Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Selepas Perang Badar

Selepas Perang Badar

507
0
Iklan

Kita dibulan Syawal 2H

Pada Syawal 2H, dapat berita Bani Ghatafan di Timur Madinah merancang untuk menyerang Madinah

Selepas Badar, kabilah dan wilayah bersebelahan Madinah telah menganggap umat İslam sebagai ancaman baru buat mereka.

SELEPAS PERANG BADAR

Bismillahi walhamdulillah

Wasolatu wasalamu ala Rasulillah..

Madinah selepas perang Badar sentiasa diancam dari luar. Rasulallah SAW telah menyusun ghuzwah dan sariyah dengan lebih kerap.

Apa itu ghuzwah dan sariyah

Ghuzwah – keluarnya Rasulallah SAW bersama jemaah dakwah/ribath/qital

Sariyah – jemaah dibentuk Rasulullah SAW, keluar tanpa baginda .

Wallahu a’alam

Dari segi politiknya Badar merupakan satu tanda atau indikator pengukuhan kuasa siasah umat Islam di Madinah..

Dari aspek kerohanian Badar adalah manifestasi bantuan dari langit yang dizahirkan dalam bentuk turunnya malaikat malaikat. Rohaniyyat kita dapat merasai bantuan ghaibiyyah yang mana ianya akan meningkatkan lagi maqam kerohaniaan seseorang..

Sepertimana bantuan ilahiyyah yang turun dalam bentuk malaikat malaikat itu membantu tentera tentera secara fizikal, kebersamaan makhluk Allah itu yang sentiasa bertasbih dan sujud dihadapan Allah SWT memberi kesan rohaniyyah kepada Ahli Badar

Soalan: Cerita malaikat turut sama berjuang membantu tentera Islam adakah riwayat yang benar atau di tokok tambah?

Jawapan: Penulis Rahiqul Makhtum, ada menyebut tentang bantuan malaikat bahkan terdapat Ayat Al Qur’an berkenaan bantuan Allah SWT ini..

نزول الملائكة 

وأغفي رسول الله صلى الله عليه وسلم إغفاءة واحدة، ثم رفع رأسه فقال‏:‏ ‏‏(‏أبشر يا أبا بكر، هذا جبريل على ثَنَاياه النَّقْعُ‏)‏ ‏[‏أي الغبار‏]‏ وفي رواية ابن إسحاق‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏‏(‏أبشر يا أبا بكر، أتاك نصر الله، هذا جبريل آخذ بعنان فرسه يقوده، وعلى ثناياه النقع‏)‏‏.‏

ثم خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم من باب العريش وهو يثب في الدرع ويقول‏:‏ ‏{‏سَيُهْزَمُ الْجَمْعُ وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ‏}‏ ‏[‏القمر‏:‏45‏]‏ ،ثم أخذ حَفْنَةً من الحَصْبَاء، فاستقبل بها قريشًا وقال‏:‏ ‏‏(‏شاهت الوجوه‏)‏ ورمى بها في وجوههم، فما من المشركين من أحد إلا أصاب عينيه ومنخريه وفمه من تلك القبضة، وفي ذلك أنزل الله‏:‏ ‏{‏وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللهَ رَمَى‏}‏ ‏[‏الأنفال‏:‏17‏]‏‏.‏

Subtopik dalam Ar Rahiqul Makhtum tentang turunnya para malaikat

14 sahabat telah gugur di Badar , 6 Muhajirin dan 8 Ansar

Peristiwa peristiwa selepas Badar

1. Pernikahan Ali RA dan Fatimah RA

2. Pada bulan Ramadhan 2H tersebut zakat fitrah disyariatkan

3. Solat I’d yang pertama pada 1 Syawal tahun tersebut

4. Menangnya Rom keatas Parsi, tahun Raja Rom Heraclius, memimpin tenteranya menghalau tentera Parsi dari wilayah yang ditakluki di Palestin dan Damsyik

