Utama Bilik (08) Riyadhus Solihin Hadist 156: Lakukan Sunnah Sekuat Usahamu

Hadist 156: Lakukan Sunnah Sekuat Usahamu

223
0
Iklan

Panel: Cikgu Rahim

156. Pertama: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: “Tinggalkanlah apa yang saya tinggalkan untukmu semua -maksudnya: Jangan ditanyakan apa yang tidak saya terangkan kepadamu semua, kerana hanyasanya yang menyebabkan kerosakan orang-orang – ummat – yang sebelumnya itu ialah sebab banyaknya mereka bertanya-tanya – yang tidak berfaedah – lagi pula mereka suka menyalahi kepada Nabi-nabi mereka. Oleh sebab itu jikalau saya melarang padamu akan sesuatu hal, maka jauhilah itu dan jikalau saya memerintah padamu semua akan sesuatu perkara, maka lakukanlah itu sekuat usahamu.” (Muttafaq ‘alaih)

Keterangan:

Isi yang terkandung dalam Hadis ini ialah:

Sesuatu yang merupakan larangan, maka sama sekali jangan dilakukan, tetapi kalau berupa perintah, cubalah lakukan sedapat-dapatnya dan jangan putus asa untuk memperbaiki dan menyempurnakannya. Misalnya shalat di waktu sakit: Tidak dapat dengan berdiri, lakukan dengan duduk; tidak dapat dengan duduk, boleh dengan berbaring dan pendek kata sedapat mungkin, asal jangan ditinggalkan sekalipun hanya dengan isyarat memejamkan serta membuka mata dalam melakukan shalat itu. Allah telah berfirman:

“Allah tidak memaksa pada seseorang melainkan  menurut kekuatannya.”

Ummatnya Nabi Musa ‘alaihissalam yang meminta pada beliau sebagaimana kata mereka yang dihuraikan dalam al-Quran:

“Tampakkanlah pada kita Allah hu dengan terang-terangan.”

Bukankah  ini  permintaan yang  melampaui  batas dan tidak bermanfaat sedikitpun?

Juga seperti ummatnya Nabi Isa ‘alaihissalam sebagaimana yang diterangkan dalam al-Quran pula. Mereka berkata:

“Adakah Tuhan Tuan dapat menurunkan pada kita hidangan dari langit?”

Mereka menyangka bahawa Allah tidak kuasa melakukannya. Tetapi setelah dikabulkan permintaan mereka, tetap masih banyak yang ingkar dan kufur. Bukankah ini keterlaluan yang luarbiasa?

Menyalahi Nabi-nabinya sendiri sehingga menyebabkan timbul bid’ah yang bermacam-macam dan lain-lain lagi.

Adapun kalau berselisih dalam memahamkan hukum cabang (furu’iyah), maka itu tidaklah menjadi bahaya sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

“Perselisihan ummatku adalah rahmat.”

Tetapi perselisihan yang berbahaya dan tercela ialah apabila soal-soal cabang atau perincian-perincian itu dibesar-besarkan hingga menjadi retaknya barisan ummat Islam dalam menghadapi lawannya. Ini sungguh terlarang dalam agama sebagaimana firman Allah:

“Dan janganlah   engkau  semua   bercerai-berai,   maka  akan lemahlah engkau semua dan lenyaplah kekuatanmu.”

«156» فالأول: عن أبي هريرةَ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((دَعُونِي مَا تَرَكْتُكُمْ، إِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ سُؤالِهِمْ واخْتِلافُهُمْ عَلَى أنْبيَائِهِمْ، فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْء فَاجْتَنِبُوهُ، وَإِذَا أمَرْتُكُمْ بشيءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
هذا الحديث له سبب، وهو أنه صلى الله عليه وسلم خطب وقال: ((يا أيها النَّاس، قد فرض الله عليكم الحج فحجوا))، فقال رجلٌ: أكُلُّ عام يا رسول الله؟ فسكتَ حتى قالها مرارًا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لو قلت: نعم. لوجبت، ولما استطعتم))، ثم قال: ((دعوني ما تركتكم..)) الحديث.
وهو من قواعد الإسلام المهمة، قال الله تعالى: {وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا} [الحشر: 59]. وقال تعالى: {فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ} [التغابن: 16].
ويُستفاد منه: كراهة كثرة المسائل من غير ضرورة.
قال مالك رحمه الله تعالى: ((المِراء والجدال يذهب بنور العلم من قلب الرجل)).
وفي بعض الآثار: ((إذا أراد الله بعبد خيرًا فتح له باب العلم، وأغلق عنه باب الجدل، وإذا أراد الله بعبد شرًّا فتح له باب الجدل وأغلق عنه باب العلم)).

Komen dan Soalan