Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TKK 83/131: Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah (ترك الحكم بما أنزل...

TKK 83/131: Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah (ترك الحكم بما أنزل الله )

174
0
Iklan

Dalil hadith:

لَيُنقَضَنَّ عُرَى الإسلامِ عُروَةً عُروَةً فَكلَّما انتقضَت عُروَةٌ تشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِى تليها وأوَّلُهنَّ نَقضًا الحُكمُ وآخِرُهنَّ الصَّلاةُ

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الوادعي | المصدر : صحيح دلائل النبوة

الصفحة أو الرقم: 647 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Dari Abu Umamah al-Bahily ra bahawa Nabi saw bersabda,

“Akan terurai ikatan Islam satu persatu. Setiap ikatan yang terurai, manusia akan bergantung kepada ikatan yang seterusnya. Yang pertama kali terungkai ialah hukum dan yang terakhir terungkai ialah Shalat.”

(HR Ahmad, dinilai hasan oleh al-Waad’iy, sahih Dalail Nubuwwah, 647)


Kata Syaikh Dr Abd Rahman al-Arifi,

Berhukum dengan hukum Allah adalah suatu tuntutan yang agung sebagaimana


firman Allah swt:


ومن لم يحكم بمآ أنزل الله فأولئك هم الكافرون
Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang kafir

(AQ 5:44)


Syarah:


Salah satu petanda Kiamat ialah binaan atau ikatan atau ajaran Islam akan terungkai satu persatu. Yang pertama terungkai ialah hukum syariat dan yang akhir sekali sebelum Kiamat ialah manusia tidak lagi solat. Ini tanda Kiamat yang sedang berlaku, di mana kebanyakan negara OIC tidak lagi menerapkan syariat sepenuhnya melainkan terbatas kepada hukum kekeluargaan Islam sahaja, manakala jinayah atau hudud, civil, perdagangan dan antarabangsa mereka terapkan hukum UK, Perancis, Itali, USA dan negara EC yang lain.


Tambahan:

Kajian-kajian pakar motivasi tempatan dan IPTA tempatan mendapati, peratus umat Islam Islam tidak solat amat tinggi, juga peratus tidak solat berjamaah dan solat Jumaat. Begitu juga ilmu tentang Fiqh Solat yang betul, amat sedikit yang mengetahui Fiqh Solat Cara Nabi saw. Ini menunjukkan ikatan terakhir agama yakni solat, sudah mula terungkai di zaman kita.

Komen dan Soalan