Utama Bilik (75) Tafsir Al-Quran Sifat Tawasul Kristian, Syiah, Buddha, Hindu, Orang Asli Dan Islam Warisan

Sifat Tawasul Kristian, Syiah, Buddha, Hindu, Orang Asli Dan Islam Warisan

743
0
Iklan

Panel: Ustaz Rosman (Ayah Aji)

Assalamualaikum wr wt, Alhamdulillah

Kita sambung kuliah surah Asy Syura ayat ke 11.. bolih?

Surah ini surah Makkiah, menceritakan sifat-sifat musyrikin, kafir-kafir dalam surah Makkiah begini adalah musyrikin. ..

Musyrikin Mekah dulu bertawasul dengan orang alim saperti yang dah Ayah Aji ngajar di bilik 106 ….sifat-sifat musyrikin Mekah dulu. .

Mereka bertawasul dengan Latta dan Uzza…yaitu orang-orang alim daripada ajaran nabi Ibrahim as.

Sepupu Siti Khatijah rha.. Waraqah Bin Naufal… daripada kitab Bukhari. ..Waraqah Bin Naufal Bin Asadi bin Abu Uzza.

Jadi Uzza adalah orang alim daripada ajaran nabi Ibrahim as. .
Mereka musyrikin sentiasa bertawasul dengan orang-orang alim yang dah mati.

Daripada hadis nabi bermaksud, di awal Islam. Nabi saw telah pergi ke masjidil haram, lalu berkata. ” Ya kaum Quraisy semua, jika aku cerita pada kamu, ada musuh datang nak serang kita di belakang bukit itu…kamu percaya tak?

Musyrikin terus menjawab, Kami percaya sebab kamu ni Al Amin yang di percayai.

Nabi saw berkata, percaya lah Laailahaillah.

Abu Jahal, Abu Lahab terus bangun lalu berkata, bohong kamu Muhammad! !!!!

Kenapa?????

Kerana mereka orang arab tahu maksud Laailahaillah bermaksud tawasul pada berhala yang simbolik pada Latta Uzza Manna. .bukannya berhala itu tapi simbolik pada tawasul itu .

Kristian, hindu, Budha….berhala

Sikh, syiah, habib, bomoh.. simbolik pada gambar.

Orang asli, dayak, iban. ..pokok-pokok kayu, batu, simbolik pada hantu.

Kalau kita tak tahu kenapa kafir nya Kristian, Hindu, Budha dan Sikh, kita sendiri tak faham akidah tauhid kita sendiri.

Sebab itu ramai orang melayu murtad ke Kristian sebab tawasul dan akidah-akidah kristian sama dengan akidah-akidah kita sekarang.

Sinopsis…..

Kristian bertawasul dengan Nabi Isa as

Habib-habib bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Ahli tarikat bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Ahli sufi bertawasul dengan Nabi Muhammad saw.

Mereka kata kristian itu kafir sesat kerana bertawasul dengan Nabi Isa as sambil kata nabi Isa as anak Tuhan.
Bila kristian puja Nabi Isa as. Mereka beri pangkat pada nabi Isa as sebagai anak Tuhan.

Habib-habib, ahli tarikat, ahli sufi kata bertawasul dengan Nabi Muhammad saw bolih sebab mereka Islam… kristian itu kafir.

Jadi Allah swt tak tahu nak beza antara kedua, atau Allah hanya terima yang Islam sahaja tawasul ini sedangkan tak terima kristian, hindu , Budha dan Sikh.

(Adakah kita) Ingat Sikh tak ada berhala, tapi ada gambar-gambar guru nanak. Serupa lah.

Mereka habib-habib, syiah, ahli tarikat, ahli sufi, bomoh-bomoh syifa, puja gambar-gambar tok guru seperti gambar habib-habib yang telah mati, ahli bait yang telah mati, gambar-gambar wali songgo, tok kenali, tok-tok itu ini.

Serupa.

Tapi mereka kata tidak serupa.

Mereka buat tawasul ini kerana nak jadi dekat pada orang yang mati itu sedekat-dekatnya. Supaya mereka jadi dekat pada Allah.

Mereka tak tahu bahawa ada banyak ayat Quran dok cerita hal akidah rusak mereka.

وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ اللّٰهُ حَفِيْظٌ عَلَيْهِمْ ۖ وَمَاۤ اَنْتَ عَلَيْهِمْ بِوَكِيْلٍ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung (yang disembah dan diharapkan pertolongannya), Allah sentiasa mengawasi tingkah laku mereka (serta akan membalasnya); dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai soal (bawaan dan amalan) mereka.
[QS. Asy-Syura: Ayat 6]

وَكَذٰلِكَ اَوْحَيْنَاۤ اِلَيْكَ قُرْاٰنًا عَرَبِيًّا لِّـتُـنْذِرَ اُمَّ الْقُرٰى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لَا رَيْبَ فِيْهِ ؕ فَرِيْقٌ فِى الْجَنَّةِ وَفَرِيْقٌ فِى السَّعِيْرِ

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) “Ummul-Qura” dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) – yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
[QS. Asy-Syura: Ayat 7]

