Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadis 157: Perintah Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

Hadis 157: Perintah Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

1123
0
Iklan

Riyadhus Solihin: Bab Perintah Memelihara Sunnah Dan Adab-adabnya

157. Kedua: Dari Abu Najih al-‘Irbadh bin Sariyah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. pernah memberikan pidato kepada kita semua, iaitu suatu pidato yang mengesankan sekali, hati dapat menjadi takut kerananya, matapun dapat bercucuran. Kita lalu berkata: “Ya Rasulullah, seolah-olah itu adalah wejangan seseorang yang hendak bermohon diri. Oleh sebab itu, berilah wasiat kepada kita semua!” Beliau s.a.w. bersabda:

“Saya berwasiat kepadamu semua, hendaklah engkau semua bertaqwa kepada Allah, juga suka mendengarkan dan mentaati -pemerintahan – sekalipun yang memerintah atasmu itu seorang hamba sahaya Habsyi. Kerana sesungguhnya saja, barangsiapa yang masih hidup panjang di antara engkau semua itu ia akan melihat berbagai perselisihan yang banyak sekali.

Maka dari itu hendaklah engkau semua menetapi sunnahku dan sunnah para Khalifah Arrasyidun yang memperolehi petunjuk – Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali radhiallahu ‘annum; gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi-gigi gerahammu – yakni pegang teguhlah itu sekuat-kuatnya. Jauhilah olehmu semua dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana sesungguhnya segala sesuatu kebid’ahan itu adalah sesat.”

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Keterangan:

Banyak sekali hal-hal penting yang terkandung dalam Hadis ini, di antaranya ialah:

(a)  Orang yang berpamit yakni hendak meninggal dunia, sebab isi nasihatnya itu sangat mendalam.

(b)  Memang kita wajib taat pada pemimpin-pemimpin kita yang memegang pemerintahan itu, apabila mereka itu tetap menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diredhai oleh Allah.

(c)  Sunnahku yakni perjalanan dan sari hidupku.

(d)  Khalifah-khalifah   Arrasyidun   yakni   pengganti-pengganti Nabi yang bijaksana dan senantiasa mengikuti kebenaran. Mereka itu ialah Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali radhiallahu ‘anhum.

(e)  Gigitlah teguh-teguh yakni peganglah selalu sekuat-kuatmu dan jangan sampai terlepas sedetikpun.

(f)  Apa yang disabdakan  Nabi  s.a.w.  ini  agaknya kini telah tampak benar, bukanlah bermacam-macam perselisihan yang kita hadapi sekarang, baik kerana banyak faham yang tumbuh atau memang perbalahan sesama ummat Islam sendiri dan lain-lain sebab lagi.

Kerana itu satu-satunya jalan agar kita tetap selamat di dunia dan akhirat ialah dengan berpegang teguh pada sunnah Nabi s.a.w. dan sunnah khalifah-khalifah Arrasyidun, yang pokok kesemuanya itu ialah dalam kandungan al-Quran dan Hadis.

(g)   Bid’ah yakni sesuatu yang tidak ada dalam agama lalu diada-adakan sehingga seolah-olah itu juga termasuk dalam agama. Bid’ah yang sedemikian inilah yang sesat dan setiap yang sesat pasti ke neraka sebagaimana dalam Hadis lain disebutkan:

“Maka sesungguhnya setiap sesuatu yang diada-adakan, itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah di dalam neraka.”

(h) Tetapi kalau yang diada-adakan itu baik (sunnah hasanah), maka tentu saja tidak terlarang seperti mendirikan sekolah-sekolah (madrasah), pondok-pondok, dengan cara yang serba moden. Semua tidak terlarang sekalipun dalam zaman Rasulullah s.a.w. belum ada.

«157» الثاني: عن أَبي نَجيحٍ العِرباضِ بنِ سَارية رضي الله عنه قَالَ: وَعَظَنَا رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم مَوعظةً بَليغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا القُلُوبُ، وَذَرَفَتْ مِنْهَا العُيُونُ، فَقُلْنَا: يَا رسولَ اللهِ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَأوْصِنَا، قَالَ: ((أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإنْ تَأمَّر عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ، وَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اختِلافًا كَثيرًا، فَعَليْكُمْ بسُنَّتِي وسُنَّةِ الخُلَفاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِيِّنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بالنَّواجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ؛ فإنَّ كلَّ بدعة ضلالة)). رواه أَبُو داود والترمذي، وَقالَ: ((حديث حسن صحيح)).
((النَّواجذُ)) بالذال المعجمةِ: الأنيَابُ، وَقِيلَ: الأضْراسُ.
الخلفاء الراشدون هم: أبو بكر وعمر وعثمان، وعلي رضي الله عنهم.
وفي الحديث: التمسُّك بالسنَّة في الاعتقاد والأعمال والأقوال، والتحذير من البِدع، وهي ما أُحْدث في الدين مما لا أصل له في الشريعة.
قوله: ((أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ، وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ)). هاتان الكلمتان تَجْمَعَان سعادة الدنيا والآخرة.
قال الحسن: والله لا يستقيم الدِّينُ إلا بالأُمراء وإن جاروا، والله لما يصلح الله بهم أكثر مما يفسدون.

Komen dan Soalan