Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran Tadabbur: 4 Jenis Kekafiran Dan Sikap Mereka Terhadap Al-Quran

Tadabbur: 4 Jenis Kekafiran Dan Sikap Mereka Terhadap Al-Quran

431
0
Iklan

Panel: Ustaz Baharuddin Ayudin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن والاه, أمّا بعد.

Yang dikasihi CR, Bulanje dan rakan-rakan Bilik (07) Tadabbur al-Qur’an. Semoga semuanya dirahmati Allah dan diberi tawfiq ke arah meningkatkan ilmu dan amal.

[88:2] وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, [88:2]

Ketika hidup di dunia ini apakah sikap manusia terhadap al-Qur’an?

Soalan: Ada tak sikap-sikap seumpama ini (dibawah) sekarang?

Sikap pertama: [22:72]
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, orang-orang yang ingkar itu memperlihatkan reaksi marah dan benci. Ada yang kerana terlalu marah mendengarnya, mereka hampir-hampir hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami.

Sikap kedua: [41:26]
Ada juga dek kerana bencinya lalu mengajak orang ramai menjauhi al-Qur’an dengan menganjurkan pesta yang di dalamnya riuh rendah dengan nyanyian, pekikan, jeritan dan tepuk sorak sehingga tenggelamnya pengajaran al-Qur’an yang hendak disampaikan.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap ketiga: [8:31]
Ada juga yang memandang remeh al-Qur’an ini dan beranggapan ia pun mampu menguasainya dan menggapnya isi pengajarannya adalah kolot belaka.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap keempat: [74:49-51]
Ada juga yang tidak sanggup mendengar peringatan al-Qur’an, lalu bertempiaran lari bagaikan sekawan keldai yang takutkan singa.

Ustaz Baharuddin Ayudin:
Soalan: Ada tak sikap seumpama ini sekarang?

Sikap Ingkar

Sikap kelima: [39:45]
Ada juga yang benci dengan sesuatu yang dikaitkan dengan nama Allah, tetapi apabila disebut sesuatu yang tiada kaitannya dengan Allah tiba-tiba mereka bergirang hati. Apa contohnya?

Infaq fi sabililLah
KalamulLah
Ilmu daripada Allah
Kekasih Allah

Infak Kalamullah

Sikap keenam: [25:30]
Ada juga yang tidak mengambil endah al-Qur’an ini dalam hidupnya, seolah-olah ia adalah sesuatu yang tidak berguna.

Inilah realiti yang sedang kita hadapi hari ini. Umat Islam hanya dikenali pada nama sahaja. Manakala al-Qur’an tinggal sebagai tulisan sahaja. Setuju atau tidak?

Dalam ayat [22:72] ada dua perkataan كفروا Apa makna كفروا itu?
Cikgu Rahim: Dusta al-Qur’an

Islam atau kafir

Pendusta al-Qur’an itu orang islam atau orang kafir? Kafir itu apa maknanya?
Penanamnya suka benih tanaman yang ditimbusnya dengan tanah itu tumbuh subur [57:20]
Orang yang kafir = Orang yang menyembunyikan kebenaran

Kafir itu ada empat jenis:

1. Kafir ingkar. [2:6-7]
2. Kafir ‘Inad. Ini adalah keingkaran daripada orang yang berkuasa, berkedudukan dan berpengaruh kerana sikap keras kepala. Mengakui kebenaran tetapi menolaknya. [74:16]
3. Kafir Juhud: Ini adalah orang kafir kerana jadi pak turut. [33:66-68]
4. Kafir Nifaq: [9:67]

Siapakah sebenarnya orang kafir berdasarkan keterangan ayat-ayat di atas?

No. 1 Kafir ingkar: Orang yang tidak mahu menerima Islam. Setuju?
No. 2 Kafir ‘Inad: Pemimimpin yang mengaku Islam tetapi mengambil sebahagian dan menolak sebahagian. Setuju?
No. 3 Kafir Juhud: Orang yang mengaku Islam tetapi menurut sahaja apa yang disuruh para pemimpin mereka walaupun salah. Setuju?
No. 4 Kafir Nifaq: Pemimpin dan orang ramai yg mengaku Islam tetapi tidak ambil peduli dengan al-Qur’an dan perkembangan agamanya kerana hidup ini hanyalah untuk berseronok dan cari makan sahaja. Setuju?

