Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 78-79: Bab Sentuh Kemaluan Dan Wuduk

Hadis 78-79: Bab Sentuh Kemaluan Dan Wuduk

7098
0
Iklan

Panel: Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Kitab: Bulughul Maram 

Hadis 78

ِوَعَنْ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ رضي الله عنه قَالَ: ( قَالَ رَجُلٌ: مَسَسْتُ ذَكَرِي أَوْ قَالَ اَلرَّجُلُ يَمَسُّ ذَكَرَهُ فِي اَلصَّلَاةِ أَعَلَيْهِ وُضُوءٍ ؟ فَقَالَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “لَا إِنَّمَا هُوَ بَضْعَةٌ مِنْكَ ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ حِبَّان وَقَالَ اِبْنُ اَلْمَدِينِيِّ: هُوَ أَحْسَنُ مِنْ حَدِيثِ بُسْرَةَ

Tolq Ibnu Ali رضي الله عنه berkata: Seorang lelaki berkata: saya menyentuh kemaluanku atau dia berkata: seseorang lelaki itu menyentuh kemaluannya pada waktu solat apakah dia wajib berwudhu. Nabi صلى الله عليه وسلم berkata: “Tidak, kerana ia hanya sepotong daging dari tubuhmu” Dikeluarkan oleh Imam Lima dan sohih menurut Ibnu Hibban. Ibnul al Madini berkata: Hadis ini lebih hasan dari Hadis Busrah.

Darjat hadis,

Hadis ini sohih. Ini sesuai seperti yang Disohihkan oleh ibn Hibban, ibn Hazm, at Tobrani, al Albani dan lain-lain.
Dan ada sebahagian ulama mendhaifkan hadis ini seperti asy Syafie, Abu Hatim, Abu Zur’ah, al Darqatni, al Baihaqi dan ibn al Jauzi.

Hadis 79

ِعَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَانَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا ( أَنَّ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ ) أَخْرَجَهُ اَلْخَمْسَةُ وَصَحَّحَهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حِبَّان َ وَقَالَ اَلْبُخَارِيُّ هُوَ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا اَلْبَابِ

Dari Busrah binti Shofwan رضي الله عنها (berkata) Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Barangsiapa menyentuh kemaluannya maka hendaklah dia berwudhu” Dikeluarkan oleh Imam Lima dan hadis sohih menurut al Tirmidzi dan Ibnu Hibban. Imam Bukhari berkata ia adalah hadis yang paling sohih dalam bab ini.

Darjat hadis,
Hadis ini Sohih.

Penerangan hadis 78-79,

1. Kedua-dua hadis Tolq dan Hadis Busrah adalah sohih. Tapi kedua-duanya tidak dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim. Cuma hadis Tolq ada pujian dari Al Bukhari, namun beliau tidak menukilkan didalam kitab sohihnya. Oleh itu yang jelas adalah kita menerima kedua-dua hadis itu dengan dijamakkan hukum bersesuaian dengan kedua-duanya.

2. Bagi menJamakkan hukum kedua-dua hadis itu ada dua keadaan:

Pertama: terbatal wudhu bila menyentuh kemaluan tanpa berlapik. Yaitu kemaluan bersentuhan dengan tangan tanpa ada halangan. Ini berdalilkan lafaz hadis menyebut lelaki itu menyentuh zakarnya ketika dalam solat. Di sini secara biasanya tentu lah bersentuhan disebalik kainnya. Jadi, jika sentuhan tangan yang ada halangan dengan kemaluan maka hukumnya tidak batal wudhu.

Kedua: terbatal wudhu jika menyentuh kemaluan dengan syahwat nafsu. Ini kerana boleh menyebabkan terkeluar air mazi atau kemungkinan besar boleh terkeluar mazi atau mani. Oleh itu jika sentuhan dengan maksud untuk melepaskan syahwat nafsu maka terbatal wudhu. Manakala sentuhan biasa kerana gatal atau tersentuh tanpa sengaja atau sebarang sentuhan bukan kerana syahwat, maka tidak terbatal wudhunya.

Dan Allah jua Yang Lebih Mengetahui.

Sampai di sini dulu buat malam ini.. in sya Allah di lain masa kita sambung.

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
السلام عليكم ورحمة الله

 

Soalan: 🔴Ustaz, bagaimana pula hukum hanya batal bila bersentuhan kemaluan dgn perut tangan?

Ya hanya tapak tangan.. Makna dalam hadis di atas khusus yang guna tapak tangan, maka jika sentuh dengan lengan dengan siku,kaki,paha dan lain-lain ,tidak batal. Melainkan boleh naik syahwat sehingga keluar mazi maka jadi batal kerana keluar air mazi bukan semata sentuhan tangan.

🔴 Kalau seseorang tu sentuh wanita/isteri dengan bernafsu tetapi air mazinya tidak keluar, adakah wudhuknya dikira terbatal?

Jawapan:
Batal jika bentuk kearah nak jimak, kalau nafsu naik misal macam cium saja bukan untuk jimak pun maka tak batal..tapi sunnat juga dia wudhu!

Komen dan Soalan