayat al-Quran turun, yang dikenali sebagai Asbab an-Nuzul (أسباب النزول) yang bermaksud ‘Sebab-sebab Penurunan (ayat/surah dari al-Quran)’.
Para pengkaji ilmu-ilmu al-Quran memberikan fokus istimewa tentang kajian Asbab an-Nuzul, sehinggakan sebahagian dari mereka membuat penulisan khas mengenainya, seperti ‘Ali ibn al-Madini, guru kepada Imam al-Bukhari, begitu juga al-Wahidi dengan kitabnya ‘Asbab an-Nuzul’, kemudian al-Ja’bari meringkaskan kitabnya dengan hanya memadamkan sanad-sanadnya.
Selepas itu, Ibn Hajar al-‘Asqalaaniy juga menulis sebuah kitab tentang Asbab an-Nuzul, lalu as-Suyuthiy menemui sebahagian dari tulisan asalnya dan dia menghadapi kesukaran menemui versi lengkap kitab tersebut, kemudian beliau sendiri menuliskan kitab berkaitan Asbab an-Nuzul.
Kata as-Suyuthi,
وَقَدْ أَلَّفْتُ فِيهِ كِتَابًا حَافِلًا مُوجَزًا مُحَرَّرًا لَمْ يُؤَلَّفْ مَثَلُهُ فِي هَذَا النَّوْعِ ، سَمَّيْتُهُ لُبَابُ النُّقُولِ فِي أَسْبَابِ النُّزُولِ
Aku telah tuliskan padanya (yakni: tentang Asbab an-Nuzul), sebuah kitab yang padat, ringkas dan tersendiri; yang mana tidak ditulis seumpamanya dalam bentuk ini; yang aku namakan ia ‘Lubab an-Nuqul fi Asbab an-Nuzul’.
[al-Itqan fi Ulum al-Quran]
walLaahu a’lam
Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
#BroSyariefShares
Soalan:
OK. Adakah surah-surah diturunkan sikit sikit..misal nya.. al-Baqarah sikit… pastu surah surah lain sikit?? Atau satu surah nuzul sampai tamat baru surah lain nuzul…?
BroSyarief:
Ada. Banyak. Contoh mudah adalah wahyu pertama surah al-‘Alaq hanya turun 5 ayat pertama sahaja dulu.
Cikgu Rahim:
Al-Maun, separuh makkiyah, separuh, madaniyah.
Ada yang turun sebahagian, ada yang turun satu surah lengkap.
Soalan:
Assalamualaikum boleh tak minta asbab nuzul surah al-Isra ayat 23-25
BroSyarief:
Maaf, saya tak tahu. Setakat sempat ‘scan’ pantas Tafsir Ibn Katsir, as-Sa’di dan al-Munir, tak menyebutkan Sebab Nuzul bagi ayat-ayat tersebut.
Kalau perhatikan betul-betul berdasarkan Nota 06.01.. Agak-agak semua ayat alQuran ada sebab nuzul ke tak? Atau bagaimana?
Soalan:
Tadi pagi kami exam jadi saya tak dapatpt jawap soalan surah al-Isra 23-25 sebab nuzul, hurm 😞..
Lebih kurang macam ni soalannya tadi.. berikan asbab nuzul surah al-Isra ayat 23-25?
Hm. Saya cuba cek setakat yang saya sempat, tak jumpa sebarang sebab nuzul bagi ayat tersebut. Kalau ada yang lain tahu, mungkin boleh kongsikan sumbernya.
Kak Fayyadh an-Nur:
Ayat 23-25 takde asbab nuzul tapi ayat lain ada
Mohon sesape yang lebih alim boleh berkongsi
BroSyarief:
Saya pun setakat ni berpandangan sedemikian, sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
Dan soalan saya masih belum terjawab. Huhu
Kalau perhatikan betul-betul berdasarkan Nota 06.01.. Agak-agak semua ayat al-Quran ada sebab nuzul ke tak? Atau bagaimana?
Abu Muslih:
Tak semua ada
BroSyarief:
Thanks. Yang lain?
Muhammad Hanis:
Mohon tunjuk ajar.
Tak semua ada sebab. Yang pasti, sebab al-Qur’ān (keseluruhan ayat) diturunkan ialah sebagai:
• Petunjuk (guide/manual book) bagi:
1. Orang-orang yang bertaqwa (2:2)
2. Semua manusia (2:185)
3. Boleh tambah lagi siapa rajin…
• Peringatan bagi orang-orang yang beriman yang menjadi ancaman bagi orang-orang yang ingkar (7:2; 2:6)
والله أعلم
BroSyarief:
Good. Poin yang baik.
Saya teringat semasa dua hari kursus Divine Speech bersama Ust Nouman Ali Khan, ada peserta bertanya, ‘Adakah semua ayat dalam alQuran ada sebab Nuzul?’.
Ust NAK jawab, ‘Tak!’.
Peserta tu tanya balik, ‘Jadi ada ayat alQuran turun tanpa sebab?’.
Ustaz tepuk kepala sebut, ‘Astaghfirulllah..!’
Seperti yang telah direspon oleh ramai di atas, tidak semua ayat alQuran ada sebab nuzul yang bersifat khusus. Ia akan lebih jelas dengan nota-nota seterusnya. Doakan saya diberi kesempatan siapkan satu dua nota sebelum 10 malam terakhir.