Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Bahagianya Luka’ Bin Luka’: Tanda Kiamat Ke 64

Bahagianya Luka’ Bin Luka’: Tanda Kiamat Ke 64

1239
0
Iklan

Panel: THTL al-jazani توان حسن

Tanda Kiamat Kecil 64/131

Orang Paling Bahagia Di Akhir Zaman Ialah Luka’ bin Luka’

(أن يصبح أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع )

Kosa kata “Luka’ bin Luka'” ni adalah orang yang hina dina, bangsat, buruk akhlak, jelik, pelaku maksiat, rendah moral, melambangkan kebodohan dan orang pada usia muda.

Dalil hadith #1:

فعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:«لا تذهب الأيام والليالي حتى يكون أسعد الناس بالدنيا لكع بن لكع

Terjemahan: Dari Anas, sabda Nabi saw:
“Siang dan malam tidak akan berlalu sehingga orang yang paling bahgia di dunia ialah Luka’bin Luka’.” HR Tabrani
tahqiq: sahih albani dalam sahihul Jaami’ no 7431
صحيح الجامع”(7431)

Hadith #2:

يوشك أن يغلب على الدنيا لكع بن لكع
رواه أحمد 22543 وصححه الألباني في السلسلة 1505

“Akan tiba masanya dunia didominasi oleh Luka’ bin Luka’ (HR Ahmad, sahih, albani, silsilah al-sahihah, 1505)

Hadith #3 :

لا تذهب الدنيا حتى تصير للكع بن لكع.
رواه البزار وقال الهيثمي : رواه أحمد والبزار ورجال أحمد رجال الصحيح غير كامل بن العلاء وهو ثقة

Dari Abu Hurayra, Nabi saw bersabda:
” Tidak akan berlalunya dunia setelah ia dikuasai oleh Luka’ bin Luka’. (HR al-Bazzar, Ahmad, di nilai sahih oleh al-Haithami sanadnya.)

Syarah:
Akhir dunia akan dikuasai oleh puak atau parti Luka’ bin Luka’. golongan yang bodoh dan tak ada ilmu. Golongan Luka’ ni menguasai ekonomi, politik dan maklumat. Maka mereka mengatur urusan hidup manusia dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira halal dan haram. WA

Komen dan Soalan