Utama Bilik Seminar Mingguan S13-S16: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

S13-S16: Sejarah Kemasukan Islam Warisan Dan Islam Anutan

170
0
Iklan

ISLAM WARISAN VS ISLAM ANUTAN

Panel : THTL al-Jazani

Soalan 13:
🔴 Apa yang membuatkan seseorang itu menjadi muslim? Apa maksud “Agama Islam” yang sebenarnya?

1⃣3⃣ Menjadi muslim. caranya hadith kedua matan arbain:

قَالَ : يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِيْ عَنِ الإِسْلاَمِ, فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : اَلإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَإِ لَهَ إِلاَّ اللهُ وَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ, وَتُقِيْمُ الصَّلاَةَ, وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ, وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ, وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً. قَالَ : صَدَقْتُ

Jibril as berkata : “Hai, Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam.”
Rasulullah Saw menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; menegakkan salat; menunaikan zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu melakukannya,” lelaki itu berkata,”Engkau benar,”.

Kebanyakan muslim hanya 4/5 muslim sahaja, syahadah, solat, zakat, dan puasa, haji tak masuk kerana quota dan kewangan. Juga majoriti muslim hanya 3/5 sahaja. kerana mampu syahada, solat dan puasa sahaja.

Maksud agama Islam sebenar.
Kita mungkin terkejut dengan soalan begini, pengertian asal, sama dengan hadith Jibril di atas , tambahan:

الإِ سلامُ: اَلإِستِسلاَمُ للهِ بِالتَوحَيدِ وَاالإِنقِياَدُ لَهُ بِالطَّاعَةِ وَالبَرَاءَةُ مِنَ الشِّركِ وَأَهلِه

Islam adalah patuh dan tunduk kepada Allah dengan cara mentauhidkan, mentaati dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan ahli syirik (Syaikh ibn Othaimin, syarah Usyul al-Thalatha’)

Ibn Katsir dalam tafsirnya;

وهو اتباع الرسل فيما بعثهم الله به في كل حين، حتى ختموا بمحمد صلى الله عليه وسلم،

Islam adalah mengikuti rasul dalam apa-apa yang Allah mengutus mereka dengannya pada setiap masa (dimana rasul diutus), sampai pada akhirnya Allah mengutus nabi Muhammad sebagai pemungkas para nabi. (dimana syariat yang dibawanya adalah syariat penutup yang menghapus syariat nabi-nabi yang telah lalu)

Pengertian ini berdasarkan ayat:

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ

Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; maka jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir” (Ali imron)

Soalan 14:
🔴 Islam yang diperkenalkan kepada kita disebut dalam sejarah berasal daripada pedagang `Arab Yaman? Apakah impak pada kita zaman-berzaman sehingga kini?

1⃣4⃣ Ia masih di peringkat teori sahaja, yakni teori kedatangan Islam ke tanah melayu.

Teori 1: Islam datang secara langsung dari tanah arab. Ini teori Syed Muhd Naquib al-Attas. Beliau kata, Sultan Melaka diislamkan oleh Syeikh Makhdum bin Bbdul Aziz dari Mekkah tahun 1414.
Teori kedua: Melalui pedagang Arab Yemen, ini pendapat Hamka.
Teori ketiga, Islam datang melalui Gujerat, Malabar, Goa, kerala, ini teori Ibn batuta
Teori ke-4: Masuk melalui Iran
ia terkesan dengan pengaruh asyura dan keutamaan ali
Teori ke-5 melalui China
Teori ke 6 melalui kerajaan melayu champa
ruj: Abdul Rahman Abdullah. Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, USM, Pulau Pinang, 1989

Pendapat yang sahih: Kesemua teori itu terpakai, ada kebenarannya masing-masing dan impaknya ialah kepada penduduk di setiap tempat atau negeri di semenanjung tidak sama. Ada tempat seperti Pulau Pinang ada perkahwinan dengan penduduk tempatan hingga melahirkan etnik syed/sharifah dan mamak, hatta Sultan Perlis sendiri adalah keturunan syed. manakala kelantan lebih banyak terkesan dengan tradisi Islam Champa dan Pattani.

Soalan 15:
🔴 Ada dakwaan yang mengatakan Syi`ah yang pertama membawa Islam ke nusantara. Namun, disebabkan pendekatan mereka yang keras, Islam kurang mendapat sambutan.

1⃣5⃣ Benar ia dipelopori oleh sejarawan Indon, Hoesein Djayadiningrat. Menurut beliau bukti pengaruh syiah ialah:
1. Perayaan Asyura dan bubur asyura
2. Pengaruh ajaran Tareqat Siti Jenar yang mengambil ajaran sufi Iran, al-Hallaj, wehdatul wujud dan Nur Muhammad
3. Pengaruh bahasa parsi dalam bahasa indonesia
4. Makam Maulana Malik Ibrahim tahun 1419 di Gresik yang ada unsur Parsi
namun teori hanya tinggal teori sahaja

Soalan 16:
🔴 Adakah awal Islam diperkenalkan di nusantara ini bersifat suci daripada amalan-amalan bid`ah dan khurafat, lalu dicemari? Atau sebaliknya?

1⃣6⃣ Awal Islam di nusantara sudah dicemari dan bercampur aduk dengan bid’ah, khurafat dan kesyirikan kerana nusantara adalah beragama Hindu dan Buddha. Wali songo atau wali 9 yang paling awal membawa Islam tareqat ke rantau ini. Kerja-kerja tajdid atau islah hanya bermula lewat, lewat tahun 1906 di Singapore dengan lahirnya majalah al-Imam oleh Syaikh Tahir Jalaludin dan Syed al-Hadi. (“Aliran Dakwah di Malaysia: Satu titik Pertemuan” oleh Dr Abd Rahman Hj Abdullah, USM.)

Komen dan Soalan