Petanda seterusnya ialah merebaknya seks bebas (zina) dan ia dilakukan secara terbuka, terang-terangan.
Dalil hadith:
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تقوم الساعة -أو قال: إن من أشراط الساعة :أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويشرب الخمر ويفشو الزنا ويذهب الرجال ويبقى النساء حتى يكون لخمسين امرأة واحد>
Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,
” tidak akan berlaku Kiamat hingga diangkatnya ilmu, merata kebodohan, seks bebas, arak, kurangnya kaum lelaki dan bertambah banyak kaum perempuan sehingga sampai satu tahap, satu lelaki menyamai 50 wanita.”
(Muttafaq alaih, Bukhari no 79)
ليَكوننَّ مِن أمَّتي قومٌ يستحلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخمرَ والمعازفَ
الراوي : أبو عامر أو أبو مالك الأشعري | المحدث : ابن الصلاح | المصدر : الباعث الحثيث
الصفحة أو الرقم: 1/124 | خلاصة حكم المحدث : ثابت
Dari Abu Malik al-‘Asy’ary ra bahawa Nabi saw bersabda,
” akan muncul dari ummatku golongan yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat muzik.”
(Ibn Solah, al-Ba’ith, 1:124, thabit dari hadith Bukhari)
Syarah Dr Muhammad al-Mubayyadh,
الموسوعة في الفتن والملاحم وأشراط الساعة
1. Merebaknya seks bebas/zina kerana perundangan manusia tidak menghukum zina sebagaimana hudud, atau hukumannya tidak keras. Bila perundangan syariah diketepikan atau hukumannya diringankan, maka zina akan berleluasa.
2. Wujudnya kerjaya pekerja seks atau sexual worker atau industry seks, bahkan industri seks adalah kerjaya tertua di dunia. Banyak negara Islam sendiri menghalalkan industry seks secara halus atau paling ketara membenarkan industri hiburan berkembang tanpa kawalan.
Maka kesimpulan, ia sudah ketara sekarang akan merebaknya zina dan gejala bohsia, dan buang bayi sering sekali dipaparkan di kaca media.