Seperti yang disebutkan oleh At Tirmizi dalam jami’nya

AI Husain bin Huraits menceritakan kepada karni, Mu’awiyah bin Amr memberitahukan kepada kami, dari Abi Ishaq Al-Fazari dari Sufyan dari Habib bin Abi Amrah dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas dalam menafsiri firman Allah (Alif laam miim, telah dikalahkan bangsa Rumawi di negeri yang tedekat) Dia berkata: “Ghulibat (dengan bina’majhul) dan Ghalabat (dengan bina’ maklum.”. Dia berkata: “Orang-orang musyrik senang bangsa Parsi menang atas bangsa Rumawi kerana mereka (orang-orang kafir) serta mereka (bangsa Parsi) adalah sama-sama penyembah berhala dan orang-orang muslim senang kalau bangsa Rumawi menang atas bangsa Parsi kerana mereka adalah Ahlul Kitab (pemeluk agama Allah dan ajaran-Nya). Lalu mereka (orang¬orang musyrik) menyampaikan hal itu kepada Abu Bakar kemudian Abu Bakar menyampaikan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu beliau bersabda: “Ingatlah mereka akan menang”, Kemudian Abu Bakar menyampaikan sabda beliau kepada mereka lalu mereka berkata: “Buatlah batas waktu antara kami dan kamu kalau kami menang, maka lima tahun, ternyata bangsa Rumawi belum menang lalu mereka menyampaikan hal itu kepada Nabi SAW kemudian beliau bersabda: “Bukankah aku menentukan batas waktu sampai dengan kurang sepuluh tahun”. Aku yakin beliau bersabda sepuluh. Rawi berkata: “Said berkata: Al-Bidh’ adalah hitungan kurang dari sepuluh. Rawi berkata: “Kemudian bangsa Rumawi menang setelah itu”. Rawi berkata: “Demikianlah penafsiran firman Allah: (Alif lam miim, Telah dikalahkan bangsa Rumawi di negeri yang terdekat, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang, dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah mereka menang. Dan dihari kemenangan bangsa Rumawi itu bergembiralah orang-orang yang beriman). Arrum: 1 – 3. Sufyan berkata: “Aku mendengar mereka (bangsa Rumawi) menang pada waktu perang Badar.” Hadis ini adalah hadis hasan sahih gharib, dan aku mengetahuinya dari hadisnya Sufyan Ats Tsauri dari Habib ‘bin Abi Amrah. Dan Abi Musa Muhammad bin Al-Mutsanna memberitahukan kepada ku, Muhammad bin Khalid bin Atsmah memberitahukan kepada ku, Abdullah bin Abdur Rahman Al-Jumahi bin Syihab Az Zuhri menceritakan kepada ku, dari Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Bakar dalam taruhan (Alif laam miim Telah dikalahkan bangsa Rumawi): “Apakah kamu tidak bersikap hati-hati hai Abu Dakar sesungguhnya bidh’ adalah hitungan antara tiga sampai sembilan. ., Hadis ini adalah hadis gharib hasan dari sanad ini dari hadis Az Zuhri dari Ubaidillah dari Ibnu Abbas.

 

TAWANAN PERANG BADAR

Bismillahi walhamdulillah

Sedikit mengenai tawanan perang Badar.. antara yang di tawan adalah menantu Rasulullah SAW atau suami kepada Zainab RA

Abu Al Ash bin Ar Rabi’ah bin Abdul Uzza bin Abdul Manaf

Baru-baru ini beberapa orang sahabat bertanyakan kedudukan Abu Al Ash ini..

Berikut saya cuba perincikan berdasarkan bacaan saya..

Tawanan Badar diberi syarat pembebasan dengan bayaran wang tebus 1000 – 6000 dirham, dan jika tidak mampu, boleh ditebus dengan mengajar orang Islam membaca.

atau ada yang menyebut dengan kedua kedua syarat ini sebagai syarat untuk dibebaskan dari ditawan.

Maka utusan telah pergi ke Mekah memaklum syarat pembebasan ini.

Zainab RA telah memberikan kalung yang dihadiahkan oleh ibunya sebagai penebus tawanan. Apabila Rasulallah SAW melihat akan kalung tersebut, Rasulallah SAW meminta syarat tebusan dengan menukarkan kebenaran untuk Zainab RA berhijrah.

Dan sahabat sahabat Nabi SAW bersetuju dan Abu Al Ash dibebaskan setelah Zaid bin Harithah membawa Zainab ke Madinah.

Tamat disitu kisah Zainab RA.

Abu Al As masih kafir sehingga 5 atau 7 H.

Sehinggalah beliau berhijrah kemudiannya sebagai seorang İslam.

Dinikahkan semula oleh Rasulallah SAW dengan Zainab RA. dan mereka dikurniakan anak bernama Umamah seperti yang diriwayatkan Al Bukhari tentang anak kecil ini.

“Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik, dari ‘Amir bin ‘Abdullah bin Az Zubair, dari ‘Amru bin Sulaim Az Zuraqi, dari Abu Qatadah Al Anshari, bahwa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah shalat dengan menggendong Umamah binti Zainab binti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”” Dan menurut riwayat Abu Al ‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abdu Syamsi, ia menyebutkan, “”Jika sujud beliau letakkan anak itu dan bila berdiri beliau gendong lagi.”””

wallahu a’lam

Intaha

Abu Al Ash bin Ar Rabi’ah bin Abdus Shams* bin Abdul Manaf

Komen dan Soalan