وَلَوْ شَآءَ اللّٰهُ لَجَعَلَهُمْ اُمَّةً وَّاحِدَةً وَّلٰـكِنْ يُّدْخِلُ مَنْ يَّشَآءُ فِيْ رَحْمَتِهٖ ؕ وَالظّٰلِمُوْنَ مَا لَهُمْ مِّنْ وَّلِيٍّ وَّلَا نَصِيْرٍ

Dan jika Allah menghendaki, tentulah Ia menjadikan mereka satu umat (yang bersatu dalam ugama Allah yang satu); akan tetapi Allah (tidak merancang yang demikian bahkan Ia akan) memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya ke dalam rahmatNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan); dan orang-orang yang zalim tidak ada baginya sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan dan pertolongan.
[QS. Asy-Syura: Ayat 8]

اَمِ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ ۚ فَاللّٰهُ هُوَ الْوَلِيُّ وَهُوَ يُحْيِ الْمَوْتٰى ۖ وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[QS. Asy-Syura: Ayat 9]

Daripada Asy Syura ayat 6-9 di atas, Ayah Aji ngajar malam tadi.

اَ لَا لِلّٰهِ الدِّيْنُ الْخَالِصُ ؕ وَالَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اَوْلِيَآءَ ۘ مَا نَعْبُدُهُمْ اِلَّا لِيُقَرِّبُوْنَاۤ اِلَى اللّٰهِ زُلْفٰى ؕ اِنَّ اللّٰهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِيْ مَا هُمْ فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ ؕ اِنَّ اللّٰهَ لَا يَهْدِيْ مَنْ هُوَ كٰذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
[QS. Az-Zumar: Ayat 3]

Inilah yang mereka dok bela.. mereka kata mereka nak rapat pada nabi, wali kerana nak rapat pada Allah

Bab 1. Pengumuman umum Allah pada semua manusia

Ketahui lah.
Milik Allah saja ugama yang original ini.

Maksudnya yang campur aduk haq dengan batil, kamu punya hai Habib-habib, syiah, ahli tarikat, ahli sufi, bomoh-bomoh.

Bab 2. Ini sifat mereka musyrikin

Dan orang-orang yang mengambil selain daripada Dia Allah sebagai pelindung/penjamin/penjaga.

Bab 3. Akidah mereka

Tidak kami puja mereka.. nabi Muhammad, nabi Isa as, nabi-nabi, wali-wali, ahli bait,…..

Melainkan hanya untuk mendekatkan kami sedekat-dekatnya pada Allah sedekat-dekatnya.

Bab 4
Sesungguhnya Allah akan beri kehakiman di antara mereka, apa yang mereka berselisih

Ahli haq kata tawasul begini ini ..sesat..kafir..neraka kekal.

Musyrikin pula kata tawasul ini bolih. masuk syurga.

Bab 5

Sesungguhnya Allah tidak akan memberi pimpinan sorang yang dusta dalam kata-kata nya. Tawasul itu bolih.

Kufur bila di amalkan.

Soalan nya lagi… adakah nabi Muhammad Rasulullah saw ada ngajar bertawasul dengan dia bolih???….. ini ayat nya

مَا كَانَ لِبَشَرٍ اَنْ يُّؤْتِيَهُ اللّٰهُ الْكِتٰبَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُوْلَ لِلنَّاسِ كُوْنُوْا عِبَادًا لِّيْ مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلٰـكِنْ كُوْنُوْا رَبَّانِيّٖنَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُوْنَ الْكِتٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُوْنَ ۙ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
[QS. Ali ‘Imran: Ayat 79]

Arahan Allah pada Nabi kita saw bab tawasul ini

Bab 1
Dan tidaklah patut dia suruh/ajar kamu supaya kamu mengambil para malaikat dan para nabi, termasuk wali-wali sebagai arbaba, perantara atau Rabb/tuhan.

Bab 2
Apakah patut dia suruh/perintah pada kamu berbuat kekufuran/kekafiran. ..setelah kamu sudah Islam…

Yaitu sesudah dia ajar kamu pada Islam …dia pula suruh kamu sembah dia sebagai perantara kamu dengan Allah.

Ada Soalan?

Jelas ayah aji 👍

Hafal sungguh-sungguh Abu Nawrah. . Nabi kita saw tak ajar pun. Habib-habib ini dah kufur lama dah macamana syiah, ahli bidaah.. Bomoh-bomoh karut.. sama saperti bertawasul kristian pada Nabi Isa
Hindu pada dewa
Budha pada Buddha
Sikh pada guru nanak
Syiah pada ahli bait
Cina pada tok nenek mereka
Orang asli pada pokok-pokok

Ayah aji nak tengok siapa yang nak engkar pada ayat Quran yang dah di bawa ini.

Jika sesiapa yang baca dan faham tapi hati mereka tak suka pada ayat yang dah di bawa. ..maka dia telah langgar ayat ini. .maka kufur lah dia.

Semua manusia samada nabi-nabi wali-wali atau malaikat-malaikat adalah makhluk Allah semua..

Semua mereka taat pada Allah. Kita pun sama. ..wajib taat pada Allah dengan sembah Allah sahaja. ..tidak orang lain

Copy lah ke semua bilik

Komen dan Soalan