Utama Bilik Khas Sifat Takbur Yang Dijanjikan Jahannam Dan Kehinaan

Sifat Takbur Yang Dijanjikan Jahannam Dan Kehinaan

184
0
Iklan

Oleh Abu Asyraf Ad Dimyatie

Assalamualaikum Tazkirah Pagi Ini .

Allah Taala Menunaikan Doa Hamba-hamba- Nya

عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ رَبَّكُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي مِنْ عَبْدِهِ إِذَا رَفَعَ يَدَيْهِ إِلَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا

Dari Salman, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi adalah Maha Hidup dan Mulia, Dia merasa malu dari hambanya apabila ia mengangkat kedua tangan kepadaNya dan mengembalikannya dalam keadaan kosong.” (HR Abu Daud No: 1273)

Pengajaran:

1. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan

2. Allah akan sentiasa mengabulkan setiap doa dan permohonan hambaNya

3. Allah tidak akan menghampakan permintaan dan permohonan hambaNya

Firman Allah :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur (enggan) beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. (Al-Mu’min 60)

Ayuh kita sentiasa berdoa kepada Allah, jangan sekali-kali kita menjadi orang yang sombong kerana tak mahu berdoa.

Komen dan Soalan