Berseronok

Ancaman Allah:

Jika demikianlah kebencian dan ketidak pedulian manusia terhadap al-Qur’an, dengarlah perkhabaran yang lebih buruk daripada Allah atas kebencian dan kemarahan kamu itu? Itulah balasan neraka ke atas sekalian yang ingkar dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! [22:72]
Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main dalam dunianya, sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka untuk menerima balasan. [70:42]
Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.[70:43]
“mereka berkejaran menuju berhala-berhala yang mereka sembah dahulu.” Inilah yang dimaksudkan dengan Yawm al-Din, iaitu manusia datang untuk dihisab dengan membawa fahaman masing-masing. Golongan yang selamat ialah golongan datang membawa Islam sebagaimana perintah Allah dan ditunjukkan jalannya oleh Rasulullah. [3:19]
Muka orang-orang yang ingkar pada hari itu tunduk kerana merasa hina, [88:2]
penuh berdebu, hitam legam. Mereka itu ialah orang-orang yang ingkar. [80:40-42]
Itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka. [70:44]

Terminologi kafir yang selama ini difahami perlu diperbetulkan. Mengkafirkan orang tidak dibenarkan, tetapi menerangkan ciri-ciri kafir adalah wajib bagi mengelak manusia terjebak ke dalamnya tanpa sedar.

أقول قولي هذا، وأستغفر الله العظيم لي ولكم,
اللهم إنا نعوذ بك من عذاب النار،
ومن عذاب القبر،
ومن فتنة المحيا والممات،
ومن فتنة المسيح الدجال.

Rujukan:

Sikap Pertama, 22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

41:26
——————

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَٰذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Sikap Ketiga, 8:31
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا قَالُوا قَدْ سَمِعْنَا لَوْ نَشَاءُ لَقُلْنَا مِثْلَ هَٰذَا ۙ إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengarnya. Kalau kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan (kata-kata) seperti (Al-Quran) ini. (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah cerita cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.

Sikap Keempat, 74:49
——————

فَمَا لَهُمْ عَنِ التَّذْكِرَةِ مُعْرِضِينَ

(Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?

74:50
——————

كَأَنَّهُمْ حُمُرٌ مُسْتَنْفِرَةٌ

Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,

74:51
——————

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَةٍ

Melarikan diri (ketakutan) dari singa!

Sikap Kelima, 39:45
——————

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِنْ دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

Sikap Keenam, 25:30
——————

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.

22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

Islam atau kafir, 57:20
——————

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Kafir Ingkar 2:6
——————

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

2:7
——————

خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

Kafir Inad, 74:16
——————

كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا

Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Kafir Juhud, 33:66
——————

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

33:67
——————

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

33:68
——————

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”

Kafir Nifaq, 9:67
——————

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Ancaman Allah,
22:72
——————

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! “

70:42
——————

فَذَرْهُمْ يَخُوضُوا وَيَلْعَبُوا حَتَّىٰ يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي يُوعَدُونَ

Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! –

[QS. Al-Ma’arij: Ayat 43]

يَوْمَ يَخْرُجُوْنَ مِنَ الْاَجْدَاثِ سِرَاعًا كَاَنَّهُمْ اِلٰى نُصُبٍ يُّوْفِضُوْنَ ۙ

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),

3:19
——————

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.

Muka Orang Kafir
[QS. Al-Gasyiyah 88: Ayat 2]

وُجُوْهٌ يَّوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ ۙ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 40]

وَوُجُوْهٌ يَّوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ ۙ

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 41]

تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ ؕ

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. –

[QS. ‘Abasa 80: Ayat 42]

اُولٰٓئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka.

70:44
——————

خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۚ ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ

Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.

Komen dan Soalan