Utama Tazkirah Admin Waspada Dengan Tipu Daya Dunia

Waspada Dengan Tipu Daya Dunia

381
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 12 Muharram 1437H~ 

أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ * إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

“Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)?. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala” [Surah al-Qalam 14-15]

#Allah swt menggambarkan sikap hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur-unsur keberkatan, halal haram dan peraturan serta hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Mereka kerap kali menganggap perbincangan mengenai hukum halal haram dan keberkatan adalah kuno dan ketinggalan zaman.

#Ingatlah, ujian harta dan kekayaan mampu memusnahkan masa depan manusia di akhirat. Qarun antara contoh hartawan yang dibinasakan Allah kerana kekufuran dan keangkuhannya.

#Ramai yang mengejar rezeki namun mereka melupakan Yang Maha Pemberi Rezeki. Mereka terlalu sibuk mengejar janji manusia dan melupakan janji Tuhan.

♡Oleh itu, berwaspadalah dengan tipu daya harta dan dunia. Pastikan harta membawa kita ke Syurga, jangan sampai kerana harta jalan ke Neraka terbuka lurus untuk kita. Na’uzubillah♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link 👆 dan klik join)

Komen dan Soalan