~Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1437H~
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu…”
[Surah al-Jumu’ah 8]
#Pasti, setiap yang hidup akan berjumpa dengan mati. Yang nak mati pun akan mati. Yang tak mau mati pun akan mati juga. Pelbagai cara dan sebab terjadinya kematian di akhir zaman.
#Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra., Nabi saw bersabda:
“Di antara tanda-tanda (dekatnya) hari Kiamat adalah banyak terjadi kematian mendadak” (HR at-Thabrani dalam al-Ausath)
#Untuk pengetahuan kita semua, kematian akibat kemalangan jalan raya adalah sangat tinggi. Kemalangan jalan raya menjadi punca kematian utama dalam kalangan berusia 15 hingga 29 tahun di seluruh dunia.
#Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 1.25 juta orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh dunia pada setiap tahun dengan Afrika mendahului sebagai benua yang memiliki jalan raya yang paling berbahaya.
#Hampir separuh daripada korban kemalangan jalan raya terdiri daripada pejalan kaki dan penunggang motosikal.
#Bagaimanapun keadaan mati seseorang itu bergantung pada amalannya. Jika dia soleh, nescaya bahagia bakal menjadi miliknya walaupun berkecai jasadnya dijalanraya. Namun jika dia ahli maksiat dan seorang penentang perintah Allah, kesengsaraan bakal ditempuhinya walau mati di atas katil tanpa sebarang luka dibadan.
♡Malang tidak berbau. Ajal maut di tangan Tuhan. Namun, kelalaian adalah berpunca daripada kita sebagai insan yang lemah. Mohonlah keselamatan daripadaNya. Semoga kita meninggal dalam keadaan baik (dijauhi musibah kemalangan) dan soleh♡
🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim