Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

379
0
Iklan

Ilmu Asas Hadis

#050616 02.09.04 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي) – Persoalan Hadits Palsu

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG TIDAK DISENGAJAKAN (Bhg. 04)

04 Periwayat Yang Diuji Dengan Orang-orang Yang Khianat Pada Penulisan Mereka Atau Orang-orang Itu Menyebutkan (secara Talqin) Apa yang Sebenarnya Bukan Hadits Mereka

Terdapat sebahagian periwayat hadits yang diuji kerana kurang prihatin terhadap mereka yang bermasalah di sekililingnya, sama ada ahli keluarga sendiri, atau jiran, atau tukang tulis, dan lain-lain.

Lalu, orang-orang ini dengan liciknya memasukkan hadits-hadits palsu di dalam kitab-kitab mereka atau mereka menyebutkan hadits-hadits palsu disandarkan kepada mereka, dalam keadaan mereka tidak menyedari akan apa yang berlaku, sehingga mereka menyangkakan hadits-hadits itu adalah hadits mereka.

Di antara periwayat-periwayat tersebut, ialah:

1. Hammad ibn Salamah ibn Diinaar al-Bashriy (w.167H) merupakan seorang yang tsiqah, dan hafalannya berubah di hujung usianya.

Ibnul Jauzi menukilkan dari Ibn ‘Adiy, bahawa Ibn Abi al-‘Awja yang merupakan anak tiri kepada Hammad ibn Salamah; dia dahulu sering menyelitkan ke dalam kitab-kitabnya, hadits-hadits.

[al-Mawdhu’aat]

2. Qays ibn al-Rabi’ al-Kuufi (w.167H@168H) dinilai sebagai Shoduq (yakni: boleh diterima) tetapi berubah hafalannya.

Ibn Hibban menyebutkan, “Aku melihat dia seorang yang Shoduq ketika dia masih muda, tetapi apabila dia tua, hafalannya menjadi kacau.

Ditambah pula dia diuji dengan seorang anaknya yang bermasalah, di mana dia memasukkan (tambahan-tambahan) ke dalam hadits, lalu dia menyebutkan ia adalah hadits-haditsnya kerana yakin dengan anaknya”

[al-Majruhiin]

3. ‘Abdullah ibn Muhammad ibn Rabi’ah al-Khurasaani, dia disebutkan oleh Ibn Hibban, mempunyai seorang anak yang bermasalah, menambah-nambah hadits pada periwayatannya dari Malik, Ibrahim ibn Sa’d dan selain mereka.

Dan katanya lagi,

كان تقلب له الأخبار فيجيب فيها كان آفته ابنه

Periwayatan hadits-haditsnya diubah-ubah, kemudian dia menjawab (menyetujui bacaan hadits tersebut), sedangkan punca penyakit (bercampurnya hadits palsu) adalah anaknya.

[al-Majruhiin]

4. ‘Abdullah ibn Salih (w.223H), merupakan salah seorang penulis kepada al-Layts ibn Sa’d, dia diterima tetapi banyak tersilap. Berlaku kesalahan pada hadits-haditsnya dari jalur periwayatan melalui salah seorang jirannya yang bermasalah.

Ibn Khuzaimah menyebutkan mengenai periwayat ini,

كان له جار بينه وبينه عداوة ، فكان يضع الحديث على شيخ عبد الله بن صالح ،

Dahulu Abdullah seorang jiran yang mempunyai permusuhan di antara mereka berdua, lalu dia suka mereka hadits yang disandarkan kepada guru kepada ‘Abdullah ibn Salih

ويكتب في قرطاس بخط يشبه خط عبد الله بن صالح ، ويطرح في داره في وسط كتبه ،

Dia tuliskan (hadits tersebut) di atas sehelai kertas dengan tulisan menyerupai tulisan ‘Abdullah ibn Salih dan meletakkannya di rumah ‘Abdullah, di tengah-tengah buku-bukunya.

فيجده عبد الله ، فيحدث به فيتوهم أنه خطه وسماعه.

Lalu ‘Abdullah menemuinya dan menyampaikan hadits itu dengan sangkaan itu adalah tulisannya dan (hadits itu adalah) dari pendengarannya (dari gurunya)

[al-Mawdhu’aat]

Dan banyak lagi contoh-contoh periwayat lain di mana mereka ini semuanya diuji dengan orang-orang yang rosak sikap mereka.

Syaitan mendorong mereka untuk mengubah-ubah pada kitab-kitab periwayat hadits tersebut, mengambil kesempatan terhadap kelalaian atau kepercayaan mereka, lalu merosakkan hadits-hadits mereka sehingga hadits-hadits ditinggalkan (oleh para ulama hadits).

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

 


#NotaUlangKaji Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 01.01 Muqaddimah Asas Ilmu Hadits

Susunan: BroSyarief 

Terdapat dua perspektif penting yang perlu diperhatikan sebelum memulakan perjalanan mengenal Asas Ilmu Hadits : 

1) Niat
2) Objektif

IKHLAS 

Terdapat dua syarat utama amal kita diterima di akhirat nanti: IKHLAS & TEPAT. 

Sebagaimana kita berusaha untuk IKHLAS dalam urusan-urusan ibadah kita yang lain, kita juga berusaha untuk IKHLAS dalam menuntut ilmu agar segalanya menjadi pelaburan untuk hari akhirat kelak.

IKHLAS yang asal merujuk kepada urusan hati yang fokus HANYA kepada Allah ‘azza wa jalla.

Bukan seperti konotasi yang biasa difahami di kalangan melayu, iaitu IKHLAS ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. 

Sehinggakan setiap kali kita melakukan satu kebaikan kepada seseorang, kita perlu mengucapkan ‘Saya ikhlas ni..!’ untuk mengelak disalah-fahami sebagai meminta timbal-balik.

Kerana penilaian mutlak IKHLAS adalah antara kita dengan Allah.

Kita berdoa memohon kepada Allah, dengan bulatnya keIKHLASan kita dalam usaha menuntut ilmu ini akan benar-benar membuka ruang untuk lebih banyak kefahaman tembus dan lebih aktif amal terlaksana.

OBJEKTIF MEMPELAJARI ILMU HADITS 

Jika dikaji kitab-kitab Mustolah atau Ulum Hadits, mereka akan menyebutkan objektif-objektif yang bersifat ‘Ultimate-End’ atau ‘Jangka masa panjang’. 

Seperti dapat membezakan antara hadits-hadits yang bermasalah ataupun tidak, dan lain-lain.

Adapun untuk perkongsian yang asas seperti ini, saya meletakkan garis objektif yang sedikit berbeza yang bersifat praktikal buat masa ini: 

1) Membiasakan diri dan memahami garis panduan asas perbincangan ilmu dan mustolah hadits.

2) Menyedari dan menghayati kegigihan serta besarnya jasa para ilmuan hadits untuk memastikan kita merasakan nikmat sunnah dalam kehidupan kita.

3) Menimbulkan rasa waspada dan takut untuk sembarangan memberi komentar akan hadits dan sunnah Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dalam keadaan kita tak mempunyai asas mengenainya, apa lagi dalam hal-hal yang mendalam berkaitan hadits Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam. 

WalLaahu a’lam 

#BroSyariefShares 

Komen dan Soalan