Utama Bilik (22) Hadith Al-Sakandary QnA Bersama Dr Fathi: Perihal Murid Dan Naskah Sahih Bukhari Yang...

QnA Bersama Dr Fathi: Perihal Murid Dan Naskah Sahih Bukhari Yang Paling Sahih

331
0
Iklan

Panel: Ustaz Dr Fathi al-Sakandary

S: Berapakah jumlah murid Imam Bukhari yang meriwayatkan Sahih Bukhari terus daripada Imam Bukhari?

J: Sangat ramai murid al-Bukhari yang hadir majlis sama’ beliau dan meriwayatkan kitab al-Sahih beliau, antaranya Muhammad bin Yusuf al-Firabri menyebutkan bahawa lebih dari 90 ribu orang mendengar dan meriwayatkan kitab al-Sahih dalam majlis sama’ al-Bukhari.

S: Siapakah antara murid Imam Bukhari yang paling terkenal dalam meriwayatkan Sahih Bukhari?

J: Muhammad bin Yusuf al-Firabri, wafat pada tahun 320H, beliau adalah yang paling terkenal meriwayatkan Sahih al-Bukhari daripada al-Bukhari, bahkan beliau mendengar kitab al-Sahih sebanyak 2 kali daripada al-Bukhari. Selain al-Firabri, antara lain yang terkenal meriwayatkan kitab al-Sahih daripada al-Bukhari ialah Hammad bin Shakir Abu Muhammad al-Nasafi (wafat 311H), Mansur bin Muhammad bin ‘Ali Abu Thalhah al-Nasafi (wafat 329H), Ibrahim bin Ma’qil al-Nasafi (wafat 295H).

S: Sebutkan versi nuskhah Sahih Bukhari yang paling sahih di dunia?

J: Saya pernah bertanya soalan ini kepada guru saya al-Muhaddith Dr. Maher Yasin al-Fahl, soal saya:

“Syaikhuna, apakah naskhah manuskrip Sahih al-Bukhari yang paling lama serta paling sahih?”

Maka jawab Syaikhuna Maher al-Fahl:

“Naskhah manuskrip al-Saghani, daku melihatnya di rumah Syaikhuna ‘Abdul Wakeel bin ‘Abdul Haq al-Hasyimi”

S: Soalan kepada Dr. untuk teks dibawab kerana menjadi viral dilaman sosial. “Semasa azan jangan baring kecuali sakit, kerana jenazah kita akan menjadi berat seberat dosanya, dan satu lagi!!! Semasa azan jangan bercakap nanti susah nak mengucap kalimah ALLAH

J: Dusta

S: Kalau ternampak banyak semut dalam rumah ucaplah:
Assalamualaikum rakyat nabi Sulaiman a.s, ini rumahku aku mahukan kebersihan. Kamu adalah makhluk Allah yg sentiasa berzikir kepadaNya. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kami buatlah sarang di luar rumahku agar kamu selamat”

Soalan: Adakah ia hadith nabi?

J: bukan

S: “Barangsiapa yang membesarkan memuliakan memeriahkan hari kelahiranku wajib mendapat syafaatku di hari kiamat”

Hadith riwayat Abu Daud

Soalan: Betul ke?

J: Dusta, dusta kepada Nabi, dusta kepada Abu Daud.

S: As-Salāmu `Alaykum Dr. Kedudukan hadith tentang baca Al-Kahfi setiap jumaat?

J: Rujuk buku saya, telah saya jelaskan dengan rinci. Rujuk juga koleksi J&S yang lalu.

** saya nasihatkan semua sebelum bertanya agar membaca dahulu koleksi J&S yang lalu, kerana banyak soalan yang ditanya berulang dan saya telah jawab. Kerja saya amat sibuk di hospital, maka saya tidak mahu membuang masa menjawab soalan yang telah saya jawab. Barakallahufikum

Berikut pautan kajian berkenaan Hadith Kelebihan Surah Al Kahfi yang ditulis oleh Dr,

http://ansarul-hadis.blogspot.my/2012/02/hadith-hadith-fadhilat-pengkhususan.html?m=1

Komen dan Soalan