Panel: Ustaz Azlizan Nueq, Abohannan Dan Ustaz Meor Hanif
Assalamualaikum, kalau bagi lelaki yang rambutnya panjang, semasa solat boleh ikat ke?
Jawapan:
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu anhuma, bahawasanya beliau melihat Abdullah bin al-Harits sedang mengerjakan solat sementara rambutnya terikat ke belakang. Segera Ibnu Abbas bangkit untuk mengurai ikatannya. Selesai solat beliau mendatangi Ibnu Abbas dan berkata,
“Ada apa gerangan dengan rambutku?” Ibnu Abbas berkata, “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda, ‘Sesungguhnya perumpamaannya adalah seperti orang yang solat dengan tangan terikat’,” (HR Muslim, no. 492).
Hukum: Makruh tanzihi
Soalan:
Lelaki kalau rambut panjang had rambut sampai mana je ye…
Boleh rujuk syamail muhammadiah
Ada masa rambut Nabi sampai bahu, ada masa paras cuping telinga.
Rambut panjang ini ada khilaf, adakah sunnah tasyriyyah ataupun jibliyyah.
Juga perlu lihat uruf.
Tasyriyyah – Dalam syariat
Jibliyyah – Pakaian
Uruf – Adat setempat
Edisi PDF Asy-Syamail Al-Muhammadiyyah, Bab Rambut bermula pada hadis ke-24. Hadis 1-32 boleh dibaca di:
https://drive.google.com/open?id=0B6dUHmEQLdx6bU4wc2RkeHc2Qnc&authuser=0
Untuk yang lebih selesa dengan Facebook, boleh gunakan link berikut:
https://www.facebook.com/adoufr/posts/10153308789332278